Posts

Peguam Negara Amerika Bukan Hakim - Apa Beza Kes Lim Guan Eng dan Jho Low?

Image
Lebih tidak masuk akal jika pihak yang tidak dibabitkan seperti Perdana Menteri Mohd Najib Razak pula dianggap bersalah. Kleptocracy Asset Recovery Initiative (KARI) merupakan tindakan Sivil yang dipohon kepada Mahkamah Amerika Syarikat (US) bagi merampas aset-aset yang dianggap sebagai aktiviti penggubahan wang haram. Ia bukanlah satu keputusan seseorang itu bersalah atau tidak. Dalam kes Jho Low dan Riza Aziz serta beberapa orang yang dituduh dalam penggubahan wang haram membabitkan Dana 1MDB ia merupakan tindakan sebelah pihak yang perlu diputuskan oleh Mahkamah. Tindakan yang diumumkan oleh Peguam Negara US sebentar tadi ialah petisyen kepada Mahkamah US. Sama ada ia mempunyai asas atau tidak untuk perampasan bergantung kepada perbicaraan di Mahkamah nanti. Dalam mana undang-undang dunia pun Peguam Negara bukanlah pihak yang boleh menentukan kesalahan seseorang. Apatah lagi tindakan KARI ini ia merupakan tindakan sivil bukannya jenayah lagi. Kita tahu US juga mempunyai ba

Tiada Siasatan Jenayah Ke atas Isu 1MDB – Peguam Negara Amerika

Image
Peguam Negara Amerika Syarikat (US) mengakui pengumuman mengenai tindakan undang-undang ke atas beberapa individu adalah berdasarkan aduan bahawa mereka menyeleweng wang 1MDB dan terbabit dengan penggubahan wang haram BUKANNYA melalui siasatan jenayah yang biasa. Saman sivil ini dilakukan di bawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative yang diusahakan sejak beberapa tahu lalu sebagai usaha menyekat penggubahan wang haram tidak menggunakan kaedah siasatan jenayah korupsi biasa. Jabatan Kehakiman US juga tidak pasti sama ada wang yang ingin mereka sita ini dari 1 Malaysia Development Berhad kerana 1MDB menafikan terdapat wang yang hilang. 1MDB has consistently maintained that no money was stolen and can account for where its money has gone to. However, 1MDB is currently in dispute with IPIC where 1MDB maintains that it has paid or deposited or guaranteed up to USD6 billion by a company called Aabar Investments PJS BVI upon the instructions of Aabar's the then Chairman, Khadem Al

LAPORAN TIDAK BERETIKA TERBARU WSJ, MEDIA BARAT DALAM ISU 1MDB

Image
1. WSJ dan rakan sekutunya sekali lagi telah membuat laporan secara tidak beretika untuk menyerang dan memperburuk-burukkan Kerajaan Malaysia. 2. Teknik yang sama dengan teknik pelaporan sebelum ini digunakan, iaitu dengan satu pihak memetik satu sumber yang tidak jelas sebagai sumber berita. Seterusnya, berita ini dipetik oleh rakan sekutunya yang akan mengolah laporan tersebut seolah-olah menerima maklumat dari sumber yang sahih. 3. Tidak pelik apabila WSJ melaporkan berita dengan menggunakan perkataan, "menurut pasukan penyiasat" atau menurut "sumber yang boleh dipercayai" atau menurut "maklumat dalaman" sebagai sumber, kemudian mensensasikannya dengan tajuk-tajuk yang menggemparkan, tetapi kemudiannya menulis bahawa mereka masih belum dapat menghubungi pihak yang terbabit untuk mengesahkan tuduhan yang dibuat. 4. Malangnya berita yang dilaporkan oleh WSJ ini, kemudiannya dipetik oleh agensi-agensi berita lain dengan menggunakan tajuk yang sensasi

Banjir: Masalah tempat sendiri tak boleh selesai, Pakatun DAP nak selesai masalah banjir negeri lain

Image
Dalam ucapan perasmian Konvensyen DAP Selangor... Lim Guan Eng berjanji ... Kalau Pakatun menang di Pahang, dalam masa 1 penggal sahaja masalah banjir akan selesai. --- Dah 2 penggal.. Masalah banjir di Selangor sudah selesai kah? Banjir di Pulau Pinang sudah selesai kah? Atau bertambah teruk? --- https://www.malaysiakini.com/news/249405

Pilihan Raya Tergempar: "Kami Belum Diyakinkan" - PKR

Image
Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum yakin dengan tujuan dan matlamat yang diberikan oleh DAP untuk mengadakan pilihan raya tergempar di Pulau Pinang. Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kepimpinan parti itu, bagaimanapun bersedia untuk membincangkan perkara itu dengan parti-parti komponen Pakatan Harapan. "Biro politik Keadilan telah mengadakan mesyuarat mingguan pada malam ini untuk membincangkan beberapa isu termasuk isu cadangan untuk mengadakan pilihan raya tergempar di Pulau Pinang. "Biro politik Keadilan berpendirian bahawa kami belum diyakinkan dengan tujuan atau matlamat untuk mengadakan pilihan raya tergempar. "Namun, pimpinan Keadilan bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan pimpinan parti-parti komponen Pakatan Harapan mengenai isu ini," katanya kepada pemberita, selepas mesyuarat di ibu pejabat parti itu di sini, malam Selasa. Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata satu mesyuarat dengan pihak Pakat

Kereta Mewah No Plate 'PENANG' Di Hong Kong - South China Morning Post

Image
Setiap kali Lim Guan Eng atau Isteri ke Hong Kong, mereka menjimatkan banyak duit rakyat Pulau Pinang daripada membayar tambang teksi. Mereka menggunakan secara percuma kereta mewah menggunakan nombor plat 'PENANG'  milik pengurus dana berpengkalan di Hong Kong Lim Guan Eng tak mau saman South China Morning Post? "Cheah Cheng Hye hails from Malaysia and owns a car with a vanity plate spelling out "PENANG" (the chief minister of Penang state is known to use the vehicle whenever he comes to Hong Kong). " http://scmp.com/business/money/markets-investing/article/1287814/value-partners-chief-keeps-it-real

Khairul Idham Pawi Juara MotoGP Moto3 German

Image
Sekali lagi anak muda ni buktikan kemampuannnya di peringkat antarabangsa. Untuk kali ini litar sanchering, Jerman menjadi saksi beliau(superkip) layak digelar raja litar basah!! Bermula di petak ke 25, superkip tanpa menunggu lama terus didepan seawal pusingan ke 2. Walaupun menghadapi keadaan sukar litar yang basah, beliau terus konsisten menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan mendahului pemenang tempat kedua dengan jarak masa lebih 15 saat. Ini adalah keadaan yang sama ketika beliau menjuarai gp Argentina yang lalu. Untuk rekod, ini adalah podium kedua superkip yang mana kedia-kuanya adalah sebagai juara dalam penampilah tahun pertamanya dalam lejuaraan moto3. Semoga beliau akan terus mengharumkan nama negara pada masa depan. Berikut adalah komen beliau sejurus tamat perlumbaan.