Posts

Laporan DoJ adalah satu penyataan (statement) oleh pihak yang menuntut. Tidak lebih dari itu...

Image
Harus difahami, ianya: i)  bukan bahan bukti; ii)  bukan keterangan; iii) bukan penghakiman Mahkamah. Tuntutan Peguam Negara Amerika Syarikat untuk menyita harta beberapa individu perlu melalui satu proses Mahkamah. Perlu difahami bahawa: a) MENGEMUKAKAN TUNTUTAN adalah satu hal, namun MEMBUKTIKAN TUNTUTAN adalah satu hal yang lain; b) MEMPUNYAI BUKTI adalah satu hal, namun MENGEMUKAKAN BUKTI YANG BOLEH DITERIMA MAHKAMAH adalah satu hal yang lain; c) MENGEMUKAKAN BUKTI adalah satu hal, namun MENGEMUKAKAN BUKTI MELALUI SAKSI YANG ADA PENGETAHUAN TENTANG BAHAN BUKTI adalah satu hal yang lain; d) MEMPUNYAI SAKSI adalah satu hal, namun MENGEMUKAKAN SAKSI YANG RELA HADIR DALAM BIDANGKUASA MAHKAMAH AMERIKA SYARIKAT adalah satu hal yang lain; e) MENGEMUKAKAN KETERANGAN (EVIDENCE) adalah satu hal, namun PEMILIHAN HANYA KETERANGAN YANG RELEVAN KEPADA PROSIDING adalah satu hal yang lain; f) MENGEMUKAKAN BUKTI DAN KETERANGAN adalah satu hal, namun MEMILIH BUKTI DAN KETERANGAN

TABAYYUN SEBELUM MEMPERCAYAI SESUATU.

Image
Arab Saudi pun pernah dituduh terlibat dalam siri serangan 911 oleh U.S Department of Justice. Malah dalam laporan '911 commission report' terdapat 28 muka surat yang 'diharamkan untuk diterbitkan' selama 14 tahun, yang mana menjadi 'modal' pelobi dan pembenci negara Islam untuk mengaitkan negara Islam berkenaan dengan serangan pengganas 911. Mereka memfitnah Arab Saudi dengan bermacam-macam fitnah sehingga Arab Saudi terpaksa melaporkan setiap transaksi kewangan amal mereka (a.k.a Derma) secara terbuka (Satu perkara yang tidak gemar dilakukan oleh Arab Saudi adalah mengumumkan sumbangan mereka secara terbuka. Sila rujuk buku berjudul "A Country and A Citizen for Happy, Decent Life, terbitan Kementerian Penerangan Arab Saudi m/s : 40). Ternyata, 28 muka surat tu dah 'declassified', baru-baru ini tidak membuktikan sebarang perkaitan Arab Saudi dengan serangan 911. Justeru itu..sebaran berita dari Amerika Syarikat ini harus dipertimbangkan ter

Kata Mallot bukti kukuh dan cukup, tunggu apa lagi, dakwa sahajalah!

Image
Kata John Mallot, "The Federal Bureau of Investigation (FBI) and the Department of Justice (DOJ) filing was meticulous, thorough, and totally professional. The evidence is all there. It even includes the transcripts of wiretapped phone calls of a panicked Jho Low talking to his bankers." Bagi yang tidak mengetahui, AS adalah negara yang sama yang 'membuktikan' terdapat Weapon of Mass Destruction di Iraq sehingga negara itu hancur diserang. Bagaimanapun selepas Iraq hancur, barulah dunia tahu sebenar tiada senjata begitu di Iraq dan ia semata-mata penipuan AS. Inilah juga negara yang kononnya mempunyai teknologi yang begitu canggih, tetapi masih gagal mencari pesawat MH370. Apapun hujah Mallot dan yang sepertinya, soalan yang sama masih gagal dijawab - "Jika semua bukti ada dan kukuh, kenapa Jabatan Kehakiman AS memilih saman sivil dan bukan terus mendakwa setiap penama di mahkamah?" Mallot gagal menjawab soalan itu. Kedua, Mallot berhujah, "Thanks

US DOJ kata "YA" tetapi 1MDB berkata "TIDAK". Mengapa?

Image
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ mendakwa berbilion wang dicuri daripada 1MDB dan melancarkan pembekuan aset kononnya bagi mendapatkan semula 'kehilangan' itu namun 1MDB menegaskan ia tidak kehilangan wang dan semua aset sudah dikira. Ringkasnya, DOJ mendakwa ada orang mencuri wang anda dan mereka akan dapatkan semula wang itu, disebalik 1MDB sudah katakana, "Tidak. Ia bukan wang kami." Mengapa kejadian pelik ini berlaku? Mari kita jejaki wang itu, khususnya tiga sumber dana yang didakwa DOJ, sebagai sumber wang dicuri. SUMBER DANA DIDAKWA DICURI 1: Good Star, sebagai sebahagian daripada Perkongsian antara PetroSaudi dan 1MDB. Apa yang dibayar 1MDB: USD1.83 bilion di mana USD1.03 bilion dipindahkan kepada Good Star dan USD800 juta kepada PetroSaudi. Apa terjadi kepada wang itu: Usahasama itu diubah menjadi pinjaman. Pinjaman itu sudah dibayar oleh PetroSaudi kepada 1MDB melalui unit pelaburan berjumlah USD2.32 bilion (prinsipal + faedah/divi

10 soalan yang perlu dijawab oleh Peguam Negara AS Loretta Lynch

Image
Walaupun Peguam Negara AS Loretta Lynch dan Jabatan Keadilan AS (DOJ) telah mengeluarkan aduan awam sepanjang 136 muka surat bagi merampas aset beberapa rakyat Malaysia, mereka tiada langsung menyertakan sebarang dokumen bagi membuktikan dakwaan mereka. Oleh itu, dakwaan-dakwaan yang dinyatakan dalam aduan awam tersebut masih belum dibuktikan. Maka, Lynch dan DOJ perlu menjawab 10 soalan berikut bagi memastikan bahawa dakwaan yang dibuat mereka tidak boleh disangkal. 1. Apakah yang menyebabkan DOJ begitu yakin bahawa terdapatnya "satu konspirasi antarabangsa bagi mencuri wang yang diselewengkan daripada 1MDB" sedangkan mereka tidak pernah menghubungi atau menemuduga 1MDB,  Jabatan Peguam Negara Malaysia dan Kerajaaan Arab Saudi bagi menentukan apa sebenarnya yang terjadi secara menyeluruh? Bukankah secara semula jadinya semua siasatan haruslah mengambil kira temuduga dengan "mangsa" dan semua pihak yang terlibat terlebih dahulu sebelum me

1MDB tidak pernah menghantar sebarang dana kepada Jho Low

Image
Kementerian Kewangan dan 1MDB telah berulang kali menerangkan bahawa 1MDB tidak pernah menghantar sebarang dana kepada Jho Low dan sebarang dana yang dihantar adalah kepada rakan perniagaan, PetroSaudi Inc. (PSI), yang dimiliki oleh Keluarga DiRaja Arab Saudi, Putera Turki dan Aabar Investment PJS yang dimiliki oleh Kerajaan Abu Dhabi. 1MDB hanya berurusan dengan PSI dan Aabar sahaja. PSI telah membayar semula semua dana yang dilaburkan 1MDB beserta keuntungan. Manakala dana yang dihantar kepada Aabar pula ketika ini sedang di dalam pertikaian kerana IPIC dan Aabar  mengatakan bahawa syarikat yang mana 1MDB telah menghantar dana tersebut  di British Virgin Island (BVI) tidak dimiliki oleh mereka. Apabila 1MDB menandatangani perjanjian usaha sama bersama Aabar Investment PJS di Abu Dhabi, perbincangan tersebut adalah bersama Pengerusi yang dilantik oleh Aabar, Khadem Abdullah al-Qubaisi dan Pengarah Pengurusan Mohamed Badawy al-Husseiny yang keduanya disebut di d

VIDEO: SKANDAL LORRETA LYNCH PEGUAM NEGARA AS & HILLARY CLINTON "DIVERT" UNTUK KEMPEN PRESIDEN AS

Dua isu besar Lorreta Lynch 1) Pertama - Penglibatannya dalam pengubahan wang haram & kartel dadah. Pesalah tidak didakwa malah membantu rundingan penyelesaian dengan HSBC sebanyak $1.92 bilion pada Disember 2012. 2. Kedua- Isu bulan julai yang paling panas di Amerika Syarikat iaitu Skandal Hillary Clinton berhubung emel sulitnya kepada Lorreta Lynch Peguam Negara. Tiada pilihan dan akhirnya LORETTA LYNCH, FBI DAN JABATAN KEHAKIMAN AS berjaya "divert" isu Skandal Loretta dan Clinton itu. Kisah IMDB meletup seluruh dunia melupakan kisah dan salah laku Loretta dan bakal calon Presiden AS dari Parti Demokrat. Lain-lain Artikel asal https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1026486024102258&id=515643958519803&substory_index=0 Kredit Video: Semut