Posts

UMNO GUSAR DENGAN SAMAN SIVIL DOJ?

Tidak perlu faham dengan cara rakus untuk mengatahui perkara sebenar, usah digembar gemburkan perkara yang konon dicipta supaya menjadi panik. Umno sudah lali dengan cara begitu, malah cara Anwar Ibrahim ketika PRU13 dulu juga boleh dikatakan paling radikal kepada BN dan UMNO sehingga undi popular diagungkan oleh puak pembangkang. Namun apa yang telah dilakukan oleh puak pemberontak dan pembangkang yang berbangga dengan saman sivil oleh DOJ terhadap 1MDB. Paling tragis adalah golongan yang hanya berkata, kita perlukan Amerika untuk mengajar Najib erti penyesalah. Tetapi mereka lupa, keadaan berkenaan tidak akan berlaku kerana UMNO tahu akan `drama' yang sedang berlaku di dalam dan luar negara. "UMNO sama sekali tidak akan membiarkan konspirasi dalam dan luar negara menentukan masa depan rakyat walau seberapa ramai 'Si Kitol' yang membuka pintu belakang untuk musuh negara menguasai urusan dalam negara kita". Empat pendirian UMNO berhubung isu DOJ itu:

Rakan niaga anak Mahathir didakwa kes ‘insider trading’ Kenchana Petroleum

Image
Seorang bekas pengarah eksekutif Kenchana Petroleum Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan mempunyai maklumat yang tidak boleh didapati secara umum atau 'insider trading' manakala dua lagi dikenakan tuduhan bersubahat dengannya. Bekas Pengarah, Yeow Kheng Chew, 64, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memperoleh 1.159 juta unit saham Kenchana Petroleum melalui akaun sistem depositori pusat Paulene Chee pada sekitar 8 Julai 2011. Ini berikutan cadangan penggabungan Kumpulan Kenchana Petroleum Berhad dan Kumpulan SapuraCrest Petroleum Berhad. Chee, 56, dan Tan Yee Chee, 46 dituduh bersubahat dengan Yeow, bekas rakan niaga, Datuk Mokhzani Mahathir, anak kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Suruhanjaya Sekuriti diwakili oleh Roz Mawar Rozain. Jika sabit kesalahan ketiga-tiga mereka berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta. Hakim mahkamah sesyen Zulqarnain Hassan mem

Video: DOJ Tak Libatkan 1MDB - @NajibRazak 📹

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) tidak melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MBD). Beliau berkata, laporan tersebut tidak mengambil pandangan mana-mana pihak daripada 1MDB dan pihak berkuasa Malaysia. "Ia juga tidak menyebut 1MDB mempunyai aset di Amerika Syarikat, bermakna 1MDB tidak terlibat dalam laporan tersebut, kerana 1MDB tak dinamakan dalam senarai laporan berkaitan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di Menara Dato Onn di sini, Jumaat. Bagaimanapun kata Najib, laporan itu didedahkan menerusi publisiti secara besar-besaran, sedangkan kes sivil tidak dilakukan seumpama itu. Ditanya punca publisiti besar-besaran itu, Najib berkata: "Ada banyak pandangan mengenainya tetapi saya tidak mahu buat spekulasi." Sementara itu, Najib yang juga Presiden Umno berkata, kerajaan akan mempertingkatkan keselamatan berikutan pelbagai ancaman dan Malaysia tid

Video: Laporan Polis Khairul Azwan Atas Kapasiti Individu - @NajibRazak 📹

Laporan polis yang dibuat Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun yang mendakwa tiga bekas pegawai tertinggi kerajaan terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kapasiti individu, bukan mewakili parti. Najib yang juga Presiden Umno berkata, ia merupakan tindakan rakyat negara ini yang berhak untuk membuat laporan polis. "Ia adalah tindakan secara individu. Semua pihak ada hak. Kalau dia fikir ada maklumat atau sesuatu yang perlu disiasat oleh pihak polis, dia ada hak. "Kita tak boleh paksa dia untuk buat atau tak buat (laporan polis). Itu terserah kepada dia," kata Najib pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Menara Dato Onn di sini, Jumaat. Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada laporan yang dibuat Khairul Azwan itu atas kapasiti individu atau parti Umno.  Najib berkata, terserah kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut. "Terserah

Mahathir: Negarawan Yang Hanyut

Image
Kalau dilihat situasi keadaan UMNO yang kononnya dalam keadaan parah akibat tindakan sabotaj mantan PM, Tun Mahathir, mungkin nampak macam ia bakal terjadi. Tetapi wave mantan dalam merosakkan UMNO baru yang didaftar kannya dahulu akibat konflik pada tahun 1980-an tidak sama dengan cara Anwar Ibrahim merosakkan imejnya ketika era reformasi tahun 1998. Tetapi mungkin kerana panjang umurnya, egonya, angkuhnya, maka kesimpulan yang boleh diberikan, Tun Mahathir tidak pedulilah apa akan jadi, rosak melayu kerana berpecah, rosak agama kerana berpuak. Sejak fasa pertama hingga sudah ke fasa keberapa tidak tahu Gerakan Anti Najib tidak berjaya, maka fasa akhir, atau fasa kerosakan total bakal dilakukan oleh Tun untuk memuaskan hatinya yang sudah berjaya mengundurkan Najib. Bersekongkol dengan Dap sedangkan gerakan awal mengatakan ingin menyelamatkan UMNO, mensabotaj ekonomi negara dengan menjaja satu pelusuk dunia tentang Najib merompak duit, korupsi, malah serangan berulang-ulang dij

AZMIN ALI TIDAK PERLU 'DOUBLE STANDARD'. #BeStrongPM #KekalNajib

Image
KENYATAAN MEDIA YB DATUK AB AZIZ KAPRAWI, AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO. UNTUK EDARAN SEGERA 26 JULAI 2016 aziz-kaprawi AZMIN ALI TIDAK PERLU 'DOUBLE STANDARD'. #BeStrongPM #KekalNajib 1. Merujuk kepada kenyataan media Azmin Ali pada 21 Julai 2016, saya ingin melahirkan rasa kesal dan ingin menggesa supaya Menteri Besar Selangor, Azmin Ali untuk memohon maaf atas kenyataan jijik beliau. 2. Jelas disebut di dalam kenyataan media Peguam Negara (AG) AS, Loretta E. Lynch bahawa prosiding yang diwartakan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) AS merupakan satu saman sivil terhadap sebuah syarikat penerbitan filem berpangkalan di Amerika. 3. Saman sivil bukanlah satu prosiding jenayah dan ia dilakukan atas laporan 'individu' tertentu kepada DoJ tentang kemungkinan berlaku penyelewangan atau penggubahan wang haram berkaitan urus niaga 1MDB dengan beberapa rakan niaganya. 4. Kenyataan media Lynch hanya menamakan empat (4) orang sahaja iaitu Riza Aziz, Jho Low, dan dua

1MDB: Bersihkan nama masing-masing - @NajibRazak

Image
Kerajaan mahu semua individu yang dinamakan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya membersihkan nama mereka dan memastikan tiada wang rakyat disalahgunakan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mengambil serius terhadap laporan tindakan saman sivil DOJ ke atas 1MDB dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua pihak bagi melengkapkan siasatan. "Kerajaan tetap pandang berat atas perkara ini dan mahu supaya siapa yang dinamakan itu ambil tanggungjawab bersihkan nama mereka dan pastikan tiada wang rakyat disalahgunakan, ini prinsip kita. "Kita harap lambat laun, akan tahu kebenarannya dan jangan terbawa-bawa dalam soal ini. Kita buat urusan kita dan serahkan mengikut proses keadilan yang sewajarnya," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji Program Khas Haji Perdana Menteri di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abid