Posts

Najib dedah punca jadi sasaran diserang musuh politik

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan punca musuh-musuh politik menyerang kepimpinannya dengan menyifatkan ia sudah menjadi lumrah kehidupan apabila seorang ketua dijadikan sasaran. Mengambilkira konteks semasa, Najib berkata dalam mana-mana strategi politik untuk menjatuhkan kerajaan, pihak lawan akan mencari kelemahan ketua untuk menjatuhkan mana-mana institusi kerajaan. "Kita mesti apa orang kata, ada sesatu philosophy maknanya, kita kena faham. Bila kita jadi ketua kita akan menjadi sasaran. "Sebab dalam sistem kita ini kalau dia nak serang, kata lah dia nak serang UMNO, dia nak jatuhkan kerajaan, dia mesti serang ketua. "Itu focal point, mesti ketua. Jadi kalau tidak ada (isu) pun dia akan cari isu. Sebab targetnya kalau ketua lemah, ketua boleh jatuh, kerajaan boleh jatuh," kata beliau semasa wawancara '60 minit bersama Perdana Menteri dan Pelancaran Kembara Mahasiswa Nasional 18 Ogos' yang dimuatnaik dalam blognya Najibrazak.com

Parti Pribumi Mahathir Bakal Kucar Kacirkan Pakatan

Image
Walaupun parti Pribumi Mahathir baru ditubuhkan dan masih menunggu "greenlight" dari pihak berkuasa, namun kesan penubuhannya akan mendatangkan impak yang besar di masa akan datang. Jika ditanya kepada para pentaksub Mahathir tentu sekali pendapat mereka tidak boleh digunapakai lagi untuk menilai sesuatu perkara kerana penilaian mereka berpaksikan pemujaan idola dan bukan atas sebab kebenaran sesuatu perkara. Parti Pribumi yang cuba diketengahkan sebagai parti Bersatu tetap akan dipanggil parti milik Mahathir anak beranak. Ia terlahir atas sebab kekecewaan dan atas sebab plan A sampai Z sudah gagal untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Walaupun parti ini boleh dianggap sebagai "New kid in the block" ataupun "Johnny come lately" namun ia dipenuhi oleh orang orang tua zaman "jurasic" seperti Tun Mahathir , Muhyiddin Yassin, Tun Daim dan Sanusi Junid dibelakangnya. Ketika parti Mahathir ini ditubuhkan ianya disambut seb

Mahathir & DAP : Dulu Chauvanis, Kini Cium Mulut

Image
Mahathir berkata DAP adalah parti rasis yang mewakili kaum Cina. Mahathir pada waktu itu melabel Kit Siang dan Karpal sebagai chauvinis dan rasis. Masa itu, Mahathir kata siapa yang keluar kerajaan dan kemudian bertanding atas parti lawan adalah golongan "manusia kecewa". "Mereka marah masa dalam kerajaan tidak naik pangkat, tidak naik gaji dan masuk pilihan raya. Inilah manusia tamak, mahu lepaskan geram dan berdendam. Golongan ini punyai pemikiran yang cetek dan harus ditolak" kata Mahathir di hadapan 1,000 orang di Kampung Padang Jual, Johol, 29 April 2013. Sekarang ini siapa yang kecewa dan berdendam? Siapa yang harus digelar "manusia kecewa" ? Ayat Mahathir itu kini memakan dirinya sendiri kembali. Mahathir berkata Kit Siang sebagai "number one racist" ketika berucap di Permatang Pauh pada 4 Mei 2013. "DAP adalah rasis dan parti chauvinis. Kit Siang adalah orang nombor satu paling rasis" kata Mahathir. Kini siapa yang a

Wanita Maut Tergelincir Di Kawasan Perkelahan Lata Medang Kuala Kubu Bharu

Image
HULU SELANGOR : Seorang guru wanita sebuah sekolah di Shah Alam maut dipercayai akibat tergelincir dari ketinggian 10 meter ketika mandi di Air Terjun Lata Medang, Kuala Kubu Baharu, dekat sini hari ini. Menurut Hulu Selangor Ketua Polis Daerah Supt R. Supramaniam, mangsa Dayana Shafiqah Zainuddin, 24 tahun meninggal dunia selepas jatuh pada ketinggian 10 meter. Kejadian  berlaku ketika mangsa mandi di air terjun tempat perkelahan bersama rakan-rakannya sebelum kejadian itu yang berlaku pada kira-kira 12.30 tengah hari pada Ahad. "Menurut saksi, mangsa tergelincir dan cuba untuk berpaut kepada rakannya sebelum terjatuh," kata Supt Supramaniam. Mangsa kedua juga rakan mangsa, Aisyah Farina Zaidi, seorang akauntan berusia 24 tahun, selamat daripada jatuh tetapi mengalami patah bahagian bahu. Beliau telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan. Menurut anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dayana dipercayai telah meninggal dunia di tempat kejadian. Supt

Rio 2016: Chong Wei ke akhir tewaskan Lin Dan

Image
*Separuh Akhir Sukan Olimpik (Men Single)* Lee Chong Wei (Mas) vs Lin Dan (Chn) Set 1 #Malaysia 15 vs #China 21 Set 2 #Malaysia 21 vs #China 11 Rubber Set #Malaysia 22 vs #China 20 Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir badminton Olimpik 2016 dengan mengalahkan Lin Dan dari China. Perlawanan tiga set yang memakan masa 78 minit itu cukup mendebarkan selepas Lin Dan memenangi set pertama dan Chong Wei pula menguasai set kedua. Set ketiga cukup mendebarkan apabila Lin Dan berjaya menyamakan kedudukan setelah Chong Wie mendahului 20-17 untuk menamatkan permainan. Bagaimanapun ketenangan Chong Wie berjaya mengatasi permainan agresif Lin Dan untuk melangkah ke pentas akhir badminton Olimpik 2016 dengan kemenangan bergaya 15-21, 21-11 dan 22-20.

1MDB: Individu Utama Dalam Siasatan Ditahan Di Abu Dhabi – Laporan WSJ

Image
Pihak berkuasa di Abu Dhabi telah menahan Khadem Al Qubaisi, yang dikatakan menjadi individu utama dalam dakwaan penipuan bernilai berbilion dolar yang dikaitkan dengan dana kekayaan Malaysia, menurut sumber yang dekat dengan isu itu, lapor Wall Street Journal (WSJ). WSJ berkata tangkapan pada minggu lepas itu adalah berhubung siasatan Abu Dhabi terhadap penipuan dan rasuah, termasuk peranan yang didakwa dimainkan Qubaisi dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Tiada pertuduhan telah difailkan terhadapnya. WSJ pada April melaporkan bahawa Qubaisi sebelum ini disekat daripada meninggalkan Emiriyah Arab Bersatu dan asetnya di negara itu telah dibekukan. Peguam Qubaisi enggan mengulas perkara ini. WSJ berkata penyiasat Amerika Syarikat (AS) memperluaskan siasatan mereka ke atas dana dan urusan melibatkan Qubaisi yang mereka syaki telah mengawal penipuan yang didakwa, menurut sumber yang biasa dengan siasatan. Jabatan Kehakiman AS memfailkan tindakan undang-undang sivil bulan lal

Mahathir Bukan Pencipta 'Malaysia Boleh'

Image
Demam Olimpik Rio 2016 melanda Malaysia. Ia terjadi bila begitu banyak kejayaan yang telah dan akan diraih. Viral di media sosial cerita kejayaan ini hingga "keyword search" mengenai Goh Liu Ying mencecah 50,000 carian di Google dan terus menjadi "trending" semalam (18 Ogos) di Malaysia. Pada 17 Ogos, "trending Google" adalah mengenai Lee Chong Wei dan  Azizulhasni. Sebelum itu, pada 16 Ogos adalah mengenai cerita kejayaan pasukan badminton negara. Cerita sukan menguasai topik perbualan dan minda rakyat Malaysia untuk tiga hari berturut turut. Usaha jahat yang cuba dibuat oleh puak puak Mahathir untuk kempen di twitter temui kegagalan. Rakyat kini sudah banyak membuka mata bagaimana majunya bidang sukan di negara kita sejak Datuk Seri Najib mengambil alih berbanding Mahathir. Poster perbandingan pencapaian pingat zaman Mahathir dan Najib juga turut "viral" dalam Whatsapp dan Telegram. Belum pernah berlaku seperti sekarang, Malaysia me