Posts

Ambillah Petunjuk Bila Agong Tak Layan, Sultan Tak Suka

Image
Politik negara bertambah kecamuk apabila orang yang veteran dan sepatutnya  duduk diam sambil melayan cucu masih lagi sibuk dengan politik kacau mengacau. Setakat peka kepada politik dan mahu kebaikan untuk negara itu boleh diterima kerana semua orang ada hak menegur dan mengkritik. Namun apabila orang seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak memainkan peranan, sebaliknya sibuk dengan agenda peribadi dan campur tangan melampau dalam politik negara, inilah yang dikatakan sebagai pengacau, jika belum lagi bertaraf pengkhianat dan petualang. Sebaik sahaja Yang di-Pertuan Agong menolak hasrat Tun Mahathir kerana tidak masuk campur politik kepartian, tambah lagi dengan tandatangan yang dibawa oleh Tun Mahathir itu mencurigakan, ia jelas menunjukkan politik Mahathir sudah kelam dan celaru. Tun Mahathir sepatutnya faham bahawa dalam sistem negara kita, tidak ada cara begitu yang cuba dibawanya. Jika ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong itu satu penghinaan, ia menjadi bertambah parah apa

Agong kata deklarasi Dr M tidak ikut perlembagaan

Image
Yang di-Pertuan Agong berkata deklarasi menuntut penyingkiran Perdana Menteri yang diserahkan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini tidak mengikut Perlembagaan, maka baginda tidak mahu terbabit. Datuk Seri Najib Razak berkata Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menjelaskan perkara itu kepada Dr Mahathir dalam pertemuan di Istana Anak Bukit, Alor Setar 15 September lalu. "Dalam pertemuan itu, baginda mengambil maklum perkara yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir. "Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong turut menjelaskan kepada Tun Dr Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri urusan yang dibuat oleh PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). "Ini kerana deklarasi yang dibuat oleh PPBM adalah tidak mengikut Perlembagaan. Sebarang tindakan sepatutnya diuruskan menurut amalan lazim iaitu melalui Parlimen dan sistem pilihan raya," lapor Najib dalam satu kenyataan malam tadi. Terdahulu, Dr Mahathir menghadap Agong untuk menyerahkan dokumen Deklarasi Rakyat

Siapa Patut Ketuai Pakatan Pembangkang, Mahathir Atau Anwar?

Image
Kepimpinan ketua pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kini semakin ketara kelemahannya dengan ramai yang melihat beliau sebagai tidak layak lagi untuk memegang jawatan berkenaan. Ini kerana kepimpinan Wan Azizah yang dilantik secara rasmi sebagai ketua pembangkang pada Mei 2015 lalu dilihat sebagai `lembik' dan hanya menjadi boneka semata-mata kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Peranan Wan Aziah hanyalah memastikan legasi Anwar tidak lenyap. Akibat kelemahan kepimpinannya, Wan Azizah tidak menonjol dan beliau tidak menunjukkan karismatik untuk menerajui parti-parti yang bergabung. Kedudukan Wan Azizah semakin tergugat apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan perang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan nekad untuk menggulingkan beliau. Ditambah lagi dengan tindakan Dr. Mahathir yang giat menjalankan kempen menentang Barisan Nasional (BN) secara terbuka, maka ia pasti memberikan ancaman kepada Wan Azizah. Ramai yang melihat m

Orang Parti Cap Bunga Kantoi Memfitnah UMNO/BN Guna Akaun Palsu Hina Almarhum Tuan Guru

Image
Mamat parti bunga kata yang menghina kematian Tuan Guru Haron Din ada lah macai UMNO/BN menggunakan fake akaun. Apabila yang kononnya fake akaun tu ditahan polis. Apa macam? Cybertrooper UMNO ke yang kena tangkap? LAIN KALI JANGAN BUAT FITNAH.

66 ekar Taman Tugu RM650 juta Rafizi bising - Kajian dan Laporan Terowong Pulau Pinang RM 350 juta senyap

Image
66 ekar Taman Tugu menelan belanja RM650 juta 1. Operasi dan penyelenggaraan untuk taman selama 12 tahun 2. Membina penyambung melalui jambatan, laluan bawah dan laluan pejalan kaki termasuk: - 1km laluan pejalan kaki berbumbung dari Stesen Komuter Bank Negara, - 100m laluan bawah tanah dari Taman Botani Perdana. - Dek 500m pejalan kaki yang menghubungkan ke KL Sentral dan Muzium Negara - 20m atas jambatan antara Muzium Negara ke KL Sentral. 3. Pusat Pendidikan Rainforest 4. Pembelajaran dan Inovasi Pusat termasuk perpustakaan awam 5. Tapak Camping 6. Menara tinjau pada titik tertinggi 7. Kawasan taman air termasuk amfiteater 8. Memelihara 1,000 pokok yang sedia ada dan penanaman 5,000 pokok untuk tapak ini. "Jika kita boleh mendapatkan 10% daripada pelancong yang berada di Kuala Lumpur untuk satu atau dua hari bagi menikmati taman itu, kami yakin projek ini mendapat pulangan dalam satu tahun, '' kata Khazanah. Kontrak masih belum di muktamadkan atau diberi kepada sesiap

PERMATA: Tak Sangka UNESCO Begitu Bodoh

Image
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sepatutnya menerima anugerah `Lead by Example' bersama-sama dengan Presiden Senegal, Macky Mall oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO), seperti yang dilaporkan oleh media tempatan beberapa hari lalu. Penyampaian anugerah berkenaan dijadualkan pada majlis Penghormatan Kepada Wira-wira Dalam Kempen Global Menentang Keganasan pada 22 September ini di Muzium Kesenian Metropolitan, New York. Pemilihan Rosmah adalah disebabkan sumbangan beliau dalam membangunkan potensi kanak-kanak di bawah Program Permata. Namun disebabkan ada media antarabangsa yang telah mempersoalkan mengenai sumber pembiayaan untuk Permata, maka jawatankuasa penganjur telah mengeluarkan nama Rosmah sebagai salah satu daripada penerima anugerah, atas alasan mereka tidak dapat mengesahkan sumber pembiayaan Permata. Isunya di sini ialah bagaimana bodohnya UNESCO yang tanpa usul periksa telah terikut-ikut dengan ren

Mahathir hanya serah 45 tandatangan kepada Agong, kata Raja Petra

Image
Mahathir Mohamad hanya membawa Deklarasi Rakyat asal mengandungi 45 tandatangan ke Istana Anak Bukit, Khamis lalu, kata Raja Petra Kamarudin. Blogger itu menerusi artikelnya di Malaysia Today mempersoalkan apa yang berlaku kepada lebih sejuta tandatangan diuar-uarkan diperolehi daripada rakyat. Bekas perdana menteri itu gagal menemui Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara untuk mengemukakan deklarasi itu yang mahu campur tangan Agong untuk menyingkirkan perdana menteri. "Tiba-tiba, dua hari lalu, Mahathir akhirnya dibenarkan mengadap baginda. Dan Mahathir bawa satu salinan asal Deklarasi Rakyat dengan 45 tandatangan dalam satu sampul kecil untuk diserahkan kepada Agong," tulisnya semalam dalam artikel bertajuk 'Bagaimana Agong Mengakali Mahathir'. "Tetapi, kenapa Deklarasi Rakyat dengan 45 tandatangan asal, ada di antaranya seperti Datuk Tamrin Ghafar yang sejak itu mengumumkan mereka tarik diri? Apa berlaku kepada baki 1.3 juta atau 1.4 juta tandatangan?