Posts

Tiga puluh tiga pintu rumah panjai Indang angus kena malam Hari Tiga tu tadi

Image
BINTULU: Tiga puluh tiga ari 41 pintu rumah panjai Indang di Labang, Sebauh urung 60 kilometer ari ditu udah angus laban api kena malam Hari Tiga tu tadi. Nasit amat laban lapan pintu ke agi nya enda angus, pia ku Ketuai Balai Opis Pengerara Api enggau Penyah Penusah Bintulu,Dihata Gobel. Lima iku raban pengerara api berumban ngagai pa­lan penusah nyadi betuaika Hambali Mohamad ngena kerita 4×4 WD pengudah nerima kangau urung pukul 9.21malam. Ketegal rumah panjai nya kelalu jauh, iya madahka ra­ban pengerara api bisi meraka sungai ngujungka sida datai ba palan penusah nya pukul 12.15 pagi. Lebuh sida datai ba endur nya, rumah panjai 33 pintu nya udah retung abis diempa api. Ku Dihata, nadai diripot bisi orang bakal ba penusah nya lalu api ti nganguka rumah panjai nya dipechaya bepun ari dapur sepintu ru­mah panjai nya. Operasyen tembu urung pukul 3 pagi pengudah raban pengerara api mujur mad­amka api. Penyampau peranak rumah panjai ti tasah ketegal penusah n

Harga Minyak RON95, RON97 & Diesel Naik Bermula Esok

Image
HARGA runcit petrol bagi  RON95  dan  RON97 masing-masing naik sebanyak 0.10 sen seliter, manakala  Diesel  naik 0.05 sen sepanjang Oktober 2016. Berkuat kuasa 1 Oktober 2016 (esok), harga petrol RON95 naik kepada RM1.80 seliter berbanding RM1.70 pada September. Bagi bahan api RON97, ia juga naik kepada RM2.15 seliter berbanding RM2.05. Manakala diesel pula naik sebanyak 0.05 sen daripada RM1.70 kepada RM1.75 seliter. HARGA RUNCIT MINYAK OKTOBER 2016 RON95 – RM1.80 seliter RON97 – RM2.15 seliter Diesel – RM1.75 seliter

Video: Selepas Galaxy Note 7, Mesin Basuh Samsung Meletup.

Image
Samsung sedang membincangkan "isu-isu keselamatan" mengenai beberapa mesin basuh keluaran mereka selepas satu tuntutan mahkamah dibuat di New Jersey, Amerika Syarikat. Tuntutan mahkamah itu dibuat ekoran terdapat aduan pengguna yang mengatakan mesin basuh itu boleh menyebabkan letupan. Samsung mengadakan perbincangan secara aktif dengan Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat mengenai masalah-masalah yang timbul disebabkan oleh mesin basuh 'top-load' yang dikeluarkan antara Mac 2011 dan April 2016, menurut kenyataan syarikat tersebut. "Dalam kes-kes yang jarang berlaku, unit yang terjejas mungkin mengalami getaran yang tidak normal yang boleh menimbulkan risiko kecederaan diri atau kerosakan harta benda apabila ia digunakan untuk mencuci cadar, barang-barang besar atau kalis air," katanya. Samsung mengesyorkan pengguna menggunakan "lower speed delicate cycle" apabila mencuci cadar-cadar atau barangan berat.

Beberapa syarikat Jerman mahu melabur RM1.5b di Malaysia

Image
Beberapa syarikat Jerman menyatakan komitmen untuk melabur RM1.5 bilion dalam sektor semikonduktor dan kejuruteraan di Malaysia. Hasrat itu disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pertemuan dan dialog dengan pemimpin perniagaan Jerman sempena lawatan rasmi tiga hari ke negara itu yang berakhir semalam. Antara syarikat yang menyertai dialog itu, termasuk Atotech, AWS Schafer, BMW, Daimler, Osram, Volkswagen, Infineon, Bombardier Transportation, Ensinger, B Braun, Green Sugar dan Biesterfeld International. Selain sesi dialog, Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Ketua Pegawai Eksekutif X-Fab, Rudi De Winter; Presiden Muhlbauer, Josef Muhlbauer; Naib Presiden Kanan (Asia Pasifik & Afrika Selatan) BMW Group (Munich), Hendrik von Kuenheim dan Pengarah Strategik Pembangunan Perniagaan Aerodata AG, Dr Manfred Haverland. "Saya nampak komuniti perniagaan Jerman mempunyai keyakinan tinggi terhadap Malaysia. "Ia bukan sahaja dal

Apple akan jadi penyewa pejabat terbesar di Battersea Power Station milik Malaysia

Image
KUALA LUMPUR: Battersea Power Station mengesahkan yang Apple akan menjadi penyewa pejabat terbesar di Battersea Power Station, menduduki ruang kira-kira 500,000 kaki persegi di enam tingkat Boiler House di ikon bersejarah itu. Dalam satu kenyataan hari ini, Battersea Holding Company Limited berkata, Apple dijangka akan pindah masuk ke Power Station pada 2021.  "Battersea Power Station akan menjadi kampus baharu Apple di London dan pejabatnya akan meliputi kira-kira 40 peratus daripada ruang pejabat daripada keseluruhan pembangunan itu. "Seramai 1,400 kakitangan Apple dari pejabat sedia ada di sekitar London akan dipindahkan ke mercu tanda terkenal di London ini," katanya. Transaksi itu dijangka menjadi penyewaan pejabat terbesar di West End London sejak 20 tahun lepas, kata Battersea. –

Dua Laporan Polis Dibuat Terhadap Pemilik FB 'Kapak Sarawak'

Image
BINTULU: Dua laporan polis dibuat semalam ke atas pemilik laman sosial Facebook, 'Kapak Sarawak (Anthony Bakit)' yang di­dakwa menghina penung­gang motosikal berkuasa tinggi. Di Bintulu, Pengerusi Bintulu Bikers Community (BBC) Club, Ahmad Lato bersama beberapa ahli kelab­nya tampil membuat laporan polis di Pusat Sehenti Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu untuk meminta tindakan di­ambil terhadap pemilik akaun tersebut. Ahmad Lato memberitahu, laporan polis itu dibuat se­bagai tanda protes dan tidak puas hati ahli-ahli kelab sekali gus kesal dengan catatan pe­milik akaun laman sosial itu yang disifatkan menjatuhkan maruah penunggang mo­tosikal berkuasa tinggi. Tidak menafikan ada seg­elintir penunggang motosikal tidak berhemah di jalan raya, Ahmad Lato berkata tidak semua seperti mana yang dinyatakan dalam 'posting' FB tersebut. Jelasnya, laporan tersebut bertujuan meminta Suru­hanjaya Komunikasi dan Mul­timedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap pemilik a

Mahathir Masih Mahu Berkuasa

Image
Sebagai Penasihat PPBM, Mahathir mahu menguasai PM Bukan rahsia lagi bahawa tujuan Tun Dr Mahathir Mohamad rapat dengan parti pembangkang lain dan mahu mereka menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang. Bagi tujuan itu, Tun Mahathir sanggup berbaik dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP Lim Kit Siang. Beliau tidak kisah tindakannya duduk bersama musuh-musuh politiknya sebelum ini dikecam pelbagai pihak kerana hanya dengan cara itu Tun Mahathir percaya Muhyiddin serta anaknya Datuk Seri Mukhriz boleh kekal di gelanggang politik. Dengan pengakuan beliau bahawa Muhyiddin yang kini penaja PPBM adalah bakal perdana menteri ketika berceramah di London, minggu lalu, Tun Mahathir menampakkan bahawa beliau tetap mahu berkuasa dan mahu mengawal parti pembangkang lain terutama DAP, PKR dan Parti Amanah Negara. Lebih menarik Tun Mahathir juga mahu be