Posts

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL

Image
Malaysia Milk Sdn Bhd telah mengeluarkan arahan penarikan balik jualan produk susu Marigold HL dalam paket 200ml dan satu liter. Walau bagaimanapun, arahan tersebut adalah terhad kepada produk yang tarikh tamat tempoh sehingga 7 Nov (bagi Semenanjung Malaysia) dan 11 Nov (Sabah, Sarawak dan Labuan). Menurut syarikat itu, arahan itu adalah disebabkan aduan pelanggan yang menyedari kelikatan coklat susu Marigold HL lebih tinggi daripada biasa. Mereka berkata, walaupun aduan pelanggan hanya tertumpu kepada susu coklat Marigold HL, syarikat telah mengambil "langkah-langkah proaktif" untuk menarik balik produk-produk lain, termasuk Milk Chocolate Marigold HL, Marigold HL Plain Milk dan Marigold HL Strawberry Milk. Marigold HL Milk dengan Plant Sterols juga merupakan antara produk yang ditarik balik, tetapi hanya untuk pek satu liter. "Pasukan Unit Kawalan Kualiti dan Pembuatan kami telah mengenalpasti punca masalah ini, dan kemudiannya diperbaiki," katanya dalam

BENA SUNGAI BATANG LUPAR TEBILANG DI SERATA DUNYA

Image
Nyata dipeda tetiap maya pengerami tu diatur Pasar Sri Aman dedat laban mensia mayuh ari serata dunya: Harden Disalin Ari Kelvin Lambai // SRI AMAN: Pasar Sri Aman ukai aja tebilang enggau produk dagang temuai 'Fenomen Bena' ba mensia mayuh di menua nya tang penyadi asal nya mega ditemu mensia diserata dunya enggau antarabansa. Menteri Muda Ekonomi Menua Pesisir enggau Kebun Bedandang Besai Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis madah, Bena Sungai Batang Lupar entarapenyadi ti nyelai di dunya lalu keempat besai di dunya ti majak dikerindu temuai antarabansa. "Penyadi asal tu ke bendar udah ngangkat nama Sri Aman dimata dunia lalu dikelala mensia mayuh ba renggat antarabansa," ku iya bejadi Pesta Benak Sri Aman edisyen ke-14 ungkup taun 2016 ba Tebing Sungai Batang Lupar Sri Aman ditu lemai kemari. Nyata dipeda ku iya, tetiap maya pengerami tu diatur kenyau ari taun 2001 nyentuk ke diatu, Pasar Sri Aman dedat laban mensia mayuh ukai aja ari Sarawak, Semenanjung

Pokok tumbang, struktur atap runtuh ribut badai Kuching

Image
KUCHING: Sekurang-kurangnya enam kes pokok tumbang dan struktur atap runtuh dilaporkan di sekitar bandar raya ini susulan kejadian ribut serta angin kencang kira-kira jam 4 petang tadi. Selain kawasan sekitar Padang Merdeka, antara lokasi lain yang teruk terjejas ialah berhampiran Pusat Beli Belah City One dan E-mart Batu Kawa. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan ketika dihubungi mengesahkan kejadian memaklumkan pegawai dan anggotanya sudah digerakkan ke lokasi kejadian bagi memantau keadaan, selain membantu operasi pembersihan. Bagaimanapun, beliau mengesahkan tiada laporan kemalangan jiwa atau kecederaan diterima setakat ini susulan insiden berkenaan, kecuali kerosakan harta benda dan beberapa kenderaan milik orang awam. Farhan berkata, punca kejadian sedang dalam siasatan, begitu juga nilai kerugian sebenar. Sementara itu, kejadian ribut berserta angin kencang yang berlarutan kira-kira sejam berkenaan dipercayai sebahagian daripada ke

IKTIBAR ARAB SPRING: POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA - HADI AWANG

Image
Arab Spring. Seluruh dunia termasuk rakyat Malaysia yang tidak ada musim bernama ‘spring’ juga berminat dengannya. Musim yang dibandingkan dengan perkembangan politik dunia Arab yang diharapkan berbuah yang lazat dan menyegarkan, tiba-tiba buahnya berulat dan beracun, membunuh mangsanya lebih dahsyat daripada wabak penyakit biasa yang meragut mangsanya tanpa batas. Banyak darah yang mengalir, korban yang gugur, menjadi pelarian melarikan diri dan yang menunggu giliran. Sebenarnya peristiwa seperti ini pernah berlaku di awal abad yang lalu, mereka namakan Revolusi Agung Bangsa Arab pada tahun 1916. Kini telah berlalu seratus tahun peristiwanya. Apakah iktibarnya? Revolusi Arab Spring yang pertama berlaku apabila Syarif Husain, Raja Wilayah Hijaz (Mekah, Madinah, Ta’if, Jeddah dan sekitarnya) di bawah Khilafah Uthmaniyyah memulakan tembakan pertama di Mekah sebelum Subuh pada tanggal 9 Syaaban 1334H bersamaan 2 Jun 1916, mengisytiharkanThaurah ‘Arabiyyah Kubra (Revolusi Agung Bangsa A

Jenayah dan pembunuhan meningkat di UK dan Australia - Mahathir diperlukan 'Selamatkan UK/Australia"

Image
Sementara itu, pound UK terus jatuh berbanding Ringgit dan kini berada di GBP1 kepada RM5.16. Kurang daripada setahun yang lalu, pound adalah pada GBP1 kepada RM6.70. Bermaksud bahawa dalam tempoh kurang daripada setahun daripada gerakan Mahathir, Kit Siang dan Gang cuba untuk "Selamatkan Malaysia" daripada apa tak tahu lah, pound UK telah jatuh 30% berbanding Ringgit. Pada awal tahun ini, sekumpulan pelajar di UK berkata impian mereka untuk belajar di UK telah berkecai akibat Ringgit semakin lemah dan masalah mereka telah dimainkan oleh akhbar. Sekarang Ringgit telah terlalu mengukuhkan berbanding Pounds UK, kumpulan ini pula pelajar telah senyap dan hilang entah kemana. Mungkin Mahathir, Kit Siang dan Gang telah cuba "menyelamatkan" negara yang salah dan sebenarnya kemahiran mereka lebih diperlukan di UK atau Australia? --- https://www.theguardian.com/uk-news/2016/jan/21/england-wales-homicides-rise-knife-gun-crime https://www

Najib Perkenal Aplikasi Baharu Telefon Pintar

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan aplikasi mudah alih rasmi yang membolehkan orang ramai untuk berinteraksi dan berkongsi idea dan cadangan dengannya. Menurut keterangan di Google Play Store dan Apple Appstore, aplikasi ini adalah "direka khusus untuk kemudahan pengguna dan untuk membolehkan interaksi dengan Perdana Menteri Malaysia". Pengguna boleh menggunakan aplikasi ini untuk mendapatkan maklumat terkini dan pengumuman dari Najib serta kekal berhubung dengan semua laman media sosial rasminya. Permohonan interaktif juga membolehkan pengguna untuk mengambil bahagian dalam kempen dan pemilihan bagi berkongsi pendapat dan komen mereka dengan Najib dan mengetahui tentang sejarah beliau dalam politik. Dibangunkan oleh Resonate Digital Sdn Bhd, aplikasi ini boleh didapati dalam bahasa Inggeris, Catalan, Perancis, Jerman, Itali, Portugis dan Sepanyol. Ia boleh dimuat turun bagi kedua-dua sistem operasi iOS dan Android. Aplikasi ini telah dilancar

PESERTA BERSIH DITENDANG BUKAN ANGGOTA POLIS

Image
Polis di-Raja Malaysia menafikan bahawa lelaki yang ditendang peserta Baju Merah di Sabak Bernam baru-baru ini adalah anggota mereka seperti diviralkan di media sosial semenjak semalam. Menurut PDRM, lelaki tersebut, Kusaini Kassim merupakan pekerja stor JKR dan nombor yang tertera pada ruangan nombor anggota polis dalam laporannya adalah nombor kad pengenalan lama. Malah gambar Kusaini memakai seragam polis juga tidak boleh dijadikan sandaran mendakwa lelaki itu sebagai anggota PDRM memandangkan dia hanya memakai bahagian atas seragam tersebut. Namun tindakan Kusaini memakai seragam polis itu membolehkan dia didakwa di bawah Seksyen 25 Akta Kesalahan Kecil 1855 kerana memakai pakaian seragam tidak dibenarkan dan Seksyen 9 (1) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana menggunakan uniform tanpa kuasa. Insiden itu tempoh hari giat diviralkan kalangan penyokong dan media pembangkang demi meraih simpati warga netizen bertujuan memberi gambaran bahawa Kusaini telah dikasari kumpulan Baju Merah.