Posts

HARGA MINYAK NAIK KE PARAS TERTINGGI SEJAK 2015

Image
NEW YORK: Harga minyak melonjak ke paras tertinggi 18 bulan pagi ini selepas pengeluar minyak mentah utama dunia bersetuju mengurangkan pengeluaran sejak 2001, mencetuskan kebimbangan berhubung inflasi yang menolak pulangan bon Perbendaharaan AS ke paras puncak lebih dua tahun. Pulangan bon itu juga menokok menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutuan bermula hari ini, yang mana bank pusat AS itu dijangka menaikkan kadar faedah buat kali kedua sejak krisis kewangan global. Harga dagangan hadapan minyak mentah AS menokok AS$1.33 untuk ditutup pada AS$52.83 satu tong, naik 2.6 peratus, sungguhpun ia di bawah paras tertinggi harian. Brent menokok AS$1.36 untuk ditutup pada AS$55.69, naik 2.5 peratus, selepas mencecah paras puncak sesi AS$57.89, tertinggi sejak Julai 2015. Adalah mengejutkan, Arab Saudi selaku mengeluar minyak mentah terbesar dunia, berkata ia bersedia menambah jumlah pengurangan pengeluaran daripada apa yang dipersetujui sebelum ini.

NAJIB GAGASKAN TN50 UNTUK ANAK MUDA, KIT SIANG & MAHATHIR BERPAKAT UNTUK ANAK SENDIRI

Image
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak amat prihatin terhadap masa depan dan kualiti hidup golongan muda. Buktinya, boleh dikatakan keseluruhan  usaha dan agenda kerajaan sekarang adalah sebagai persediaan untuk anak muda di masa akan datang. Sebagai contoh ketika pengumuman Bajet 2017. Najib telah meminta Kementerian Belia dan Sukan untuk mengemudi pelaksanaan awal dialog dan percambahan idea Agenda  Transformasi Nasional 2050 (TN50). Seperti dikehendaki Perdana Menteri, TN50 merupakan garaban idea dan kehendak dari rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2050 nanti. Ia juga merupakan hasrat Perdana Menteri supaya nilai-nilai kemanusiaan, hormat sesama agama dan kesejahteraan rakyat harus diberikan tumpuan agar TN50 ini bukan satu perkara yang mustahil. Melalui TN50, ia akan mengumpul suara orang muda yang akan menjadi asas kepada visi negara untuk 30 tahun akan datang. Visi k

BANK DUNIA: 50 TERATAS EKONOMI DI DUNIA UNTUK TAHUN 2015 BERDASARKAN SAIZ KDNK DAN KESEIMBANGAN KUASA BELI (PURCHASING POWER PARITY - PPP)

Image
Malaysia pada kedudukan ke-26 ekonomi terbesar (daripada 187 negara didunia) dengan Int$815.700.000.000 manakala Singapura berada pada kedudukan ke-37 dengan Int$471.200.000.000. Saiz ekonomi Malaysia adalah jelas lebih besar daripada saiz Singapura kerana kita 5 kali  lebih besar dari segi saiz penduduk. Jurang ini akan terus meningkat kerana Malaysia mendahului Singapura disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang lebih baik pada tahun-tahun kebelakangan ini. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah nilai semua barangan dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam negara pada tahun tertentu.   Negara disusun mengikut anggaran KDNK nominal daripada institusi kewangan dan statistik, yang dikira pada pasaran atau kadar pertukaran rasmi kerajaan (bank pusat Data KDNK dolar (INT$) yang diberikan di halaman ini diperolehi daripada keseimbangan kuasa beli (Purchasing Power Parity - PPP). Perbandingan menggunakan PPP boleh dikatakan lebih berguna berbanding nominal apabila menilai pasaran dome

SIAPA KATA HARGA KERETA LEBIH MURAH DI SINGAPURA?

Inilah sebabnya mengapa Malaysia mempunyai peratusan tertinggi ke-3 isi rumah memiliki sebuah kereta dan yang paling tinggi di dunia yang memiliki lebih daripada satu kereta. Banyak yang telah diperkatakan mengenai harga kereta di Singapura vs Malaysia tetapi adakah kita benar-benar memahami perbezaan? Di Singapura, antara kereta yang paling murah ialah Perodua Axia 1.0 Advance (AT) yang berharga SGD $ 75,888 (RM234k) berbanding RM41,967 di Malaysia. Bank Singapura memerlukan deposit 50% dan tempoh membayar balik pinjaman selama 5 tahun. Maksudnya SGD38k (RM117k) wang pendahuluan dan ansuran bulanan sebanyak SGD728 (RM2,248) setiap bulan (kadar faedah 3%). Di Malaysia, kita masih boleh membuat bayaran pendahuluan 10% (RM4198) dan membayar RM476 sebulan ansuran (4%) selama 9 tahun. Cukai jalan tahunan untuk kereta di Singapura adalah SGD392 (RM1,210) setahun berbanding RM20 setiap tahun di Malaysia. Untuk kereta yang berusia lebih 10 tahun, Singapura mengenakan surcaj. Oleh itu pada tah

馬哈迪只會“看錯”不會“做錯”

Image
既然馬哈迪已經承認看錯行動黨,林吉祥也應該禮尚往來,承認看錯馬哈迪,這樣比較公平。敦馬哈迪"破天荒"現身行動黨代表大會,並承認他以往對行動黨的看法不正確,事實上行動黨是尊重憲法的多元種族政黨,非華裔黨員在黨內也能出任高職。他更讚揚,行動黨的"馬來西亞精神"比馬華更強。 當家不當權的行動黨代主席,早前發表"不邀請非希盟成員黨領袖出席黨代表大會"的鏗鏘之聲,隨即被打臉。面對來自巫統大會排山倒海對行動黨的攻擊,林吉祥千篇一律的辯駁了無新意,那些年的行動黨代言人如聶阿茲、哈迪阿旺、末沙布及安華的"看對"行動黨並非"反馬來人或反伊斯蘭"告白,猶如廉潔漂白水,事倍功半,根本比不上那頂多也是"看錯",從來不會"做錯"的馬哈迪那把金口。 "超級丹"婚外情被踢爆,個人形象跌落谷底,廣告代言恐被撤回。林丹曾在廣告宣揚"人生不能越界,底線必須堅守"的信念,馬哈迪無需痛改前非,只需痛批敵非,搖身一變就是萬人迷。  底線是"不爭當首相",能攻又能守的行動黨,此生不越界更待何時,一馬當先邀請馬哈迪為其黨代表大會的"形象品牌大使",具三大作用。其一為林吉祥所言的出奇制勝換政府,以達到拯救馬來西亞的宏觀大目標,其二為贏取馬哈迪式懺悔的"看錯"行動黨告白,既然馬哈迪的"做錯"已經成為無可挽回的黯傷,轉念即能成就平反的一小步,也算是行動黨建黨50週年的大禮。 用對人做對的事 其三為用對人,做對的事,把利用馬來人"撕咕嚕"馬來人的絕活發揮得淋漓盡致,完全符合華社50年來夢寐以求的一幕,以期能抵禦巫統對行動黨展開的一場鼓吹憎恨行動,也可以挑起馬來人對巫統的憎恨。若能恢復馬哈迪時代的經濟大好光輝歲月,儘管也有貪污,至少人民不必像現在那樣吃草。 代言人可以存在于商業領域,也可以出現于政黨及政府組織的活動中。但選用品牌代言人收益與風險同在。個性是品牌的靈魂,它體現了品牌的價值內涵,也就決定了品牌擁有的不同消費群。  比如勞力士的品牌個性是高貴,萬寶路的個性是陽剛、豪邁。馬哈迪則是馬哈迪主義的代表,馬哈迪沒有"做錯"過

RAKYAT MISKIN THAILAND TERIMA BANTUAN ALA BR1M

Image
Hampir tujuh juta rakyat Thailand yang dikategorikan sebagai miskin tegar hari ini mula menerima pemberian wang tunai daripada kerajaan bernilai antara 1,500 hingga 3,000 baht (RM186-RM434). Agensi berita Xinhua melaporkan, pemberian wang tunai yang terus dikreditkan ke bank penerima itu menyaksikan mereka yang berpendapatan kurang 30,000 baht (RM3,722) setahun layak menerima RM434. Syarat oleh Kementerian Kewangan itu turut menetapkan penduduk berpendapatan lebih 30,000 namun kurang 100,000 baht (RM3,722-RM12,406.81) setahun layak menerima RM186 wang tunai. Menurut seorang pegawai kementerian tersebut, sebanyak 8.27 juta rakyat Thailand memohon untuk skim tersebut sebelum ini.

KOS PEMBINAAN LANDASAN KERETAPI PANTAI TIMUR (ECRL) LEBIH RENDAH DARI ANGGARAN ASAL

Image
PakaTun mengaitkan kos pembinaan ECRL dengan 1MDB sedangkan kos asal yang lebih tinggi pada kajian awal tahun 2013, ketika 1MDB masih belum menjadi isu.  Pada awal April 2013, Ketua Pegawai Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)  telah mengatakan bahwa pembinaan landasan sejauh 620km kosnya mungkin  menjangkau sehingga RM60 bilion. Pada akhirnya, kesepakatan itu ditandatangani dengan terma pembiayaan yang lebih baik dengan kos RM55 bilion untuk 688km termasuk tambahan jajaran sehingga  ke Pelabuhan Klang  - atau sekitar RM79 juta per km. PakaTun terus menyerang projek ini dan mengatakan ianya adalah yang paling mahal di dunia dan kos RM79 juta per km terlalu mahal tetapi senyap  ketika ditanyakan kepada mereka  bagaimana pula kos pembinaan lebuhraya dan LRT di Pulau Pinang lebih mahal pada basis per km - meskipun lebuhraya tersebut tidak perlu keretapi, stesen keretapi yang baru, membina terowong dan jambatan yang panjang merentasi Banjaran Titiwangsa, depot, elektrifikasi dan