Posts

15 jemaah masjid Jitra korban Covid dalam 2 minggu

Image
Kematian itu menunjukkan virus Covid-19 sangat bahaya sehingga boleh meragut nyawa ramai orang dalam masa yang singkat........ https://pakdin.my Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Mohd Hayati Othman mengesahkan 15 jemaah masjid di Taman Mahsuri, Jitra meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19. Beliau memberitahu Berita Harian, kematian melibatkan jemaah masjid itu dipercayai berlaku sejak dua minggu lalu selepas virus itu merebak dalam kalangan mereka pada Mei. “Ya hingga hari ini sudah 15 orang meninggal dunia. Maklumat ini saya perolehi daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah. “Virus ini merebak sejak tercetusnya kluster di Taman Mahsuri yang turut dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula 18 Mei hingga 31 Mei lalu,” katanya ketika dihubungi. Beliau mengulas mesej tular mendakwa 14 jemaah masjid Taman Mahsuri, Jitra meninggal dunia dalam masa dua minggu selepas positif Covid-19. Turut tular video berdura

[Video] Syarifuddin juara CEV Moto3 Remaja Dunia

Image
Pelumba negara, Syarifuddin Azman mengharumkan nama Malaysia selepas muncul juara saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunya, Sepanyol, hari ini. Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok yang bermula di petak ke-10 menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 29 minit 32.553 saat. Tempat kedua milik pelumba tuan rumah, David Munoz Rodriguez dari pasukan Avatel-Cardoso Racing dengan catatan masa 29:32.715 manakala Jose Antonio Rueda Ruiz juga dari Sepanyol di tempat ketiga (29.32.825s). "Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras untuk perlumbaan minggu ini. Terima kasih juga kepada ketua kru, pengurus pasukan dan juga Datuk Razlan (Razali) yang hadir ke sini untuk memberi sokongan. "Ia satu kejayaan yang menggembirakan terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan dan juga kepada keluarga," katanya. Damok kini berkedudukan tempat keeman keseluruhan dengan 30 mata selepas tiga pusingan. https://pakdin.my/wp-content/uploads/2021/06/

MH8205 MADINAH-KL TERPAKSA MENDARAT DI BOMBAY

Image
Pesawat MH8205 yang dalam penerbangan dari Madinah ke ibu negara, semalam terpaksa mendarat di Bombay, India selepas mengalami masalah teknikal. Pesawat sewa khas untuk jemaah umrah itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad Bin Abdul Aziz pada jam 8.49 malam waktu tempatan semalam dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.30 pagi ini. Malaysia Airlines Berhad (MAB) menerusi kenyataan menjelaskan sistem pemindahan minyak dalam pesawat mengalami masalah, menyebabkan juruterbang mengambil keputusan mendarat di Bombay. "Juruterbang bertindak sedemikian walaupun masalah teknikal berkenaan tidak mempunyai sebarang isu keselamatan. "Ini kerana keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan kami dalam mengharungi sebarang masalah ketika dalam penerbangan. "Sehubungan itu, pesawat berkenaan ketika ini selamat mendarat di Bombay dan sedang diperiksa jurutera tempatan," katanya, hari ini. MAB turut memberi jam

SKANDAL RASUAH JABATAN AIR NEGERI SABAH – 3 MENGAKU TIDAK BERSALAH

Image
KOTA KINABALU: Bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 12 pertuduhan penyelewengan dana infrastruktur agensi berkenaan. Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 54, mohon dibicarakan selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ummu Khaltom Abd Samad. Beliau didakwa memiliki RM56.9 juta wang tunai dan simpanan, enam kereta mewah serta 86 jam tangan mewah pada 4 Oktober lalu di beberapa lokasi di sini termasuk pejabat JANS. Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Isterinya, Fauziah Piut, 51, dan bekas Timbalan Pengarah JANS yang bersara pada 2015, Lim Lam Beng, 62, turut dihadapkan ke mahkamah sama. Fauziah didakwa atas 19 pertuduhan membabitkan wang RM2.2 juta tidak termasuk beg tangan mewah dan barang perhiasan emas serta bukan emas, manakala Lam

MAHATHIR HANYA PEDULI PERASAAN DIA SAHAJA, PERASAAN RAKYAT DIA TIDAK PEDULI

Image
MENJADI seorang pemimpin mahupun ahli politik haruslah memiliki perasaan keprihatinan terhadap setiap jiwa yang dipimpinnya. Malah, ini turut diajar dalam mana-mana agama sekalipun, waima Islam sendiri. Menurut pendapat Al-Mawardi jelas menyebut: "Sistem khilafah itu bertanggungjawab memelihara agama dan mengurus urusan kebajikan rakyat. Orang yang terbabit dalam pengurusan di peringkat tinggi dipanggil pemimpin. Pemimpin negara Islam pada peringkat awalnya digelar sebagai al-khalifah, amir al-mu'minin dan al-imam." Soalnya sekarang, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja hilang kewarasan, malah semakin hilang pertimbangan sifat dan perasaan empatinya terhadap orang lain. Bayangkan, untuk seorang musuh yang ditentangnya sejak tahun 1967 lagi, iaitu dua tahun selepas dia bergelar Ahli Majilis Tertinggi Umno, dia sanggup berkata bahawa segala sengketa dan permusuhan lama dilupakan begitu sahaja? Semuanya demi agenda politik peribadi. Musuh yang dimaksudkan ters

AKTIVIS ISRAEL GESA HENTI BEKALAN KETENTERAAN KE MYANMAR

Image
Beberapa aktivis dan peguam hak kemanusiaan di Israel menggesa kerajaannya menggantung penghantaran bekalan kepada tentera Myanmar disebabkan pelanggaran hak asasi ke atas etnik minoriti di negara itu, lapor portal berita The Irrawaddy. "Amat memeranjatkan, negara Israel yang bertungkus lumus memastikan sekatan diteruskan terhadap Iran, tidak memperdulikan sekatan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah ke atas Burma yang melakukan jenayah paling buruk," menurut surat bertarikh Dis 11 kepada unit eksport Kementerian Pertahanan Israel. Krisis di Myanmar melibatkan puluhan ribu penduduk Islam Rohingya kembali menjadi perhatian dunia selepas keganasan terbaru menyebabkan lebih ramai pelarian di sempadan. Myanmar tidak mengiktiraf kewarganegaraan penduduk Rohingya yang tertumpu di wilayah Arakan (Rakhine). Israel dan Myanmar memmpunyai hubungan akrab ketenteraan selama beberapa dekad. September lalu, panglima tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing bersama pegawai kanan tentera uda

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2017

Image
Tarikh Terima Bayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia . Bilakah tarikh bayaran BR1M 2017? Dalam pembentangan Bajet 2017, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diteruskan pada tahun 2017 dengan jumlah bantuan dinaikkan. Mengikut rekod pembayaran tahun-tahun lepas,  tarikh Pembayaran BR1M 2017  telah dibuatsecara ansuran sebanyak 4 kali kecuali kategori bujanghanya sekali. Namun untuk tahun 2017, pembayaran akan dibuat sebanyak 3 kali ansuran kecuali kategori bujang. Berikut dikongsikan jadual/ tarikh pembayaran BR1M 2017 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. TarikhPermohonan dan kemaskini BR1M 2017 boleh dibuat bermula dari 5 Disember hingga 31 Disember 2016. 1. Kategori e-Kasih (Pendapatan Bulanan di bawah RM1,000 sebulan) : Jumlah Bantuan RM1200 Daftar Borang eKasih Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400 (RM250 :28 Januari 2016) Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM400 (RM250 : 28 April 2016) Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM400 (RM300 : 15 Jun 2016 – sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 J