Posts

Pengembara tersesat di Denai Merinding Labuan berjaya diselamatkan

Image
  Anggota penyelamat berjaya menemukan dan membawa pulang sembilan sekeluarga yang sesat semasa melakukan aktiviti kembara di MTB Park, Bukit Merinding di sini hari ini. Keluarga itu termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sesat semasa melalui Denai Kembara Merinding Labuan, kira-kira 6 petang tadi semasa cuaca buruk dengan hujan lebat dan ribut petir serta keadaan yang gelap. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Ismaidi Ismail berkata pengembara sekeluarga itu dikenali sebagai Nizam Laile Suriani, 36; Siti Nurlina, 27; Khairul Nazmi, 27; Muhammad Adib Akil, tiga; Hanif Ikhwan Azwan, lapan; Muhammad Fitri Azami, sembilan; Muhammad Faiz Hazimi, 12; Muhammad Faris Hakimi, 15; dan Adam Mukhriz, 15. Baca seterusnya: https://tvrakyat.asia/114270/

Kemunculan ‘pak bedal’ cemaskan penduduk

Image
PARIT BUNTAR – Penduduk di Kampung Nibong Hangus Kuala Kurau dekat sini gempar dan cemas dengan kehadiran seekor buaya yang memasuki kawasan kampung mereka hari ini. Baca seterusnya https://pakdin.my/?p=146672

UMNO Tidak Boleh Sewenang-Wenangnya Dijadikan Jambatan Oleh Pihak Luar Yang Rakuskan Kuasa – Ahmad Zahid

Image
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertekad untuk terus mempertahankan parti itu agar terus kekal dalam apa jua keadaan sebagai parti milik rakyat serta mengutamakan kepentingan mereka. Baca aeterusnya disini  https://pakdin.my/?p=146750

[Video] Nahas pembinaan LRT 3, pekerja terperangkap bawah runtuhan

Image
Lima pekerja asing terperangkap di bawah perancah besi yang runtuh  di tapak pembinaan LRT3 di Bandar Bukit Tinggi, Klang hari ini. Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata dalam kenyataan, mereka berjaya mengeluarkan empat  mangsa terperangkap yang mengalami kecederaan ringan, manakala usaha masih diteruskan untuk menyelamatkan seorang lagi pekerja yang terperangkap. Kejadian berlaku sekitar jam 2.40 petang di depan Hotel Premiere di Bandar Bukit Tinggi. Dua balai bomba terlibat dalam operasi menyelamat itu dengan anggota tiba di tempat kejadian sekitar 15 minit selepas menerima panggilan kecemasan. “Sebarang maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu.

Agong tak perkenan kerajaan batal Ordinan Darurat, kata Istana Negara

Image
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan baginda, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin. Dalam kenyataan Fadil berkata, Agong menegaskan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan pada Isnin adalah tidak tepat dan mengelirukan ahli Dewan Rakyat. “Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan Tan Sri Idrus Harun, Peguam Negara semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan,” katanya. Kenyataan itu menegaskan, Perkara 150 (2B

[Video] ‘Kenduri durian’ itu video lama, sebelum PKP - timbalan speaker - mari kita semak

Image
Dari pemerhatian yang dilakukan oleh netizen terdapat persamaan program penyampaian mock cheque pada tarikh dan baju yang di pakai dengan video yang menjadi tular. Jelas pada mock cheque berkenaan bertarikh 27 June 2021 dan pakaian yang dipakai penerima, timbalan speaker dan salah seorang yang berbaju batik adalah sama seperti didalam video. Sebilangan besar yang terlibat didalam video berkenaan memakai pelitup muka yang diletak bawah dagudan pada wanita bertudung jelas terlihat tali mask dibelakang tudung. Berita dari Mkini mengeni penafian yang dibuat oleh Timbalan Speaker yang mengatakan video berkenaan adalah video tahun lepas sebelum PKP: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon menafikan dakwaan dia melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana menghadiri ‘kenduri durian’ baru-baru ini. Sebaliknya, Mohd Rashid ketika dihubungi Malaysiakini berkata rakaman tersebut adalah video lamanya sebelum PKP, iaitu pada tahun lepas. "T

Sertai majlis sosial, penganjur, penyanyi popular dipanggil polis

Image
Ketua Polis Daerah Tapah, Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, semua individu terbabit akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangan. Polis akan memanggil beberapa individu termasuk penyanyi terkenal kerana menyertai majlis sosial dipercayai berlangsung di sebuah ladang dekat Kampung Poh, Bidor, di Tapah baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Tapah, Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, polis mengesan penularan gambar majlis sosial itu di Facebook (FB) pada jam 2 petang hari ini. Katanya, majlis berkenaan membabitkan selebriti tempatan dan beberapa individu di sebuah ladang sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. “Melalui gambar tular itu, mereka tidak ada penjarakan sosial dan ada juga yang tidak memakai pelitup muka. “Gambar berkenaan dipercayai dirakam pada 24 Jun lalu oleh individu yang turut serta dalam majlis terbabit, ” katanya dipetik Harian Metro. Wan Azharuddin berkata, jamuan itu dihadiri ahli perniagaan tempatan