Posts

Wanita murung ditemui dalam buaian dekat hutan

Image
Wanita murung ditemui dalam buaian dekat hutan [Sumber: https://pakdin.my/?p=154152 ] MARANG – Wanita kemurungan yang hilang sejak empat hari lalu berjaya ditemui dalam keadaan selamat di dalam kawasan belukar di Kampung Batu Penunggul, di sini hari ini. Rohana Abu Bakar, 49, ditemui pasukan mencari dan menyelamat sedang duduk di dalam buaian kain di kawasan belukar itu pada pukul 3.30 petang. Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, ibu kepada tiga anak itu dijumpai kira-kira tiga kilometer dari pondok yang didudukinya. “Wanita itu berada dalam keadaan sihat, selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Setakat ini motif kehilangannya masih belum ketahui,” katanya di sini hari ini. Terdahulu, Kosmo! melaporkan operasi mencari dan menyelamat Rohana dilancarkan pada pukul 10 pagi hari ini selepas menerima aduan kehilangan wanita itu di Balai Polis Bukit Payung di sini. Kehilangan wanita yang mengalami kemurungan itu disedari salah seorang anaknya

#PRNJohor: 'Saya keluar parti lepas DUN bubar sebab Muhyiddin tidak tekan butang'

Image
 #PRNJohor: 'Saya keluar parti lepas DUN bubar sebab Muhyiddin tidak tekan butang' [Sumber: https://pakdin.my/?p=154148 ]  Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad menganggap mereka yang mengkritik keputusannya keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana tidak faham dengan tindakannya itu. Bekas Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor itu berkata, mereka melontarkan kritikan yang amat lemah dan tidak berasas termasuk mempersoal tindakannya keluar Bersatu selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. "Jelas bila saya katakan saya tidak akan bertanding maknanya saya lepaskan semua. Bagaimana saya boleh jadi Exco lagi dan pegang jawatan lembaga pengarah mana-mana syarikat milik kerajaan (GLC) jika saya bukan lagi ahli politik? "Kenapa saya keluar parti lepas bubar DUN? Sebab saya tunggu 'butang' yang tidak ditekan-tekan selama ini walaupun sokongan untuk berbuat demikian telah diber

Skandal 1MDB: SPRM serah kertas siasatan terhadap Zeti, Nor Mohamad Yakcop kepada Peguam Negara

Image
Skandal 1MDB: SPRM serah kertas siasatan terhadap Zeti, Nor Mohamad Yakcop kepada Peguam Negara [Sumber: https://pakdin.my/?p=154132 ] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan kertas siasatannya mengenai hubung kait bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dan 1MDB kepada Jabatan Peguam Negara. Memetik laporan portal tersebut, dimaklumkan kertas siasatan SPRM itu menyusul siasatan polis ke atas keluarga Zeti sebelum ini berhubung dana yang dikaitkan kepada ahli perniagaan yang diburu polis Low Taek Jho atau Jho Low. Hasil siasatan Bukit Aman itu diserahkan kepada Peguam Negara bulan lalu. Sumber memberitahu FMT, kertas siasatan SPRM terhadap bekas Menteri Kewangan ll Nor Mohamad Yakcop mengenai isu sama, juga akan di hantar ke pejabat Peguam Negara. “(Semua) siasatan terhadap perkara ini akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk diserahkan kepada PDRM kerana PDRM telah menjalankan siasatan terhadap suami Zeti (Tawfiq Ayman),” kata sumber itu. Menurut sum

Baitulmaqdis dilanda ribut salji, dilitupi hablur ais setebal 25cm

Image
  Baitulmaqdis dilanda ribut salji, dilitupi hablur ais setebal 25cm [Link: https://pakdin.my/?p=154118 ] SALJI melitupi Baitulmaqdis dan timur Mediterranean ketika ribut yang jarang berlaku menjadikan kota suci itu seperti taman ajaib. Cuaca sejuk yang telah menyebabkan gangguan besar di Athens dan Istanbul menyaksikan salji lebat di kawasan yang lebih terkenal dengan kehangatan musim panas mereka. Snow falling in Al-Quds #snow #MasjidAlAqsa #Palestine #Jerusalem #AlQuds #BaytAlMaqdis pic.twitter.com/BZe1LgImsZ — Masjid al Aqsa (@firstqiblah) January 26, 2022 Di lorong-lorong Kota Lama di Baitulmaqdis, kanak-kanak dilihat membaling sesama sendiri dengan bebola salji selepas salji turun lewat kelmarin.   Menjelang pagi, salji menyelubungi perkarangan masjid Al-Aqsa. Gorgeous view of the golden dome of Al-Aqsa Mosque this morning. Photography: Issa Qawasmi pic.twitter.com/YAYhjlZ7cE — Palestine News 24/7 (@PaliNewsBot) January 27, 2022 Difahamkan salji setinggi 15 h

Aroma arang kayu bakau rahsia kelazatan Ayam Tempayan Serkam

Image
  Aroma arang kayu bakau rahsia kelazatan Ayam Tempayan Serkam [Sumber: https://pakdin.my/?p=154114 ] TEKNIK memanggang ayam di dalam tempayan atau pasu memang tidak asing lagi dan bukan suatu yang luar biasa. Namun, bagi membikin kelainan, dua sahabat, Hisham Abdul Hamid dan Muhammad Khairun Nur Rashid telah mengolah teknik pembakaran dengan menggunakan arang kayu bakau yang jarang dilakukan oleh kebanyakan pengusaha. Kata Hisham, tidak ramai sebenarnya yang mengetahui bahawa arang jenis itu membangkitkan lebih aroma yang tersendiri dan membuatkan sajian ayam tempayan sentuhannya bukan biasa-biasa. Tidak bergantung kepada itu sahaja, pengasas Ayam Tempayan Serkam yang terletak di Serkam, Melaka turut mengambil berat soal pemilihan tempayan. "Saya telah mengubah suai saiz (tempayan) yang berukuran 0.6 meter (m) lebar dan 0.75m tinggi bagi memastikan 13 ekor ayam dapat dipanggang serentak dan sempurna. Prinsip saya, ayam mesti garing di luar dan lembut di dalam. "Tempoh untuk

#PRNJohor: Tok Mat dilantik Pengarah Pilihan Raya BN

Image
#PRNJohor: Tok Mat dilantik Pengarah Pilihan Raya BN [Sumber: https://pakdin.my/?p=154003 ] Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah pilihan raya negeri (PRN) Johor parti itu. Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir, berkata pelantikan itu dibuat hasil mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bersidang semalam. Sementara itu, Menteri Besar Johor, Hasni Muhammad yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri dilantik sebagai Ketua Penyelaras. “Mesyuarat sebulat suara bersetuju bagi memperkukuhkan jentera BN dan bergerak atas lambang BN secara bersama,” katanya dalam kenyataan. BERITA LANJUT MENYUSUL

30 tahun 'derita' jalan tidak berturap di Rantau Panjang

Image
  30 tahun 'derita' jalan tidak berturap di Rantau Panjang [Sumber: h ttps://pakdin.my/?p=153998 ] RANTAU PANJANG - Lebih 20 buah keluarga di Kampung Perol Lubok Tegayong, Tok Uban di sini 'menderita' sejak 30 tahun lalu apabila laluan masuk ke rumah mereka tidak berturap sekaligus mengundang bahaya setiap kali musim hujan. Dakwa penduduk situasi menjadi lebih bahaya terutama pada waktu malam kerana mereka sukar untuk mengagak laluan tersebut disebabkan oleh suasana yang sangat gelap tanpa kemudahan lampu jalan. Wakil penduduk, Idris Jusoh, 65, berkata, mereka sudah tidak sanggup untuk mengharungi 'penderitaan' itu yang berlarutan sejak 30 tahun lalu. "Kami telah mengemukakan permohonan kepada pihak berkenaan dan difahamkan ia sudah diluluskan. Malangnya jalan sejauh lima kilometer ini masih belum berturap. "Jadi saya merayu supaya laluan utama kami ini dapat diturap dengan secepat mungkin," katanya kepada pemberita pada Jumaat. Menurutnya, ekoran