Posts

#PRNJohor: Ceramah, kempen fizikal, ziarah ke rumah dibenarkan SPR

Image
#PRNJohor: Ceramah, kempen fizikal, ziarah ke rumah dibenarkan SPR [ https://pakdin.my/?p=155026 ] Bagi kempen ziarah ke rumah, hanya lima orang dibenarkan menyertainya dan tidak dibenarkan memasuki atau berjumpa pemilik rumah. Penganjuran ceramah, ziarah ke rumah dan aktiviti ‘walkabout’ antara yang dibenarkan dalam prosedur operasi standard (SOP) sepanjang kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor, bulan depan. Bagaimanapun, penganjuran ceramah hanya dibenarkan di pejabat dan bilik gerakan parti yang rasmi dengan tidak melebihi 100 orang, termasuk penganjur, penceramah, urusetia dan peserta. SOP dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, pihak penganjur perlu mendapatkan permit daripada polis dan tempoh setiap sesi ceramah hanya dibenarkan selama dua jam sahaja dan tidak melebihi jam 10 malam. “Ceramah premis yang terbuka atau tempat umum tidak dibenarkan,” katanya dalam senarai SOP yang dikeluarkan, hari ini. “Calon dibenarkan berkempen melalui kenderaan yang dipasang deng

Ibu bapa pelajar MRSM berang karnival Keluarga Malaysia diteruskan di sebalik ancaman Covid-19

Image
Ibu bapa pelajar MRSM berang karnival Keluarga Malaysia diteruskan di sebalik ancaman Covid-19 [Sumber: https://pakdin.my/?p=155020 ] Ibu bapa pelajar yang belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat dan bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berang kerana Karnival Keluarga Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diteruskan, meskipun anak-anak mereka baharu selesai dikuarantin selepas kes positif Covid-19 dilaporkan. Karnival KPT itu, yang bermula semalam hingga esok, turut dihadiri Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Noraini Ahmad. Ibu bapa yang dihubungi memberitahu, anak mereka selesai dikuarantin pada 12 Feb selepas kes Covid-19 dilaporkan di MRSM Batu Pahat. “KPT tidak peka langsung keadaan anak-anak yang baharu selesai dikuarantin oleh kerana ada jangkitan Covid-19 dan juga keselesaan mereka untuk belajar demi masa depan mereka,” luah seorang ibu yang meminta tidak dinamakan demi keselamatan anaknya. Anaknya adalah antara 126 pelajar yang sedang

Pengawal keselamatan maut langgar pokok

Image
Pengawal keselamatan maut langgar pokok [Sumber: https://pakdin.my/?p=155016 ] Bukit Beruntung: Pengawal keselamatan maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan melanggar pokok di pembahagi jalan di Jalan Adenium, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira 11 malam. "Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Yamaha ditunggang mangsa berusia 22 tahun terbabas sendiri lalu melanggar pokok di pembahagi jalan. "Pelanggaran itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini. Arsad berkata, mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat. "Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. "Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menyalurkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,

#PRNJohor: UMNO pulangkan perkataan ‘podah’ kepada Muhyiddin

Image
  #PRNJohor: UMNO pulangkan perkataan ‘podah’ kepada Muhyiddin [Sumber: https://pakdin.my/?p=154900 ] Perkataan ‘podah’ yang dilemparkan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada UMNO mengenai kekuatan parti itu di Johor ‘dipulangkan’ semula kepada beliau. Pemimpin UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, rakyat Johor di Tanjung Piai terlebih dahulu mengucapkan ‘podah’ kepada Bersatu dalam pilihan raya kecil Parlimen tersebut. “Lepas PRU-14 hanya satu sahaja PRK di Johor kalau nak ukur kekuatan. Iaitu di Tanjung Piai. Bersatu bertanding dan rakyat sana kata podah!” kata Ahmad Shabery. Muhyiddin ketika berucap di ceramah Pentas PN DUN Tenggaroh semalam mengungkapkan perkatan Tamil ‘podah’ yang bermaksud ‘boleh berambus’ mengenai dakwaan kononnya Johor merupakan kubu kuat UMNO. Beliau yang merupakan Pengerusi Pakatan Nasional (PN) berkata, Johor bukan lagi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN). Parti itu itu telah tumbang dalam pilihan raya umum (PRU) lalu termasuk h

Capaian internet paling perlahan sebab PH batalkan rancangan 5G kerajaan BN

Image
Capaian internet paling perlahan sebab PH batalkan rancangan 5G kerajaan BN [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154926 ] Kelajuan internet mobile Malaysia telah jatuh ke paling perlahan di ASEAN sejak kerajaan PH batalkan rancangan 5G kerajaan BN dulu untuk membuat kajian dan kerajaan PN pula asyik membuat u-turn dan akhirnya memutuskan untuk membina monopoli infrastruktur 5G mobile melalui syarikat milik kerajaan DNB. Pada ketika ini juga, infrastruktur 5G yang dibina DNB masih tidak diluluskan oleh syarikat Apple dan Samsung. Harap kerajaan hari ini akan memperbetulkan keadaan ini secepat mungkin agar Malaysia tidak lagi merupakan satu-satunya negara di ASEAN tanpa perkhidmatan 5G. Apa ertinya bagi Rakyat Malaysia membeli smartphone dan peranti 5G terbaru yang canggih tapi kita tidak ada 5G?

Pemuda kelar rakan kolej selepas cinta ditolak

Image
Pemuda kelar rakan kolej selepas cinta ditolak [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154921 ] Seorang pemuda berusia 22 tahun dikenali sebagai Fenil Goyani dengan kejam mengelar rakan satu kolej selepas cintanya ditolak dalam satu kejadian pukul 6 petang, Sabtu lalu, lapor NDTV.com Kejadian yang tular di media sosial itu dilaporkan berlaku di Surat, India, selepas pemuda tersebut menjadikan gadis bernama Grishma Vekariya, 21, sebagai tebusan sebelum membunuhnya di tempat kejadian. Menurut laporan media tempatan, pemuda yang berasal dari kawasan kejiranan Kapodra telah lama suka kepada mangsa sebelum meluahkan perasaannya, tetapi telah ditolak. Akibat tidak dapat menerima penolakan itu, Goyani bertindak kejam mengelar leher mangsa di tempat awam selepas cubaan memujuknya untuk melepaskan gadis tersebut gagal. Selepas berbuat demikian suspek cuba membunuh diri dengan meminum racun serta mengelar pergelangan tangan. Insiden ngeri itu telah dirakam beberapa penduduk yang berada di tempat kejadian

Ebit Lew hadapi 11 pertuduhan termasuk gangguan seksual

Image
Ebit Lew hadapi 11 pertuduhan termasuk gangguan seksual [Sumber: https://pakdin.my/?p=154918 ] TENOM: Pendakwah terkenal, Ebit Lew, hari ini dihadapkan di mahkamah, di sini, dipercayai membabitkan 11 pertuduhan, termasuk berkaitan gangguan seksual. Ebit, 37, tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire, ditemani sekumpulan individu lain. Sementara itu, pekarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal pihak polis sejak awal pagi tadi. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, turut dijadualkan membuat sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit. Difahamkan, Ebit kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal.