Posts

Polis siasat klip video dakwa anggota lakukan kekerasan ketika proses tangkapan

Image
Polis siasat klip video dakwa anggota lakukan kekerasan ketika proses tangkapan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158270 ... Polis mengesahkan telah menerima dua laporan berkaitan klip video tular yang mendakwa anggota polis melakukan kekerasan semasa proses tangkapan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya telah menerima dua laporan yang dibuat oleh seorang lelaki dan anggota polis berkenaan. "Masing-masing mendakwa mengalami kecederaan ringan semasa proses tangkapan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. Menurutnya, satu video klip berdurasi satu minit 25 saat itu memaparkan dua anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor yang sedang dalam proses membuat tangkapan ke atas seorang lelaki warga tempatan. "Kita telah menjalankan siasatan terhadap kejadian ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya. Baharudin berkata, orang rama

[Video] Kastam tembak lori bawa arak seludup enggan berhenti

Image
[Video] Kastam tembak lori bawa arak seludup enggan berhenti Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158263 .... ISKANDAR PUTERI: Beberapa das tembakan terpaksa dilepaskan pegawai Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) ke arah sebuah lori membawa minuman keras tanpa cukai yang enggan berhenti selepas merempuh kereta peronda polis (MPV) di sini, semalam. Dalam kejadian jam 1.12 petang itu lori berkenaan dikejar jauh 20 kilometer bermula dari Jalan Danga Bay sebelum berjaya ditahan di susur Tol Lima Kedai di sini sejam kemudian. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan bantuan dari pegawai kastam terbabit untuk menahan sebuah lori yang disyaki membawa muatan tidak bercukai, dalam kejadian jam 1.12 petang itu. Katanya, tiga MPV diarah ke lokasi dan pemandu lori berusia 40-an itu berjaya ditahan di Jalan Tuas Lima Kedai, di sini. "Sebelum berjaya ditahan, lori berkenaan melanggar sebuah MPV polis sehingga mengalami kerosakan pada bahagian belakang, tetapi t

Wang Sumbangan Biro Kebajikan UMNO Digunakan Baik Pulih Masjid Al-Aqsa

Image
Wang Sumbangan Biro Kebajikan UMNO Digunakan Baik Pulih Masjid Al-Aqsa Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158259 ... Imam merangkap Pengarah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Omar Fahmi Awadallah Al Kiswani memaklumkan wang sumbangan Biro Kebajikan UMNO sebanyak USD200,000 telah digunakan untuk baik pulih infrastrukur dan kawasan masjid berkenaan. Perkara itu dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika beliau melakukan panggilan video bersama Sheikh Omar, semalam. “Sheikh Omar juga mengambil kesempatan untuk menyatakan penghargaan beliau yang tidak terhingga kepada keprihatan rakyat Malaysia khususnya UMNO terhadap nasib yang sering menimpa umat Islam di sana dan ke atas Masjid Al-Aqsa itu sendiri. “Beliau mengingatkan kembali sumbangan Biro Kebajikan UMNO sebanyak USD200,000 kepada pihak Masjid Al-Aqsa pada tahun lepas yang telah mereka gunakan sepenuhnya untuk membaik pulih dan menambah fasiliti di kawasan masjid. “Sheikh Omar juga mengambil kesempatan di atas panggilan

[Video] Penyanyi Radhi OAG didakwa cederakan bekas isteri

Image
[Video] Penyanyi Radhi OAG didakwa cederakan bekas isteri   Seterusnya di:  https://pakdin.my/158254 .... Penyanyi Radhi OAG mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan bekas isterinya dalam satu kejadian di Kota Damansara  di sini, Selasa lalu. Muhammad Radhi Razali, 45, didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Nur Shahira Ayu Zahiri, 28, pukul 2.29 petang, 19 April lalu di parkir sebuah kondominium di Kota Damansara di sini. Penyanyi kumpulan rock alternatif itu tiba di pekarangan mahkamah pukul 8.53 pagi menaiki van polis. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun dan denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Majistret Muhammad Iskandar Zainol membenarkan penyanyi itu dibebaskan dengan jaminan  RM2,500 beserta syarat tambahan saksi-saksi tidak diganggu sepanjang perbicaraan. Mahkamah menetapkan 17 Julai ini untuk sebutan kes bagi serahan dokumen. Terdahulu, T

#PASleak: Ada Konspirasi Antara Pemimpin Politik, Peguam Negara Dan Ketua Hakim? – Shahrir

Image
#PASleak: Ada Konspirasi Antara Pemimpin Politik, Peguam Negara Dan Ketua Hakim? – Shahrir Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158250   ... Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad mempersoal kandungan penyebaran dokumen yang didakwa sebagai ‘strategi PAS’. Katanya, ini kerana terdapat satu perenggan di salah sebuah muka surat tersebut menyebut bahawa terdapat konspirasi di antara pemimpin politik serta badan undang-undang dan kehakiman negara. “Kalau betul apa yang terdedah itu adalah pendapat ‘TSMY’, maka ianya membayangkan sudah berlakunya satu konspirasi dan pakatan haram antara pemimpin politik dengan peguam negara (AG) dan hakim negara (CJ). “Jika betul, sudah berlaku kerosakan sistem kehakiman negara. Pendedahan laporan risikan politik PAS ini sudah lama berlaku. ‘TSMY’ ada dipetik inginkan perbicaraan disegerakan. AG, seperti biasa, diam seperti… (gunakan apa sahaja perkataan yang sesuai tapi jangan tuliskannya). “CJ? Dulupun dah buat laporan polis tapi umum tidak

Minit mesyuarat jatuhkan BN bocor: Zahid lapor polis

Image
Minit mesyuarat jatuhkan BN bocor: Zahid lapor polis Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158244 ... Ahmad Zahid Hamidi akan membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan berhubung penularan dokumen didakwa mempunyai unsur campur tangan terhadap pertuduhan di mahkamah yang sedang dihadapi oleh presiden Umno itu. Menurut peguam ahli Parlimen Bagan Datuk itu, Hisyam Teh Poh Teik, pihaknya terkejut dengan kandungan dokumen dibocorkan di media sosial yang antaranya menyebut “perlu ada campur tangan segera dalam kes mahkamah agar mempercepatkan jatuh hukum”. Katanya, frasa itu jelas merujuk kepada pertuduhan di mahkamah yang sedang dihadapi bekas timbalan perdana menteri itu. Zahid berdepan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. “Laporan polis akan dibuat dan kami meminta pihak yang relevan membuat siasatan menyeluruh sama ada wujud cubaan menimbulkan syak terhadap integriti proses kehakiman,” katanya dalam kenyataan. Ahad lalu, beberapa dok
Image
Minit mesyuarat bocor: Serah kepada rakyat, ahli UMNO buat penilaian.   Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158240 ...  Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada rakyat dan ahli UMNO untuk menilai sendiri berkenaan dokumen minit mesyuarat atau digelar PasLeak yang tular di media sosial pada Selasa. Menurutnya, laporan itu memetik kenyataan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara bersetuju membantu mempercepat kes dan menjatuhkan hukuman melibatkan kes mahkamah beliau dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. “Kalau betul apa yang terdedah itu adalah pendapat Muhyiddin, maka ia membayangkan sudah berlakunya satu konspirasi dan pakatan haram antara pemimpin politik dengan AG (Peguam Negara) dan CJ (Ketua Hakim Negara). “Kalau betul, sudah berlaku kerosakan sistem 'judiciary' (badan kehakiman) dan kehakiman negara. “Saya berserah hanya kepada ALLAH SWT, tiada daya dan kekuatan kecual