Posts

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Image
[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000 Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158512   Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak kerja penyelenggaraan sistem. Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi membuat keputusan itu hari ini selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malalap itu. Pada 14 Disember tahun lalu mahkamah memerintahkan Anthony, 51, membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh. Pada 21 September 2021, pihak pendakwaan menutup kes berkenaan selepas 15 saksi dipanggil memberi keterangan. Seramai 15 saksi pendakwaan termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Z

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

Image
[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA Selanjutnya di: https://pakdin.my/158506   SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari ketika mangsa dikenali sebagai Murali Shanmugan berusia 36 tahun berjalan ke arah kenderaan Toyota Vellfire miliknya sebelum didatangi empat lelaki menaiki dua motosikal. Suspek dipercayai melepaskan sekurang-kurangnya lapan das tembakan yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di badan serta muka dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mangsa dikatakan datang ke restoran terbabit bersama isteri, seorang kanak-kanak dipercayai anak angkat serta rakannya dan baru selesai membungkus makanan untuk dibawa pulang. Bagaimanapun, sebaik membuka pintu kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya, mangsa dihampiri empat lelaki yang menunggang motosikal dan terus melepaskan tembakan dari jarak dekat dan difahamkan ketika itu

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Image
Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158500   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei lalu untuk kajian dan arahan selanjutnya. Dalam kenyataan, SPRM berkata pihaknya selesai melakukan siasatan kes melibatkan Nazlan yang bermula sejak Mac lalu. “Siasatan yang bermula sejak Mac lalu telah dilengkapkan dengan mengumpulkan bukti berkaitan mengikut panduan dan prosedur ditetapkan,” katanya. Pada 23 Apr lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, mengesahkan pihaknya membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Nazlan memiliki RM1 juta dalam akaunnya yang tidak dapat dijelaskan. Katanya, SPRM membuka kertas siasatan selepas menerima “beberapa laporan” dan bukan disebabkan dakwaan dibuat dalam portal atau media sosial. Nazlan membuat laporan polis berhubung tuduhan itu sambil menyatakan, ia adalah “palsu,

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Image
[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’ Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158495   Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, dalam kejadian 8.30 pagi mangsa bersama nenek, Bibah Harup, 48, dan kakaknya sedang duduk di tebing sungai. Katanya, berdasarkan laporan, Mohd Adammi Moktar disambar buaya ketika sedang mengambil air dan terus hilang di dasar sungai. “Sejurus menerima panggilan, lima anggota bomba Petra Jaya dikejarkan ke lokasi. “PGO turut menghubungi agensi Sarawak Forestry Corporation (SFC) bagi mendapatkan bantuan pasukan SWAT SFC untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya menurut laporan Berita Harian. kejadian membabitkan reptilia itu adalah yang kedua selepas seorang lelaki, Sebarang Bingkok, 56, disambar buaya di Sungai Ahong, Kampung Kangka,

Suami isteri maut dikelar di Serian

Image
Suami isteri maut dikelar di Serian Selanjutnya:   https://pakdin.my/158491   Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian, Sarawak. Ketua Polis Serian Aswandy Anis, berkata mangsa masing-masing berusia 44 dan 47 tahun dan merupakan warga Indonesia. Katanya, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 8 malam, semalam, selepas disedari oleh pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan ladang berkenaan. “Siasatan awal polis mendapati kecederaan mangsa wanita adalah di bahagian tengkuk, manakala mangsa lelaki cedera di bahagian leher,” katanya. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Serian untuk dibedah siasat. Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 302 dan 309 Kanun Keseksaan. “Siasatan lanjut kes masih dijalankan bagi mengenalpasti motif kejadian,” katanya.

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Image
[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158487 Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya dari tanah untuk berswafoto dengannya. Selepas video beberapa wanita memetik “pokok zakar” tular di media sosial, kerajaan Kemboja telah mengeluarkan kenyataan meminta rakyat meninggalkan tumbuhan zakar yang terancam itu di dalam tanah di mana ia berada. Memang benar, tumbuhan periuk kera Nepenthes holdenii kelihatan menakjubkan seperti zakar yang tegak. Tumbuhan yang dilindungi itu, hanya tumbuh di kawasan pergunungan terpencil di barat Kemboja, telah menjadi terancam kerana penduduk tempatan dan pelancong tidak dapat melepaskan diri daripada mereka. Tumbuhan zakar hanya tumbuh di kawasan yang sangat terpencil di latitud melebihi 600 meter, jadi mencari dan merakam gambar dengan tumbuhan periuk kera tela

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

Image
[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi Selanjutnya di: https://pakdin.my/158482.  CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini, awal pagi semalam. Mayat Ahmad Qarib Ab Kadir, 60, ditemui pada jarak kira-kira dua batu nautika dari Kuala Kemaman, pada kira-kira jam 2.10 petang tadi, tetapi isterinya, Rokiah Abd Rahman, 59, masih belum ditemui setakat ini. Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid, berkata sebaik menerima laporan, pihaknya mengatur gerak menyelamat menggunakan bot Penggalang 17 ke lokasi kejadian. "Anggota kami tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 3 petang sebelum mengangkat dan membawa mayat mangsa ke Jeti Kuala Kemaman kira-kira jam 3.30 petang. "Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut," katanya di