Posts

[VIDEO] Enam pelajar perempuan terlibat kes buli ditahan

Image
[VIDEO] Enam pelajar perempuan terlibat kes buli ditahan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159560 Polis menerima maklumat berkenaan video tular yang menunjukkan mangsa dibuli beberapa pelajar lain pada 7 Julai lalu. Pada masa sama polis turut menerima laporan daripada bapa mangsa tersebut. Pihak polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. KOTA KINABALU: Polis menahan enam pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Inanam selepas dipercayai terlibat dalam kes buli. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata kejadian membabitkan seorang mangsa buli yang juga pelajar perempuan di sekolah sama itu juga tular di media sosial sejak kelmarin. “Polis menerima maklumat berkenaan video tular yang menunjukkan mangsa dibuli beberapa pelajar lain pada 7 Julai lalu. “Pada masa sama polis turut menerima laporan daripada bapa mangsa tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. Zaidi berkata bertindak dengan kejadian,

[VIDEO] 4 maut kereta bertembung trele[VIDEO] 4 maut kereta bertembung treler

Image
[VIDEO] 4 maut kereta bertembung treler Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159554 KUCHING: Empat sekeluarga maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan treler berdekatan simpang Roban, di Saratok, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.53 pagi. Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dikerah ke lokasi yang terletak lapan kilometer dari balai sejurus menerima panggilan itu. "Setibanya di lokasi didapati kemalangan itu membabitkan sebuah kereta dengan treler. "Empat orang yang berada di dalam kereta tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini. Menurutnya lagi, semua mangsa dipercayai sekeluarga iaitu lelaki berusia 30 tahun, wanita berusia 28 tahun, serta dua kanak-kanak lelaki berusia empat dan satu tahun. "Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan kh

[VIDEO] Dua tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Hutan Belum

Image
[VIDEO] Dua tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Hutan Belum Selanjutnya di: https://pakdin.my/159548 Kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang menyertai operasi di kawasan Hutan Belum. Yang terkorban, Sarjan Mohd. Kamal Ramli, 41, dan Koperal Muhammad Zaki Johari, 31- meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat kedua-dua mangsa dikeluarkan dari kawasan operasi itu menggunakan helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia. Dua anggota tentera maut dihempap pokok tumbang ketika menjalankan operasi Kota Echo/Foxtrot di kawasan pedalaman Hutan Belum di sini, awal pagi semalam. Kejadian pada pukul 1 pagi itu mengorbankan Sarjan Mohd. Kamal Ramli, 41, dan Koperal Muhammad Zaki Johari, 31, yang meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, laporan berkaitan kejadian itu diterima pada pukul 11.50 pagi membabitkan dua anggota tentera dari Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sungai Ara, Pulau Pinang. Katanya, kejadian berlak

Bekas pemain Harimau Malaya ditahan kes dadah

Image
Bekas pemain Harimau Malaya ditahan kes dadah Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159544 JOHOR BAHRU – Seorang bekas pemain bola sepak skuad kebangsaan ditahan polis di sekitar bandar raya ini semalam. Lelaki yang berusia 36 tahun itu ditahan kerana disyaki memiliki bahan terlarang jenis Methamphetamine. Difahamkan, individu berkenaan pernah menyarung jersi tiga pasukan liga super sepanjang kariernya dengan turut menganggotai skuad Harimau Muda dan Harimau Malaya. Sementara itu, beberapa portal berita memaklumkan bekas pemain kelahiran Melaka merupakan anak kepada bekar pemain Selangor itu juga pernah menjulang enam piala Liga Super bersama dua pasukan berbeza antara 2009 hingga 2017, selain merangkul kejuaraan Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih. Selain itu, pemain yang dilahirkan di Melaka itu turut pernah menjulang kejuaraan Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid mengesahkan ta

[Video] Suami isteri maut dibunuh ahli keluarga

Image
[Video] Suami isteri maut dibunuh ahli keluarga Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159532   IPOH – Mayat sepasang suami isteri ditemukan di ruang tamu sebuah rumah dipercayai dibunuh di Taman Bercham Aman, Bercham di sini hari ini (7/7/2022). Pasangan berusia lingkungan 40-an itu disyaki dibunuh ahli keluarganya. Setakat pukul 11.45 pagi, pasukan polis masih berada di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut. Turut berada di lokasi kejadian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Anuar Othman dan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan.

Pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur

Image
Pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159528 Ahli Parlimen Muar itu tidak mengikut prosedur selain mengakui terjebak dalam perkara itu sejak awal lagi. Bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) PPBM, Rafiq Hakim Razali, 32, berkata, pengeluaran wang daripada akaun Armada itu adalah salah kerana tiada kertas kerja dikemukakan Saksi pendakwaan ke-13 itu berkata, sekiranya wang itu tidak diagihkan kepada Muhammad Daniel dan Muhammad Naqib, beliau takut duit berkenaan akan disita oleh SPRM. Saksi itu berkata, beliau tidak akan mengeluarkan wang berkenaan seterusnya mengagihkan kepada kedua-dua individu itu sekiranya tidak menerima arahan daripada Syed Saddiq. Seorang saksi dalam perbicaraan kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram, hari ini, memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, bahawa pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Ahli Parlimen Muar itu tidak

Menteri Kewangan, Menteri Kesihatan UK letak jawatan

Image
Menteri Kewangan, Menteri Kesihatan UK letak jawatan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159524 Kedua-duanya memaklumkan tidak boleh lagi bertahan dengan skandal yang membelenggu Perdana Menteri, Johnson sejak beberapa bulan lalu. Pemimpin parti Buruh, Keir Starmer, menyifatkan peletakan jawatan itu jelas menggambarkan bahawa kerajaan sedia ada semakin goyah dan hanya menunggu roboh. Pada masa sama, seorang perwakilan perdagangan kerajaan UK dan tiga pembantu menteri turut meletakkan jawatan bersama-sama seorang naib pengerusi parti Konservatif LONDON: Dua anggota Kabinet pimpinan Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson, meninggalkan kerajaan secara mengejut semalam, ketika pergaduhan dalaman berlaku dalam pimpinan tertinggi parti Konservatif. Rishi Sunak melepaskan jawatan Canselor Perbendaharaan (Menteri Kewangan) UK, manakala Sajid Javid meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Kesihatan. Kedua-duanya memaklumkan tidak boleh lagi bertahan dengan skandal yang membelenggu Johns