Posts

[VIDEO] Dua kanak-kanak maut tertimbus tanah runtuh

Image
[VIDEO] Dua kanak-kanak maut tertimbus tanah runtuh Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160182/ KOTA KINABALU: Dua kanak-kanak maut manakala dua lagi cedera tertimbus tanah runtuh di Jalan Bukit Nenas, di sini, malam tadi. Mangsa Isa Sabri, 2 dan Norain Jaziz, 11, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE). Manakala Siti Nur, 28, parah patah tangan dan suaminya Sabri Botong, 28, cedera ringan di kaki menerima rawatan di HQE. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 8.26 malam tadi. Katanya, seramai 24 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian. “Setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku tanah runtuh menghempap sebuah rumah yang didiami sembilan sekeluarga. “Terdapat empat mangsa terbabit iaitu satu cedera di bahagian kaki manakala

[VIDEO} 4 maut, 60 cedera susulan gempa bumi di utara Filipina

Image
[VIDEO} 4 maut, 60 cedera susulan gempa bumi di utara Filipina Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160175 MANILA: Gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud melanda Pulau Luzon di utara Filipina setakat ini meragut empat nyawa selain lebih 60 mangsa dilaporkan cedera, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri. Setiausaha Dalam Negeri, Benjamin Abalos, dalam satu sidang media, berkata dua mangsa dilaporkan maut di wilayah Benguet dan seorang di wilayah Abra selain seorang lagi di satu lagi wilayah. Gempa bumi kuat berukuran magnitud 7.1 melanda Pulau Luzon di utara Filipina sehingga gegaran turut dirasai di ibu negara Manila, menurut tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS). Akibat gempa bumi itu, pesakit dan kakitangan sebuah hospital di wilayah Abra dipindahkan selepas sebahagian bangunan itu runtuh, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Datuk Bandar Lagangilang wilayah Abra, Rovelyn Villamor, berkata beberapa kawasan di negara itu masih mengalami gegaran susulan. "Kami menerima l

[VIDEO} Kemalangan di Sungai Sabai: Pemandu lori rentung, diesel tumpah

Image
[VIDEO} Kemalangan di Sungai Sabai: Pemandu lori rentung, diesel tumpah Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160170 HULU SELANGOR: Seorang pemandu lori rentung dalam kemalangan di jalan Kampung Sungai Sabai, Kalumpang, Hulu Bernam, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, dalam kejadian 11.45 pagi itu, lelaki berusia 45 tahun terbabit memandu lori Hino menghantar muatan batu kerikil dari Serendah ke tapak pelupusan sampah di Sungai Sabai. "Lori yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan terbalik jatuh ke ladang kelapa sawit. "Akibat kemalangan itu menyebabkan diesel tertumpah di atas mangsa dan terbakar," katanya menerusi kenyataan, hari ini. Arsad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. View this post on Instagram A post shared by Kamaluddin Idrus (@kamaluddinidrus)

[VIDEO] TNB berusaha pulih bekalan elektrik

Image
[VIDEO] TNB berusaha pulih bekalan elektrik Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160134/   Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik yang dipercayai melanda hampir di seluruh negara. Facebook TNB memaklumkan, pihaknya sedang mengenal pasti punca kejadian “Pelanggan yang dihormati, ketika ini terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan. “Pasukan teknikal kami sedang mengenal pasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan. Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu seluruh negara panik ekoran gangguan elektrik yang tiba-tiba terjadi sekitar 12.45 tengah hari sehingga menjejaskan operasi pejabat. Gangguan itu juga berlaku di Lembah Klang apabila kawasan tumpuan seperti KLCC juga terkesan dengan bekalan elektrik lebih 20 minit. Malah keadaan itu berlaku di beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Mahathir terima RM2.6 juta daripada UKSB

Image
Mahathir terima RM2.6 juta daripada UKSB Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159678/ Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberi sumbangan politik berjumlah RM2.6 juta kepada bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Ahmad Zahid Hamidi, ketika lejar di dalam komputer riba milik saksi itu dirujuk kepadanya semasa perbicaraan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri itu berhubung projek Visa Luar Negara (VLN) hari ini. Ketika ditanya Ahmad Zaidi, adakah Mahathir menerima sumbangan politik, saksi berusia 47 tahun itu menjawab: “Ya dan parti (Bersatu)”. Saksi ke-17 itu memberitahu mahkamah sumbangan dana berkenaan dibayar melalui anak saudara Mahathir iaitu Tan Sri Rahmat Abu Bakar yang menggunakan kod nama ‘Kedahan’. Ahmad Zaidi : Kenapa anda membuat pembayaran kepada Tan Sri Rahmat? Tan : Saya perc

[VIDEO] Wei Chong-Kai Wun juara Terbuka Taiwan

Image
[VIDEO] Wei Chong-Kai Wun juara Terbuka Taiwan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159674 BEREGU muda lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun muncul juara Terbuka Taiwan selepas menumpaskan wakil tuan rumah Lee Yang-Wang Chi-lin sebentar tadi (24/7/2022). Dalam aksi pentas akhir, pasangan yang kini berada di ranking ke-36 dunia itu mengejutkan pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020 apabila menang dalam pertarungan rubber set 21-18, 11-21, 21-18 selama 54 minit. Untuk rekod, kemenangan di Terbuka Taiwan itu merupakan kejuaraan kedua musim ini buat Wei Chong-Kai Wun selepas muncul juara di Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India pada Januari lalu.

[VIDEO] 33 pondok Tahfiz Madrasah Al Imaniyah musnah dijilat api

Image
[VIDEO] 33 pondok Tahfiz Madrasah Al Imaniyah musnah dijilat api Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159670/ KUANTAN: Sebanyak 33 pondok Tahfiz Madrasah Al Imaniyah, di Kampung Darat Sungai Ular, di sini, musnah dalam kebakaran jam 9 pagi tadi. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku berikutan pondok berkenaan tiada penghuni kerana semua pelajar sedang bercuti. Pengetua Tahfiz Madrasah Al Imaniyah, Zaidi Malik, berkata sebanyak 33 pondok di tahfiz itu musnah sekelip mata dijilat api dan menyifatkan kejadian itu terburuk dalam 10 tahun ia beroperasi. Zaidi berkata, ketika kebakaran berlaku, beliau dalam perjalanan ke Kelantan dan dimaklumkan mengenai perkara itu oleh penduduk kampung. "Saya berpatah balik untuk melihat sendiri kejadian yang berlaku. Setiba di tempat kejadian, luluh hati saya melihat apa yang berlaku. Saya reda dengan apa yang berlaku dan menganggap ada hikmah di sebalik apa yang terjadi," katanya. Sementara itu, seorang saksi kejadian yang juga