Posts

[VIDEO] Bekas MB Perlis mengaku tidak bersalah terima wang haram RM1.06 juta

Image
[VIDEO] Bekas MB Perlis mengaku tidak bersalah terima wang haram RM1.06 juta BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163420 Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta. Azlan, 64, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. "Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan," kata Azlan. Mengikut kelima-lima pertuduhan, Azlan didakwa telah menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM1,059,675.25 daripada Sri Kedawang Travel Tours (W) Sdn Bhd, Aidil Travel Tours Sdn Bhd dan Abdul Rahim Halim yang mewakili syarikat Aidil Travel. Kesemua wang itu diterima tertuduh melalui tiga keping cek Maybank dan sekeping cek CIMB yang dibayar ke dalam akaun Maybank dan CIMB milik tertuduh serta secara tunai daripada Abdul Rahim. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank ca

[VIDEO] Pengampunan kepada Najib budi bicara Agong - Azalina

Image
[VIDEO] Pengampunan kepada Najib budi bicara Agong - Azalina BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163410 Permohonan pengampunan diraja bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melibatkan aspek perundangan sebaliknya terletak sepenuhnya kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong. Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia merupakan kuasa Yang di-Pertuan Agong yang termaktub dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. “Tiada lagi aspek perundangan... dia punya prosedur perundangan sudah tidak ada, sekarang adalah budi bicara Agong, jadi kita pun tak boleh paksa-paksa…. biarlah Yang di-Pertuan Agong buat keputusan, atau mahu kaji... kita orang (UMNO) dah tak terlibat,” katanya. Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla bahawa UMNO tidak boleh memfailkan permohonan pengampunan bagi pihak Najib. Haniff sebelum ini dilapork

[VIDEO] Bayaran bantuan Aidilfitri pekebun kecil getah mulai Jumaat ini - Zahid Hamidi

Image
[VIDEO] Bayaran bantuan Aidilfitri pekebun kecil getah mulai Jumaat ini - Zahid Hamidi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163399 Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM200 kepada 318,642 orang pekebun kecil getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan dibuat mulai Jumaat ini (14 April), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam catatan terbaharu di Facebooknya berkata, penyaluran BKKA yang diawalkan dari tarikh 17 April yang ditetapkan sebelum ini, adalah bagi membolehkan penerima membuat persediaan awal untuk menyambut Aidilfitri. “BKKA yang diawalkan penyaluran ini bakal memanfaatkan seramai 318,642 orang pekebun kecil getah di seluruh negara di mana masing-masing menerima bantuan berjumlah RM200 seorang,” katanya. Ahmad Zahid berkata bantuan itu melibatkan peruntukan berjumlah RM63.75 juta dan penerima adalah dalam kalangan penerima Bantuan Musi

Bonus penjawat awam Sarawak hanya pada hujung tahun - Abang Jo

Image
Bonus penjawat awam Sarawak hanya pada hujung tahun - Abang Jo BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163381 Kerajaan Sarawak hanya akan memberikan bantuan kewangan atau bonus kepada penjawat awam negeri itu pada hujung tahun, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Katanya bantuan kewangan itu tidak diberikan mengikut perayaan tertentu termasuk semasa Aidilfitri yang akan tiba. “Sarawak merupakan negeri yang meraikan banyak perayaan seperti Tahun Baru Cina, Gawai dan Aidilfitri, jadi kita perlu adil kepada semua perayaan. “Oleh itu, pada hujung tahun nanti baru kita beri (bantuan kewangan atau bonus) supaya dapat bantu ibu bapa berbelanja bagi keperluan pembukaan sekolah anak-anak mereka. Sekolah lebih penting, sebab itu saya beri bonus pada hujung tahun,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyampaian cek pampasan bagi projek ‘Masterplan For Mini Isthmus Gedong’ di sini hari ini. Pada 1 Dis lepas, ketika menggulung perbahasan Bajet 2023 Sarawak pad

Suhu panas melampau sehingga 50C di Bangkok dan Krabi

Image
Suhu panas melampau sehingga 50C di Bangkok dan Krabi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163368 Indeks haba akan melebihi 40 darjah Celsius di banyak tempat, dengan Jabatan Meteorologi meramalkan paras tertinggi 54C di Krabi dan 50.2C di daerah Bang Na di Bangkok. indeks haba ialah 44.3C di Phetchabun, 43.2C di Chon Buri dan 41.3C di daerah Chok Chai di Nakhon Ratchasima, masing-masing. Jabatan itu berkata indeks haba ini, juga dikenali sebagai suhu ketara, berada pada tahap berbahaya kepada tahap yang sangat berbahaya. Pegawai kesihatan pada hari Sabtu mengeluarkan amaran kesihatan ketika gelombang panas melanda banyak wilayah, dengan suhu puncak. Suhu "terasa seperti", atau suhu ketara, merujuk kepada perasaan udara kepada manusia, hasil daripada gabungan faktor kelembapan relatif, suhu udara dan kelajuan angin. Dalam iklim panas, ia dikenali sebagai indeks haba, dan dalam iklim sejuk, ia dikenali sebagai angin sejuk atau faktor kesejukan. Jabatan itu juga memberi amaran

[VIDEO] Kes basikal lajak: Mahkamah rayuan bebaskan kerani wanita daripada tuduhan memandu melulu

Image
[VIDEO] Kes basikal lajak: Mahkamah rayuan bebaskan kerani wanita daripada tuduhan memandu melulu BACA seterusnya di: https://pakdin.my163349 Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan dan melepaskan kerani wanita, Sam Ke Ting daripada tuduhan memandu secara melulu yang mengorbankan lapan remaja penunggang basikal lajak pada 2017. Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdulah, dalam keputusan sebulat suara, membenarkan rayuan Sam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi kesalahan itu. Hadhariah berkata sabitan Sam kerana memandu secara melulu tidak boleh bertahan kerana pertuduhan yang dikenakan terhadapnya ada kekurangan. Hakim itu berkata terdapat penggandaan kesalahan dalam pertuduhan itu iaitu melakukan pemanduan secara melulu dan memandu secara berbahaya. Beliau berkata Seksyen 163 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan bahawa pertuduhan mesti mempunyai satu k

[VIDEO] Budak perempuan 7 tahun rentung, nenek cedera dalam kebakaran 3 rumah

Image
[VIDEO] Budak perempuan 7 tahun rentung, nenek cedera dalam kebakaran 3 rumah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163339 GEORGETOWN: Kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kebakaran membabitkan tiga rumah kampung di Jalan Paya Terubong, Kampung Pisang, Air Itam, di sini, malam tadi. Mangsa, G Sri Laavanya, ditemukan rentung manakala wanita berusia 50 tahun yang juga nenek mangsa, cedera pada tangan. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang, TS Zulfahmi Sutaji, berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 11.19 malam 9 April 2023. Katanya, sepasukan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong dan Jalan Perak bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat dengan dibantu 50 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Bukit Bendera, Bagan Ajam, Jalan Perak, Padang Lalang serta Air Itam. "Setiba di tempat kejadian, api didapati marak membakar tiga rumah kampung yang berkedudukan rapat d