Posts

[VIDEO] Lelaki tanpa kepala dirakam di puncak gunung

Image
Lelaki tanpa kepala dirakam di puncak gunung BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165940 JAKARTA  – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan susuk tubuh seorang lelaki tanpa kepala dirakam di puncak Gunung Welirang, wilayah Jawa Timur, lapor portal berita Okezone semalam. Gunung Welirang merupakan gunung berapi aktif dengan ketinggian 3,156 meter dari aras laut yang terletak di Mojokerto. Dalam video yang dikongsi di laman Instagram @fakta.suroboyo, sekumpulan lelaki dilihat sedang berdiri di puncak Welirang  yang ketika itu berkabus, dengan masing-masing merakam pemandangan di sekitarnya. Namun, netizen terkejut apabila melihat bahagian awal video itu memaparkan kelibat seorang lelaki berbaju lengan pendek sekali gus berbeza dengan pendaki lain yang memakai pakaian tebal kerana kabus tebal dan angin kuat. Lebih menyeramkan adalah susuk tubuh itu tidak mempunyai kepala, malah ia berdiri berhampiran pendaki lain serta menghala ke arah kamera. Reaksi kumpulan pendaki ters
Image
SPR Thailand sahkan keputusan pilihan raya bolehkan pembentukan kerajaan baharu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165932 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand hari ini memperakui keputusan Pilihan Raya Umum 14 Mei lepas yang membuka laluan kepada penggal baharu Parlimen yang akan bersidang dalam tempoh 15 hari selain pembentukan kerajaan baharu dalam tempoh beberapa minggu lagi. Kesemua 500 kerusi Dewan Perwakilan - 400 kerusi kawasan pilihan raya dan 100 kerusi senarai parti yang diperuntukkan berdasarkan perwakilan berkadar, telah pun disahkan. Setiausaha Agung SPR, Sawaeng Boonmee, berkata walaupun SPR telah memperakui keputusan semua kerusi, siasatan mengenai penipuan pilihan raya akan terus dijalankan dalam tempoh setahun. Selepas pengesahan kesemua 500 Ahli Parlimen hari ini, Parlimen baharu mesti bersidang dalam tempoh 15 hari untuk memilih Speaker dan timbalan speaker yang baharu. Speaker Dewan akan menetapkan tarikh sesi bersama 500 ahli Dewan Perwakilan yang dipilih dan

Pembantu Tadbir didenda RM5,500 terima wang naikkan jumlah peserta dalam invois

Image
Pembantu Tadbir didenda RM5,500 terima wang naikkan jumlah peserta dalam invois BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165924 Seorang pembantu tadbir didenda RM5,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana menerima RM4,797.50 daripada seorang pekerja sebuah syarikat pembekalan makanan untuk menaikkan jumlah peserta dalam invois dituntut syarikat itu daripada Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), enam tahun lepas.  Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu ke atas Nurul Azirah Kamaruddin, 37, yang mengaku bersalah menerima wang tunai tersebut daripada seorang individu yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya selaku pembantu tadbir perkeranian dan operasi. Ibu lima anak itu didakwa melakukan kesalahan di Maybank Desa Jaya, Kepong, di sini, pada 21 April 2018 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal me

[Video] Mohd Azizulhasni juara keirin Asia, ulangi pencapaian emas berganda

Image
[Video] Mohd Azizulhasni juara keirin Asia, ulangi pencapaian emas berganda BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165914 Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang, berjaya mengulangi pencapaian emas berganda Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 15 tahun lalu, apabila cemerlang meraih gelaran keirin lelaki dengan menidakkan cabaran getir tiga pelumba Jepun, hari ini 18 Jun 2023. Kejayaan di Velodrom Nasional di sini, turut membantu beliau mencipta legasi sendiri untuk meraih pingat emas ke-12 di ACC, selain menamatkan penantian lapan tahun beliau untuk kembali bergelar ‘Raja Keirin Asia’, selepas edisi 2015 di Nakhon Ratchasima, Thailand. Mohd Azizulhasni yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman, meraih pingat emas ke-11 ACC pada Jumaat lepas, selepas ungguli acara pecut buat kali ketujuh, selepas kejayaan pada  2008, 2009, 2014, 2017, 2019 dan 2020. Beliau turut pernah mencipta sensasi apabila meraih emas bagi kedua-dua acara pecut dan keirin pada edisi 2008 di Nara,

[Video] Imigresen tumpaskan sindiket membekal pekerja seks

Image
[Video] Imigresen tumpaskan sindiket membekal pekerja seks BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165905 Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan sindiket membekal wanita warga asing bagi tujuan khidmat seks dan menahan seramai 72 orang warga asing dalam satu operasi khas yang dijalankan pada 15 Jun 2023 di 5 lokasi sekitar Cheras dan Kepong.  Operasi ini bermula pada jam 9.00 malam melibatkan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya. Turut ditahan ialah tujuh orang lelaki tempatan yang bertindak sebagai 'Kapten' dan penjaga premis.  Operasi khas ini dijalankan berdasarkan maklumat dan risikan selama satu bulan keatas sindiket yang membekalkan wanita warga asing untuk tujuan seks di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Pasukan operasi telah menyerbu lima buah premis sindiket dan menahan seramai 72 warga asing yang terdiri daripada empat lelaki Vietnam, tiga lelaki Bangladesh, seorang lelaki India, 43 wanita Vie

Institut UMNO entiti penting pastikan parti terus relevan - Ahmad Zahid

Image
Institut UMNO entiti penting pastikan parti terus relevan - Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165896 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan keyakinan Institut UMNO mampu menjadi entiti penting mengumpulkan pemikir bagi menggarap idea dan melunakkan pandangan dalam membolehkan parti itu terus relevan. Presiden UMNO itu berkata penubuhan institut berkenaan bertujuan memperkasa parti dalam aspek intelektual dan sebagai platform bagi meningkatkan pengetahuan ahli mengenai falsafah serta sejarah perjuangan, kesedaran dan kefahaman politik selain membentuk kesatuan fikrah. "Perbincangan bersama Timbalan Presiden Majlis Profesor Negara Profesor Emeritus Dr Kamaruddin M Said telahpun diadakan bagi melihat gerak kerja dan progres Institut UMNO," menurutnya dalam hantaran di laman Facebook.

Angka kematian ajaran sesat di Kenya meningkat kepada 336

Image
Angka kematian ajaran sesat di Kenya meningkat kepada 336 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165878 NAIROBI (Kenya) -- Sebanyak 10 lagi mayat ditemukan ketika polis menjalankan operasi penggalian di Hutan Shakahola Kenya, menjadikan angka kematian mangsa kebuluran kumpulan ajaran sesat meningkat kepada 336.  Jumlah mangsa yang ramai menyebabkan Menteri Dalam Negeri, Kithure Kindiki, memohon maaf dan mengakui bahawa pihak berkuasa sepatutnya dapat mencegah kematian-kematian itu.  "Saya ingin memohon maaf kepada rakyat Kenya hari ini seperti yang dilakukan oleh presiden kami. Adalah jelas bahawa terdapat kelalaian dalam rejim kerajaan sekarang dan sebelum ini yang menyebabkan kematian ramai rakyat di Shakahola," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataannya.  Operasi mengeluarkan mayat yang memasuki fasa ketiga dua minggu lalu, telah ditangguhkan sementara bagi menjalankan autopsi ke atas mayat yang dijumpai.  Beratus-ratus mayat ditemukan di Hutan Shakahola sejak April semasa s