Posts

Hukuman bekas Hakim Mahkaman Sesyen Kuala Kubu Bharu dikurangkan

Image
Hukuman bekas Hakim Mahkaman Sesyen Kuala Kubu Bharu dikurangkan https://pakdin.my/174770/ SHAH ALAM – Seorang bekas hakim yang sebelum ini dipenjara enam bulan dan denda RM25,000 atas kesalahan rasuah enam tahun lalu, bernasib baik apabila hukumannya itu dikurangkan kepada penjara sehari dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Tinggi. Ia selepas Mahkamah Tinggi di sini pada 31 Julai 2022, membenarkan rayuan bekas Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, Azmil Muntapha Abas, 50, selaku perayu untuk mengetepikan hukuman yang diputuskan Mahkamah Sesyen pada 19 Oktober tahun yang sama. Bagaimanapun dalam rayuan itu, perayu hanya berjaya mengurangkan hukuman namun gagal mengetepikan sabitan bersalah atas pertuduhan tersebut. Menerusi alasan penghakiman yang dikeluarkan Hakim, Hasbullah Adam pada Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi mendapati tidak wujud alasan bermerit untuk mengganggu gugat keputusan Mahkamah Sesyen berhubung sabitan salah (no sufficient ground for interfering) tersebut menurut seksyen 3

Semua penumpang, anak kapal pesawat JAL selamat dari kebakaran di lapangan terbang Tokyo

Image
Semua penumpang, anak kapal pesawat JAL selamat dari kebakaran di lapangan terbang Tokyo https://pakdin.my/174761/ TOKYO  – Sebuah jet Japan Airlines terbakar di lapangan terbang Haneda Tokyo pada Selasa selepas kemungkinan berlaku pelanggaran antara pesawat Pengawal Pantai, dengan syarikat penerbangan itu. Syarikat penerbangan itu berkata bahawa kesemua 379 penumpang dan anak kapal telah selamat dipindahkan. Rakaman langsung di penyiar awam NHK menunjukkan pesawat itu terbakar selepas berlaku perlanggaran di landasan dan kru penyelamat berusaha untuk mengawal kebakaran. Pengawal Pantai berkata ia sedang menyiasat kemungkinan salah satu pesawatnya bertembung dengan jet penumpang itu. Lima daripada enam krew pesawat pengawal pantai itu tidak dapat dikesan, manakala seorang berjaya menyelamatkan diri, lapor penyiar awam NHK. Jurucakap Japan Airlines berkata pesawat itu berlepas dari lapangan terbang Shin-Chitose di pulau utara Hokkaido. Haneda telah menutup semua landasan selepas kejadia

1MDB: Saksi PDRM, pakar money trail kata hampir keseluruhan dana US681 dipulangkan - Saksi SPRM buat lawak?

Image
1MDB: Saksi PDRM, pakar money trail kata hampir keseluruhan dana US681 dipulangkan - Saksi SPRM buat lawak? https://pakdin.my/174755/ Sedikit lawak. PDRM lawan SPRM. Saksi dari SPRM beritahu mahkamah bahawa mereka syak US$681 juta yang diterima Najib diguna untuk beli undi pada PRU13. Tapi saksi dari PDRM yang merupakan pakar money trail pula beritahu mahkamah bahawa dana hampir keseluruhan dana US$681 itu telah dikembalikan kepada penyumbang empat bulan kemudian. "1MDB trial: Najib returned US$620m to firm that gave him US$681m ‘ill-gotten gains’, sent RM162m to his other account" https://malaysia.news.yahoo.com/1mdb-trial-najib-returned-us-104622644.html Baki yang digunakan pula adalah seperti berikut: 1. UMNO - RM20 juta 2. UMNO Batu Kawan - RM500k 3. Tan Sri Lim Soon Peng RM246k untuk tujuan media sosial dalam bahasa Cina untuk mempromosikan Najib, konsep 1Malaysia dan BN. 4. Orb Solution RM2 juta untuk untuk tujuan media sosial dalam bahasa Melayu dan Inggeris untuk memp

Salah menjaringkan dua gol ketika Liverpool menewaskan Newcastle 4-2

Image
Salah menjaringkan dua gol ketika Liverpool menewaskan Newcastle 4-2 https://pakdin.my/174749/ Liverpool mendahului tiga mata dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Newcastle 4-2 dalam perlawanan mendebarkan. LIVERPOOL – Dua gol Mohamed Salah pada separuh masa kedua menebus sepakan penalti yang gagal disempurnakan ketika Liverpool memulakan tahun baharu dengan kelebihan tiga mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 4-2 ke atas Newcastle United dalam hujan- membasahi Anfield pada hari Isnin 1 Januari 2024. Pasukan Juergen Klopp, yang memulakan perlawanan hari ini yang berkongsi mata dengan Aston Villa, kini memperolehi 45 mata daripada 20 perlawanan. Villa 42 mata manakala Manchester City, yang bermain kurang satu perlawanan, di tempat ketiga dengan 40 mata. Newcastle di tempat kesembilan dengan 29 mata. Salah yang berusia 31 tahun, yang menyumbang 151 gol untuk Liverpool dalam Liga Perdana, menukar kasutnya pada separuh masa pertama dan
Image
▶️ Gempa bumi 7.6 magnitud melanda Jepun, amaran tsunami dikeluarkan Jepun mengeluarkan amaran tsunami untuk wilayah Ishikawa selepas gempa bumi melanda wilayah Noto. https://pakdin.my/174746/ Gempa bumi besar dengan magnitud awal 7.6 telah melanda Ishikawa di tengah Jepun, mencetuskan amaran tsunami dan nasihat untuk penduduk berpindah dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gempa susulan. Tsunami setinggi sekitar 1 meter (3.3 kaki) melanda bahagian pantai barat di sepanjang Laut Jepun, dengan gelombang yang lebih besar dijangka, lapor penyiar awam NHK pada Isnin 1 Januri 2024. Agensi Meteorologi Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami untuk wilayah pantai Ishikawa, Niigata dan Toyama. “Semua penduduk mesti berpindah segera ke tempat yang lebih tinggi,” kata NHK selepas gempa bumi melanda wilayah Noto di wilayah Ishikawa sekitar 4:10 petang waktu tempatan (5:10 petang waktu Malaysia). Ia berkata satu lagi amaran gempa bumi telah dikeluarkan untuk Ishikawa. Gelombang tsunami berbahaya

Hamdan Senario ditidurkan, anak mohon doa orang ramai

Image
Hamdan Senario ditidurkan, anak mohon doa orang ramai https://pakdin.my/174743/ Pelawak yang juga anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramli terpaksa ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah. Menurut anak bongsu Hamdan, Nur Natasya Umairah, 20, pada awalnya, bapanya hanya mengalami cirit-birit dipercayai akibat keracunan makanan selepas pulang dari makan malam semalam sebelum dibawa ke hospital pagi tadi. “Ayah mengalami cirit-birit sejak semalam dan berlarutan sehingga hari ini sebelum kami bawanya ke hospital sekitar pukul 11 pagi. “Tiba-tiba ayah sukar untuk bernafas. Selepas pemeriksaan lanjut, doktor maklumkan dia perlu ditidurkan kerana jangkitan kuman dalam darah agak tinggi. “Kalau normal, bacaan hanya bawah 10 tetapi hasil pemeriksaan, bacaan ayah ialah 32, sangat tinggi,” katanya kepada Kosmo! Online dalam nada sebak. Meskipun sedih melihat keadaan bapanya, Natasya bagaimanapun berasa sedikit lega apab

Aksi paling menyedihkan Arsenal

Image
Aksi paling menyedihkan Arsenal https://pakdin.my/174739/ LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta tanpa berselindung mengakui peluang pasukannya mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan musnah sama sekali sekiranya kekal dengan prestasi buruk seperti kekalahan 1-2 kepada Fulham di Craven Cottage malam tadi. Walaupun bermula cemerlang untuk berada di depan seawal minit kelima permainan, tetapi Arteta mengakui The Gunners mengharungi baki aksi dengan persembahan terburuk musim ini hingga mengakibatkan kekalahan kedua berturut-turut. “Apa yang boleh saya rumuskan, ia adalah hari menyakitkan dan menyedihkan buat kami. Agak senang untuk Fulham memenangi bola pertama dan kedua hingga menyaksikan mereka memperolehi kedua-dua jaringan. “Apa yang berlaku hari ini tidak boleh berlaku lagi kerana jika berulang, sudah pasti kami tidak ada kemampuan untuk berada di tempat yang kami mahukan,” katanya. Terdahulu, Bukayo Saka meletakkan The Gunners di depan, namun Raul Jiminez kembali mengh