Posts

Showing posts with the label Jenayah

[Video] Tikam diri selepas bunuh bekas kekasih

Image
[Video] Tikam diri selepas bunuh bekas kekasih  -  https://pakdin.my/155071 - MELAKA - Seorang lelaki dipercayai menikam dirinya sendiri sehingga mati selepas membunuh bekas kekasihnya di sebuah rumah di Jalan Pegaga, Taman Merdeka, Batu Berendam di sini, pada Sabtu. Dalam kejadian jam 4 petang, mayat lelaki berusia 33 tahun dan wanita berusia 22 tahun itu ditemui tidak bernyawa dalam keadaan berlumuran darah akibat ditikam objek tajam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, pihaknya dihubungi orang awam yang memaklumkan perkara itu sebelum pasukan polis ke lokasi kejadian dan mendapati kedua-duanya telah meninggal dunia. "Mayat lelaki ditemui dalam bilik tidur dengan berlumuran darah dipercayai akibat tikaman sendiri. "Polis turut menemui pisau dipercayai senjata digunakan dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi pada Sabtu. Bagaimanapun beliau berkata, motif sebenar kejadian itu masih dalam siasatan pihak polis. Kata

[Video] Rompakan di Lukut seperti aksi dalam filem

Image
[Video] Rompakan di Lukut seperti aksi dalam filem [Sumber: https://pakdin.my/?p=154871 ] PORT DICKSON: Seperti dalam filem. Itu aksi kes rompakan barangan kemas oleh sekumpulan perompak sebelum kenderaan dinaiki mereka terbabas dan kemudian terbalik ketika dikejar mangsa. Namun semua suspek berjaya melarikan diri dengan kenderaan lain milik rakan mereka. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Lukut, dekat sini, kira-kira jam 10.15 pagi tadi, suspek melarikan tiga beg berisi barang kemas, sebuah telefon bimbit, wang tunai dan dokumen peribadi milik mangsa sebelum melarikan diri. "Mangsa berusia 50 tahun yang juga pemilik kedai emas di bandar Port Dickson, menaiki kereta Toyota Camry mendakwa, semasa berhenti di stesen minyak Shell menghala Lukut, dia diserang sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang dan menaiki dua kenderaan. "Suspek dikatakan menghalang kereta mangsa dari arah hadapan dan belakan

[Video] Polis tembak tayar kejar wanita pandu kereta curi di Jalan Lintas Likas Kota Kinabalu

Image
[Video] Polis tembak tayar kejar wanita pandu kereta curi di Jalan Lintas Likas Kota Kinabalu [Sumber: https://pakdin.my/?p=154773 ] KOTA KINABALU - Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah pacuan empat roda selepas seorang wanita bertindak memandu secara agresif cuba melarikan diri daripada ditahan dalam kejadian di Jalan Sepanggar di sini, pada Isnin. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dilaporkan sebagai kenderaan curi dikesan berada di tepi Jalan Tun Fuad Stephen, Pasar Kraftangan yang dipandu seorang wanita tidak dikenali. Orang awam yang menyedari kenderaan terbabit bertindak memaklumkan kepada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, sebaik menerima laporan itu, pasukan unit peronda kenderaan pelbagai guna (MPV) polis berjaya mengesan kedudukan kenderaan yang berada di Jalan Tanjung Lipat. &quo

Lelaki ditahan cabul, ugut sebar video teman wanita

Image
  Lelaki ditahan cabul, ugut sebar video teman wanita [Sumber: https://pakdin.my/?p=154766 ] KLANG - Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai mencabul dan mengugut untuk menyebarkan video lucah teman wanitanya yang dikenali menerusi Instagram. Suspek berusia 21 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.40 malam di Jalan Kapar, Klang pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 16 tahun itu berkenalan dengan suspek ketika berada di rumah neneknya di Klang pada Mei 2021. Menurutnya, mangsa mula menjalinkan hubungan sehingga 9 Februari lalu dan sepanjang tempoh itu mangsa telah dipaksa membuat panggilan video dalam keadaan berbogel. "Mangsa juga mendakwa suspek sering menyentuh badannya setiap kali bertemu. "Tidak tahan dengan sikap suspek, mangsa mahu memutuskan hubungan mereka, namun dihalang oleh suspek dengan mengugut untuk menyebarkan gambar dan video lucah mangsa," katanya. Katanya, su

Bekas pembantu pegawai khas Exco Pulau Pinang antara 6 ditahan SPRM

Image
Bekas pembantu pegawai khas Exco Pulau Pinang antara 6 ditahan SPRM [Sumber: https://pakdin.my/?p=154482 ] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan enam individu termasuk bekas pembantu pegawai khas Exco negeri berkaitan satu program membabitkan golongan penjaja melibatkan nilai rasuah lebih RM80,000. Sumber berkata, keenam-enam individu masing-masing tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 25 hingga 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Pulau Pinang petang semalam. Menurutnya, individu terbabit termasuk bekas pembantu pegawai khas Exco berusia 42 tahun dipercayai mengemukakan butir matan palsu berkaitan pembekalan peralatan melibatkan enam syarikat sedangkan program pada 2020 itu tidak dilaksanakan. “Tiga individu kini ditahan di lokap SPRM Pulau Pinang dan akan dilepaskan dengan jaminan SPRM dalam tempoh 24 jam manakala tiga lagi akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang esok (hari ini) untuk permohonan reman,” katanya. Sementara itu, Peng

Wanita hilang seminggu ditemukan letih dan lesu

Image
Wanita hilang seminggu ditemukan letih dan lesu [Sumber: https://pakdin.my/?p=153574]  Pasir Mas: Wanita yang dilaporkan hilang sejak seminggu lalu ditemui di Lubok Jong, Pasir Mas kira-kira jam 10 malam tadi dalam keadaan letih dan lesu. Menurut suaminya, Lokman Hakim Azizi, 26, isterinya, Noor Amira Mohamed, 24, dilaporkan hilang pada 12 Januari lalu yang ketika itu pulang ke kampungnya di Rantau Panjang untuk menjaga ibu yang sakit akibat terjatuh tangga. Lokman berkata, memandangkan dia bekerja di Pahang dan tidak sempat menghantar isterinya balik ke kampung, dia menghantarnya ke Stesen Kereta Api Kuala Lipis. "Bagaimanapun, kira-kira jam 10 pagi pada keesokan harinya, saya terputus hubungan dengan isteri apabila panggilan telefon tidak dijawab selain pesanan ringkas melalui WhatsApp juga tidak berbalas. "Pada ketika itu, isteri saya sepatutnya sudah sampai ke Stesen Kereta Api Pasir Mas dan berada di rumahnya, namun dia tidak sampai di rumah sebagaimana yang sepatutnya d

Tahanan ditemui mati dalam lokap

Image
  Tahanan ditemui mati dalam lokap [LINK:  https://pakdin.my/?p=153514 ] KOTA BHARU - Seorang suspek berkait kes pemilikan dadah ditemukan mati ketika berada di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini, pada petang Ahad. Suspek lelaki yang berusia 37 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 5 petang. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, suspek sebelum itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sel semasa pemeriksaan rutin berkala yang dilakukan oleh pihak polis. “Suspek disangkakan tidur dan dikejutkan namun tidak bangun menyebabkan polis menghubungi pegawai perubatan. “Pegawai perubatan yang tiba dari Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa ke lokap IPD Kota Bharu mengesahkan suspek sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin. Beliau berkata, suspek tersebut ditahan pada Sabtu lalu bagi membantu siasatan kes pemilikan dadah mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 19