Bekas pembantu pegawai khas Exco Pulau Pinang antara 6 ditahan SPRM
Bekas pembantu pegawai khas Exco Pulau Pinang antara 6 ditahan SPRM
[Sumber: https://pakdin.my/?p=154482]
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan enam individu termasuk bekas pembantu pegawai khas Exco negeri berkaitan satu program membabitkan golongan penjaja melibatkan nilai rasuah lebih RM80,000.
Sumber berkata, keenam-enam individu masing-masing tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 25 hingga 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Pulau Pinang petang semalam.
Menurutnya, individu terbabit termasuk bekas pembantu pegawai khas Exco berusia 42 tahun dipercayai mengemukakan butir matan palsu berkaitan pembekalan peralatan melibatkan enam syarikat sedangkan program pada 2020 itu tidak dilaksanakan.
“Tiga individu kini ditahan di lokap SPRM Pulau Pinang dan akan dilepaskan dengan jaminan SPRM dalam tempoh 24 jam manakala tiga lagi akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang esok (hari ini) untuk permohonan reman,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Lim Bee Kean berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Comments
Post a Comment