Posts

Showing posts with the label Muhyiddin Yassin

Perlu runding dengan PN dulu sebelum bubar Parlimen, Muhyiddin ingatkan Ismail

Image
Perlu runding dengan PN dulu sebelum bubar Parlimen, Muhyiddin ingatkan Ismail Sumber:  https://pakdin.my/158119   ... Nak tanya Muhyiddin Yassin, semasa beliau jadi PM adakah di runding dengan BN dan PAS dalam segala tindakan termasuk menghadap YdP Agong bagi dalam usaha mengekal kuasa termasuk membuat tawaran terbuka (rasuah politik) kepada pembangkang? Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin “mengingatkan” Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bahawa beliau perlu berunding dengan gabungan itu sebelum menetapkan tarikh pembubaran Parlimen untuk mengadakan PRU15. “Saya juga, antara lain, mengingatkan YAB Perdana Menteri bahawa PN sebagai parti utama yang membentuk kerajaan Persekutuan, hendaklah dirunding terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen,” kata Muhyiddin di Facebook. Beliau yang juga presiden Bersatu berkata peringatan itu disampaikan dalam pertemuan antara beliau bersama pemimpin parti komponen PN lain dengan Ismail di Sri Perdana, semalam. Turut

PAS tak menguntungkan rakan PN, kata penganalisis

Image
PAS tak menguntungkan rakan PN, kata penganalisis Sumber:  https://pakdin.my/158034   ... Penganalisis melihat PAS mempertaruhkan hubungannya dengan rakan gabungannya selepas menyuarakan pendirian mengenai isu penukaran agama kanak-kanak sebelah pihak dan cadangannya supaya jawatan perdana menteri dikhaskan kepada orang Islam. Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Jeniri Amir berkata, parti itu menimbulkan rasa tidak selesa kepada rakan bukan Islam dalam Perikatan Nasional (PN), iaitu Gerakan, Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR). Bagaimanapun katanya, tidak jelas bagaimana pengundi bukan Islam akan memberikan reaksi kerana belum ada kepastian mengenai penjajaran politik PAS untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15). “Ia bergantung dengan siapa PAS akan berpakat pada PRU15,” katanya. “Jika ia masih dengan PN, penyokong bukan Islam gabungan itu mungkin tidak mahu keluar mengundi sebagai tanda protes. Kita boleh lihat bagaimana peratusan keluar mengundi yang renda

Hadi pula dijangka bertemu Mahathir

Image
Hadi pula dijangka bertemu Mahathir Sumber:  https://pakdin.my/158030 .... Selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dilaporkan bertemu Dr Mahathir Mohamad, kini PAS pula mengesahkan akan bertemu dengan pengerusi Pejuang itu bagi mengadakan rundingan dan membentuk kerjasama untuk perpaduan ummah. Menurut Presiden PAS Abdul Hadi Awang, pertemuan itu akan diatur tidak lama lagi selain mengulangi pendirian parti itu yang bersedia bekerjasama dengan Pejuang atau mana-mana parti yang tidak ekstrem dan liberal. “Ya, dengan siapa sahaja kita sedia bekerjasama untuk menyatukan ummah. “Pertemuan dengan Mahathir, insya-Allah akan diaturkan,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia. Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir semalam mendedahkan pengerusi parti itu didatangi Muhyiddin bagi membentuk kerjasama baharu menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Mukhriz berkata, pertemuan itu berlangsung kira-kira dua minggu lalu, iaitu selepas Bersatu tewas dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor. Abdul Hadi

[Video] Muhyiddin minta bantuan saya untuk jadi PM semula, kata Dr M

Image
[Video] Muhyiddin minta bantuan saya untuk jadi PM semula, kata Dr M Sumber:  https://pakdin.my/158026 ..... Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad berkata, Presiden PPBM Muhyiddin Yassin menemuinya baru-baru ini untuk meminta bantuan mendapatkan semula jawatan perdana menteri. “Muhyiddin jumpa saya, beliau mahu saya sokong percubaannya untuk jadi PM sekali lagi,” kata Mahathir pada sidang media di sini, hari ini. Apabila ditanya sama ada beliau akan menyokong Muhyiddin, Mahathir berkata, Pejuang “tidak akan menyokong individu yang gagal sebagai PM”. Semalam, dua bekas perdana menteri itu dilaporkan mengadakan pertemuan baru-baru ini atas permintaan Muhyiddin. Anak Mahathir, Mukhriz dipetik sebagai berkata, Muhyiddin mahu Pejuang dan PPBM bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang (PRU15). “Semasa (Muhyiddin) jadi perdana menteri, kebanyakan orang tak puas hati dengan kepimpinannya,” kata Mahathir. “Beliau bukan perdana menteri yang bagus. Jika beliau capai sesuatu yang

Muhyiddin gesa ahli PPBM mula ‘berkempen’ untuk PRU15 dari sekarang

Image
Muhyiddin gesa ahli PPBM mula ‘berkempen’ untuk PRU15 dari sekarang Sumber:  https://pakdin.my/157570 - Presiden PPBM Muhyiddin Yassin menggesa ahli-ahli partinya disaran supaya bersedia dan tidak menunggu sehingga hari penamaan calon untuk berkempen supaya mendapat liputan seluas mungkin, ketika cakap-cakap mengenai pembubaran Parlimen hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Muhyiddin berkata, saranan ini berdasarkan pengalaman beliau ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, apabila tidak berkesempatan untuk mengunjungi seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)  disebabkan keterbatasan waktu. Beliau yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN), turut menggesa semua ahli sama ada yang mempunyai jawatan dalam kerajaan atau tidak, supaya berkempen bersama bagi menguatkan jentera pilihan raya gabungan itu. “Bercakap tentang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), jangan tunggu bila dah hari penamaan calon baru kita nak berkempan,” katanya semasa sesi temubual ber

[Video] Pengerusi PN Tepuk Tangan Lepas Lihat Tarian Ini Dalam Satu Majlis

Image
[Video] Pengerusi PN Tepuk Tangan Lepas Lihat Tarian Ini Dalam Satu Majlis Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155870 - Menurut satu video berdurasi 1.29 saat yang disiar oleh Malaysiakini ini, kepimpinan PN termasuklah Tan Sri Muhyiddin (Pengerusi PN) dan Tan Sri Hamzah Zainuddin telah disajikan "dance show" di Austin International Convention Centre di Johor Bharu.  Majlis yang berlangsung penuh SOP ini dilihat menghidangkan "dance show" yang juga dilihat ada penjarakan sosial. Di akhir majlis tersebut dilihat Pengerusi PN sendiri bertepuk tangan dengan persembahan itu.  Pandai pula penganjur ini menilai "taste" Pengerusi PN ya. Macam tahu-tahu ja. Semalam, AJK PN Mersing tersasul sebut "Hidup Pakatan" dalam satu majlis media. Biarpun pakai baju PN, nampaknya hati masih PH lah. Apa pula reaksi Pengerusi PN bila ditanya tentang "dance show" ini? Apa ayat sesuai rakyat bila melihat video ini. "Poodahhh"? Tengok sendirilah 

Mahathir dan Muhyiddin tidak pernah bayar prinsipal hutang 1MDB

Image
Mahathir dan Muhyiddin tidak pernah bayar prinsipal  hutang 1MDB Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155709 - Tengku Zafrul kata tuduhan kerajaan tidak pernah membayar balik hutang 1MDB adalah "tidak berasas". Katanya sudah bayar RM13.3 bilion prinsipal dan faedah.  Tetapi kantoi rupa-rupanya kerajaan BN yang bayar prinsipal hutang itu bukan PH atau PN!  Dato Seri Najib Razak  dedahkan bayaran dibuat daripada hasil jualan syarikat IPP (milik 1MDB) RM10 bilion dan tanah (milik 1MDB) RM2.7 bilion, memang tidak menggunakan duit kerajaan.  Terus krikk krikk Tengku Zafrul! Jadi mksudnya prinsipal hutang 1MDB daripada 42 bilion turun kepada 32 bilion itu bayaran zaman BN. PH & PN tidak pernah membayar prinsipal hutang 1MDB langsung! Kenapa kerajaan PN tak bayar prinsipal hutang? Tengku zafrul menjawab sebab hutang tu belum matang, belum sampai masa untuk dibayar, sebab itu kerajaan PN tak perlu bayar sekarang. PH & Muhyiddin bayar interest sedikit sahaja tapi bisingnya maca

[Video] Pemuda UMNO buat laporan, desak siasat kenyataan Muhyiddin

Image
[Video] Pemuda UMNO buat laporan, desak siasat kenyataan Muhyiddin  -  https://pakdin.my/155096 - Pemuda UMNO Bahagian Parit Sulong mendesak siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilakukan berhubung kenyataannya mengenai situasi kewangan negara. Ketua pergerakan itu, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, maklumat kewangan negara adalah berkaitan maklumat sulit yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Beliau berkata, Muhyiddin bukan seorang daripada menteri Kabinet atau Perdana Menteri yang masih berkuat kuasa atau individu yang berhak dibekalkan dengan mana-mana maklumat sulit negara. “Tindakan dan kata-kata Muhyiddin kelihatan menjurus kepada ketidakpatuhan terhadap dokumen rasmi negara yang dipercayai ianya tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972. “Pemuda UMNO Parit Sulong mendesak satu siasatan dimulakan di bawah akta berkenaan untuk menyiasat kesahihan perkara tersebut. “Atau kemungkinan terdapat percubaan untuk melakukan apa-apa kesalah

Ambil ‘popcorn’, tunggu kisah pemimpin Umno dijaja, kata Zahid

Image
Ambil ‘popcorn’, tunggu kisah pemimpin Umno dijaja, kata Zahid -  https://pakdin.my/155084 - EPISOD BAHARU : MUSIM PILIHANRAYA Menjelang sahaja musim PRK atau PRN, akan keluarlah cerita, pemimpin UMNO bawa fail. Pemimpin UMNO buat rundingan. Pemimpin UMNO itu, pemimpin UMNO ini. Jika tidak ada pilihanraya, tidak keluar apa-apa cerita. Tiada fail, tiada rundingan. Sekali pun pada masa tersebut, si penjaja cerita memegang jawatan tertinggi dalam negara. Tetapi oleh kerana tidak ada pilihanraya – PRK atau PRN – maka semua cerita yang dikatakan itu seperti tidak perlu didedahkan. Dalam hal ini saya ingin menegaskan beberapa perkara. a) Saya tidak pernah pergi berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin Ketika beliau menjadi Perdana Menteri untuk meminta tolong dilepaskan dari tuduhan mahkamah. Apatah lagi dengan membawa timbunan fail seperti yang didakwa dan minta untuk dilepaskan. b) Bagi membuktikan kebenaran ini, saya sanggup dan bersedia untuk melakukan sumpah laknat sebagai penafian kep

‘Barangkali negara yang perlu pulihkan MPN’, Zahid bidas Muhyiddin

Image
‘Barangkali negara yang perlu pulihkan MPN’, Zahid bidas Muhyiddin [Sumber: https://pakdin.my/?p=154830] Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membidas Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Muhyiddin Yassin kerana kekurangan idea untuk memulihkan ekonomi negara. Katanya, sehingga kini Muhyidin yang mengetuai MPN belum membentangkan pelan besar untuk membawa Malaysia keluar daripada pandemik Covid-19 dan belenggu ekonomi. “Saya tidak pasti sama ada MPN akan memulihkan negara kita atau barangkali negara sebenarnya yang perlu memulihkan MPN. Berikut adalah petikan dari catatan facebok beliau: Indonesia Bangkit. Baru-baru ini Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia Pak Sandiaga Salahuddin Uno, telah berkongsi di dalam halaman Instagram beliau petikan berita ‘Bye-Bye Malaysia-Thailand, Ekonomi RI Sudah Pulih Duluan’ dari Detik Finance bertarik 10 Februari 2022. Secara ringkasnya menunjukkan bahawa Indonesia sudah keluar dari belenggu kelembapan ekonomi dan berada dalam jajaran keduduk

[Video] ‘Sudah-sudahlah menipu, bukti semua ada’, Najib jawab dakwaan Muhyiddin

Image
  [Video] ‘Sudah-sudahlah menipu, bukti semua ada’, Najib jawab dakwaan Muhyiddin [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154594 ] Adakah dia khianat Pak Lah sebab 1MDB? Dia khianat Pak Lah, dia naik dari Naib presiden menjadi TImbalan presiden dan timbalan perdana menteri. Adakah dia khianat Mahathir dan PH sehingga kerajaan jatuh sebab 1MDB? Dia khianat Mahathir dan PH dan dia naik dari Menteri KDN menjadi Perdana Menteri. Adakah dia derhaka pada YDP Agong sebab 1MDB? Dia derhaka pada YDP Agong dengan melawan titah bahawa ordinan darurat perlu didebat dalam Dewan Rakyat dalam cubaan untuk mengelak kalah undi ordinan dan dia hilang jawatan sebagai Perdana Menteri.  Sehingga YDP Agong dua kali zahirkan amat duka cita hanya sebab dia mahu kekalkan jawatan PM. Track rekod dia ialah pengkhianat. Kalau dia nak kata gelarkan saya sebagai penjenayah sebab ianya bukan hak saya untuk sedekahkan RM42 juta dalam kes SRC, dipersilakan. Tapi perlu faham juga bahawa RM642 juta yang saya terima dari Kement

Kedudukan PPBM, Muhyiddin tak menentu menjelang PRN Johor, kata penganalisis

Image
  Kedudukan PPBM, Muhyiddin tak menentu menjelang PRN Johor, kata penganalisis [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154451 ] Kedudukan PPBM dan Presidennya Muhyiddin Yassin dilihat berada dalam keadaan yang tidak menentu ketika persediaan menjelangnya pilihan raya negeri (PRN) Johor, kata penganalisis politik. Menurut penganalisis, parti itu mempunyai perjuangan yang sukar mendapat sokongan daripada pengundi bukan Melayu selepas keluar daripada Pakatan Harapan (PH) tahun lalu dan kegagalan dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor – negeri kelahiran Muhyiddin – akan memberi kesan terhadap masa depan parti itu dan presidennya. Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, Muhyiddin tertekan untuk mencapai keputusan “yang hebat” kerana beliau berasal dari Muar serta merupakan Ahli Parlimen Pagoh. Katanya, kepimpinan Muhyiddin akan dipersoalkan sekiranya PPBM tidak boleh melakukan lebih baik di Johor berbanding prestasi buruknya dalam PRN Melaka pada November apabila Perikatan N

Tak payah nak putar belit, niat kamu, kami tahu, Najib jawab Muhyiddin

Image
  Tak payah nak putar belit, niat kamu, kami tahu, Najib jawab Muhyiddin [Sumber: https://pakdin.my/?p=154269 ] Muhyiddin kata: "Mengenai calon Ketua Menteri Sabah, saya telah menyatakan kepada Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO supaya menamakan calon KM Sabah daripada UMNO. Tetapi dia tidak menamakan sesiapa pun 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 𝗣𝗥𝗡 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿.  Kerana itu saya telah menamakan Datuk Seri Panglima Hajiji sebagai calon KM Sabah daripada PN sekiranya PN memenangi jumlah kerusi yang terbesar dalam kalangan parti-parti yang membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ." Tapi internet tak lupa. Hari dia kata Hajiji bakal Ketua Menteri Sabah: 12 Sept 2020 Hari penamaan calon (iaitu bermulanya kempen PRN Sabah: 12 Sept 2020 Jadi, tang mana yang kamu tunggu hingga kempen tamat sedangkan sebelum kempen bermula pun kamu sudah berniat nak namakan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah? Awal-awal lagi dia sudah rancang - bukan sehingga tempo

#PRNJohor: Sokongan terhadap PM bersyarat, PPBM ingatkan Ismail

Image
#PRNJohor: Sokongan terhadap PM bersyarat, PPBM ingatkan Ismail [Sumber: https://pakdin.my/?p=154220 ] PPBM mengingatkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bahawa sokongan terhadapnya adalah bersyarat dan perkara itu akan dibawa dalam majlis ceramah pada kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor. Ketua Penerangannya Wan Saiful Wan Jan, berkata PPBM yang mencalonkan Ismail sebagai Perdana Menteri dan bukannya Umno. “Kita kena ingat Ismail menjadi Perdana Menteri hari ini bukan dicalonkan Umno. Bukan Umno calonkan dia. “Kalau Umno silap-silap dia nak Zahid Hamidi (Presiden Umno jadi Perdana Menteri). Nak Zahid. Pening kepala nak jawab tetapi itulah hakikatnya,” katanya dalam kempen ceramah Perikatan Nasional (PN) di Muar yang disiarkan secara langsung di Facebook Penerangan PPBM. Dalam pada itu, Wan Saiful berkata syarat dikenakan PPBM itu tiada kompromi khususnya dalam isu membabitkan partinya dan menjaga kebajikan rakyat yang memerlukan bantuan. Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Mu

Bolehkah Muhyiddin bertahan dalam PRN Johor?

Image
Bolehkah Muhyiddin bertahan dalam PRN Johor? [Sumber: https://pakdin.my/?p=153605 ] Pemimpin Bersatu Muhyiddin Yassin mungkin berdepan situasi dan pilihan sukar jika pilihan raya negeri (PRN) Johor diadakan, menurut pakar. Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) Azmi Hassan berkata, Umno mendesak PRN Johor diadakan ketika ini untuk menguji kekuatan dan sokongan Muhyiddin. “Salah satu sebab utama adalah untuk menamatkan riwayat Bersatu dan meletakkan Muhyiddin dalam kedudukan yang janggal ketika PRU15. “Sebab itu Umno mendesak pilihan raya negeri diadakan,” katanya kepada FMT. Azmi yang meramalkan bahawa PRN Johor boleh diadakan sejurus selepas Tahun Baharu Cina berkata, ia akan menguji sokongan akar umbi Muhyiddin di negeri paling selatan itu. “PRN Johor sama ada akan menenggelamkan atau memberi rangsangan politik kepada Muhyiddin. Kerjaya politiknya bergantung kepada PRN ini,” tambahnya. Muhyiddin, 75, adalah Menteri Besar Johor dari 1986 hingga 1995. Pada 2008, Ahl

Muhyiddin tidak layak lagi diberikan jawatan – Nur Jazlan

Image
Muhyiddin tidak layak lagi diberikan jawatan – Nur Jazlan [LINK: https://pakdin.my/?p=153404 ] Selepas satu persatu episod kegagalan yang dilakukan Tan Sri Muhyiddin, Nur Jazlan menyatakan bahawa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu tidak layak diberi sebarang tanggungjawab atau jawatan lagi. Timbalan Pengerusi UMNO Johor itu berkata, selepas gagal menjalankan amanah sebagai Perdana Menteri kelapan dan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Muhyiddin kini terpalit pula dengan isu pelantikan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tambah beliau, sebagai orang penting dalam parti dan kerajaan, Muhyiddin sepatutnya memikul penuh segala kegagalan itu dan bukannya menuding jari kepada orang lain. “Semasa menjadi Perdana Menteri dan gagal, dia menyalahkan UMNO. Semasa dia meninggalkan UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan bersama Pakatan Harapan (PH), dia menyalahkan UMNO. Semasa dia ‘menumbangkan’ Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, d