PAS tak menguntungkan rakan PN, kata penganalisis


PAS tak menguntungkan rakan PN, kata penganalisis

Sumber: https://pakdin.my/158034  ...

Penganalisis melihat PAS mempertaruhkan hubungannya dengan rakan gabungannya selepas menyuarakan pendirian mengenai isu penukaran agama kanak-kanak sebelah pihak dan cadangannya supaya jawatan perdana menteri dikhaskan kepada orang Islam.

Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Jeniri Amir berkata, parti itu menimbulkan rasa tidak selesa kepada rakan bukan Islam dalam Perikatan Nasional (PN), iaitu Gerakan, Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Bagaimanapun katanya, tidak jelas bagaimana pengundi bukan Islam akan memberikan reaksi kerana belum ada kepastian mengenai penjajaran politik PAS untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Ia bergantung dengan siapa PAS akan berpakat pada PRU15,” katanya.

“Jika ia masih dengan PN, penyokong bukan Islam gabungan itu mungkin tidak mahu keluar mengundi sebagai tanda protes. Kita boleh lihat bagaimana peratusan keluar mengundi yang rendah dalam pilihan raya sebelum ini memberi manfaat kepada Barisan Nasional (BN).”

Pada Selasa, Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin mengeluarkan amaran terhadap pihak yang cuba membatalkan penukaran agama tiga anak seorang ibu tunggal, Loh Siew Hong.

Ini selepas Loh memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memohon pengisytiharan bahawa bekas suaminya tidak layak secara sah untuk mengislamkan mereka.

Minggu lalu, Khairil mencadangkan supaya satu pindaan perlembagaan dilakukan supaya jawatan perdana menteri dikhususkan kepada orang Islam sahaja.

Pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Lee Kuok Tiung berkata, walaupun Gerakan, SAPP dan STAR sentiasa menggambarkan diri sebagai parti pelbagai kaum dan agama, namun berada dalam gabungan bersama PAS telah menjejaskan imej itu.

“Kenyataan PAS itu hanya akan menyebabkan penyokong lari,” katanya.

“Pengundi mungkin masih menyokong Gerakan, SAPP atau STAR, tetapi semasa PRU15, mereka mungkin keberatan untuk mengundi parti yang bekerjasama dengan PAS.”

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL