Posts

Showing posts with the label PRN

#PRNJohor: ‘Dah dapat persetujuan adakan PRN’, Hasni bergegas menghadap Sultan Johor

Image
  #PRNJohor: ‘Dah dapat persetujuan adakan PRN’, Hasni bergegas menghadap Sultan Johor [Sumber: https://pakdin.my/?p=153688 ] JOHOR BAHRU: Menteri Besar Hasni Mohammad bergegas menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar selepas selesai mesyuarat Umno negeri sebentar tadi. Hasni ketika ditemui media berkata beliau sudah mendapat persetujuan daripada Umno Johor untuk mengadakan pilihan raya negeri. “Saya akan buat sidang media pada 6 petang ini, kerana saya akan bermesyuarat dahulu dengan barisan Exco kerajaan negeri dan selepas itu melakukan pertemuan bersama Baginda Sultan Ibrahim. “Semua akan dijelaskan pada 6 petang ini, yang utama saya sudah mendapat consent (persetujuan) oleh Umno untuk adakan PRN,” katanya ringkas. Sebentar tadi Hasni mempengerusikan mesyuarat Umno peringkat negeri dihadiri semua 26 ketua bahagian yang berlangsung selama sejam. Pemimpin yang dilihat hadir ialah Shahrir Samad, Azalina Othman Said, Hishammuddin Hussein, Dr Adham Baba, Mohamed Khaled Nordin dan

DUN Johor bubar Ahad ini?

Image
  DUN Johor bubar Ahad ini? [Sumber: https://pakdin.my/?p=153585 ] SPEKULASI mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hampir pasti apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) dikatakan akan dibubar Ahad ini. Sumber dalaman Umno mengesahkan surat permohonan pembubaran DUN oleh Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohamad telah dihantar kepada pejabat Speaker DUN. “Kemungkinan bubar Ahad. Surat pun sudah sampai ke pejabat Speaker,” kata sumber kepada Malaysiapost. Malaysiapost juga turut dimaklumkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar bagi membincangkan perkara itu. “SPR telah berjumpa MB Johor bagi membincangkan persiapan PRN. “Difahamkan juga permohonan untuk pembubaran DUN telah mendapat perkenan Istana,” katanya lagi. Sebelum ini beberapa portal melaporkan mengenai desas-desus mengenai pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN. Spekulasi mengenai PRN Johor bertiup kencang selepas kematian bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang juga

PRN tidak ganggu sistem penyampaian kerajaan - MB Johor

Image
  PRN tidak ganggu sistem penyampaian kerajaan - MB Johor [Sumber: https://pakdin.my/?p=153570 ] Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad memberi jaminan bahawa sistem penyampaian kerajaan negeri tidak akan terganggu jika Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan di negeri ini. Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata jentera kerajaan akan terus berfungsi sepanjang tempoh itu. “Sekiranya kerajaan negeri memutuskan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri...visi kerajaan tidak akan terganggu. “Program kerajaan (akan) dijalankan seperti dirancang serta apa sahaja yang dirancang di bawah Belanjawan Negeri 2022,” katanya dalam ucapan perasmian tapak ujian dron di Medini di sini hari ini. Khabar angin mengenai PRN akan datang bertiup kencang berikutan kematian ADUN Kempas Datuk Osman Sapian baru-baru ini menjadikan kerajaan pimpinan UMNO hanya memiliki satu majoriti satu kerusi dalam DUN Johor. Pada masa ini, Dewan Undangan Negeri Johor diterajui Barisan Nasional dengan 28 kerus

Johor tidak selesa majoriti kerusi DUN tipis, tunggu masa terbaik untuk PRN

Image
  Johor tidak selesa majoriti kerusi DUN tipis, tunggu masa terbaik untuk PRN [LINK:  https://pakdin.my/?p=153342 ] Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad memaklumkan, beliau tidak pernah membuat sebarang keputusan berhubung isu PRN. Menurut beliau, majoriti tipis hanya dengan satu kerusi masih menjadi elemen utama yang dilihat kerajaan sebelum memutuskan sebarang kemungkinan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) itu. “Saya masih lagi berpendapat bahawa saya perlu melihat kepada keadaan apabila kerajaan hanya mempunyai satu majoriti… walaupun semua org suka jadi no 1 tapi mgkin Johor tak sukalah dengan istilah 1 itu. “Kalau ada pihak yang menyatakan bila nak ada pilihan raya (negeri) atau mungkin sudah ada tarikh nak pilihan raya kecil atau PRN, saya rasa seingat saya sebagai Menteri Besar saya tak pernah mengumumkan sebarang keputusan selain daripada melihat dan meninjau kemungkinan-kemungkinan apabila kerajaan Johor hanya memiliki satu majoriti sahaja, itu keadaan yang