DUN Johor bubar Ahad ini?

 


DUN Johor bubar Ahad ini?

[Sumber: https://pakdin.my/?p=153585]

SPEKULASI mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hampir pasti apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) dikatakan akan dibubar Ahad ini.

Sumber dalaman Umno mengesahkan surat permohonan pembubaran DUN oleh Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohamad telah dihantar kepada pejabat Speaker DUN.

“Kemungkinan bubar Ahad. Surat pun sudah sampai ke pejabat Speaker,” kata sumber kepada Malaysiapost.

Malaysiapost juga turut dimaklumkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar bagi membincangkan perkara itu.

“SPR telah berjumpa MB Johor bagi membincangkan persiapan PRN.

“Difahamkan juga permohonan untuk pembubaran DUN telah mendapat perkenan Istana,” katanya lagi.

Sebelum ini beberapa portal melaporkan mengenai desas-desus mengenai pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN.

Spekulasi mengenai PRN Johor bertiup kencang selepas kematian bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas.

Susulan kematian Adun Kempas kedudukan kerajaan BN Johor kini hanya berkelebihan dengan satu kerusi.

Malaysiapost sedang berusaha mendapatkan pengesahan Speaker DUN Johor, Suhaizan Kayat bagi mengesahkan penerimaan surat tersebut.- Malaysiapost

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL