Posts

Showing posts with the label PRU-15

Tok Mat cadang PRU15 pada Oktober atau awal November

Image
Tok Mat cadang PRU15 pada Oktober atau awal November Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159637 Awalkan pembentangan bajet pada minggu pertama bulan Oktober. Banjir pun dijangka belum lagi berlaku pada waktu itu namun jika buat pada awal Oktober pun tiada masalah Mengharapkan agar MoU itu tidak disambung agar kita boleh bebas daripada ikatan MoU maka senanglah kita memberi pandangan kepada naib presiden Umno (Ismail Sabri Yaakob) untuk merangka strategi parti  Oktober atau awal November adalah tempoh sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15), demikian kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan. Mohamad secara peribadi melihat tempoh berkenaan adalah ideal kerana pembentangan bajet dapat diawalkan sebelum pembubaran Parlimen dilakukan. “Ini pandangan saya, bukan perdana menteri yang cakap. Saya cadangkan kita awalkan pembentangan bajet untuk mengelak diadakan PRU pada sekitar hujung bulan November dan Disember kerana musim banjir. “Secara lazimnya, pembenta

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Image
BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159487   Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang yang dipasang di sekitar kawasan Parlimen. “Kalau ada pihak atasan Umno, BN pusat terima untuk kerjasama kami tetap akan bantah. Umno dan Barisan Nasional (BN) bahagian Ampang menolak untuk bekerjasama dengan Zuraida Kamaruddin dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) termasuk bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang yang dipasang di sekitar kawasan Parlimen itu termasuk di hadapan pejabat Umno Bahagian Ampang sendiri. Naib Ketua Umno Ampang, Nordin Kasiran ketika dihubungi FMT mengesahkan perkara itu dan memaklumkan pihaknya tidak boleh bekerjasama dengan PBM kerana mereka adalah golongan yang meninggalkan PKR yang pernah menjadi lawan kepada BN. “Memang kain rentang itu daripada Umno, BN Ampang sendiri, kit

PAS tolak untuk bekerjasama bawah khemah besar

Image
PAS tolak untuk bekerjasama bawah khemah besar Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159297   PAS menolak untuk bekerjasama dengan parti pembangkang lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15. Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengakui mengetahui agenda Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bekerjasama di bawah khemah besar. PAS komited memperjuangkan prinsip perpaduan ummah. PAS menolak untuk bekerjasama dengan parti pembangkang lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di bawah khemah besar. Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengakui mengetahui agenda Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bekerjasama di bawah khemah dengan pembangkang. Bagaimanapun, katanya, PAS menolak pendekatan cuba dibawa Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu (PPBM) pada pertemuan dengannya sebelum ini. "PAS ada dimaklumkan dan tahu mengenai (khemah besar), tetapi kita tidak bersetuju dan memutuskan untuk menolaknya. "Kita berbincang bersama dan tid

Ismail tak sedia lepas jawatan PM, kata Naib Presiden PAN, Mahfuz Omar

Image
Ismail tak sedia lepas jawatan PM, kata Naib Presiden  PAN, Mahfuz Omar Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159237   Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar percaya Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak selesa dengan desakan berterusan Umno agar pilihan raya umum (PRU) diadakan awal memandangkan ia menjejaskan kedudukannya. Mahfuz berkata, Ismail tidak akan senang dengan tekanan itu kerana beliau tahu rakyat tidak berpuas hati dengan kenaikan kos sara hidup dan akan menunjukkannya pada PRU. “Saya tak rasa Ismail bersedia untuk melepaskan jawatannya begitu sahaja,” kata Mahfuz dalam program bual bicara Amanah yang disiarkan di Facebook semalam. “Saya tak rasa perdana menteri boleh terima keputusan yang dicapai pada konvensyen BN (Barisan Nasional) untuk membubarkan Parlimen sekarang, apabila rakyat tidak berpuas hati dengan kos sara hidup.” “Perdana menteri patut tahu bahawa rakyat sudah letih dan muak dengan krisis yang kita hadapi sekarang. Jika beliau mahu jadi perdana menteri dengan pen

Akar umbi UMNO sebulat suara lulus usul pinda perlembagaan

Image
Akar umbi UMNO sebulat suara lulus usul pinda perlembagaan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158445     Kejayaan meluluskan usul meminda perlembagaan UMNO hasil daripada keputusan sebulat suara dari setiap akar umbi parti bagi memastikan parti itu berada dalam landasan terbaik dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) umum akan datang. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, apalah ertinya memenangi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden akan tetapi UMNO tewas PRU akibat perpecahan parti hasil perebutan jawatan sebelum PRU. “Atas semangat mahukan kestabilan politik diperkukuh, tumpuan untuk memenangi PRU akan datang, kesemua kepimpinan tertinggi parti, bahagian dan akar umbi parti bersetuju untuk bersatu hati fokus kepada keutamaan untuk menang PRU terlebih dahulu,” katanya menerusi catatan di Facebook pada Ahad Menurutnya, UMNO mempunyai visi dan misi yang jelas untuk rakyat, masyarakat dan negara. Idea-idea transformasi telah banyak terbukti berjaya. “ Transformasi U

Nasib MN di Selangor, Umno negeri walak keputusan MKT, kata Noh

Image
Nasib MN di Selangor, Umno negeri walak keputusan MKT, kata Noh.   Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158432     Selepas “bertungkus lumus” mempertahankan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS bagi merampas kerajaan Selangor daripada Pakatan Harapan (PH)pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Umno negeri akhirnya menyerahkan nasib gabungan itu kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Ketua Umno Selangor, Noh Omar berkata, ia termasuk walak kepada keputusan MKT sekiranya kerjasama dengan PAS perlu dilupakan menjelang PRU15. “Semalam, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan sudah membuat kenyataan mengenai status MN dan kita tunggu apa keputusan parti,” katanya menurut laporan Sinar Harian. Pada 7 Mei lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa kerjasama Umno dan PAS melalui MN perlu dilupakan pada PRU15. Zahid berkata, parti itu telah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada PAS untuk mempersetujui perkara yang terkandung dalam piagam MN, namun tidak disepakati. Sebelum ini Noh

[Video] Ismail Sabri calon PM, tunjukkan UMNO stabil hadapi PRU15 - Mohamad

Image
[Video] Ismail Sabri calon PM, tunjukkan UMNO stabil hadapi PRU15 - Mohamad SUMBER:   https://pakdin.my/158197 ... SEREMBAN: Keputusan UMNO mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menunjukkan kesepakatan dan kestabilan parti itu menghadapi PRU15. Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan itu juga jelas menunjukkan kematangan parti, sekali gus menutup spekulasi bahawa parti itu berkecamuk dalam menentukan 'poster boy'. "Bagi saya menghadapi pilihan raya, kita mesti uruskan 'rumah tangga' kita dulu, kita perlu pastikan dalam rumah tangga kita teratur, kalau rumah tangga berkecamuk, siapa yang nak kita tonjolkan, ia menjadi tanda tanya dan jadi berebut-rebut itu tidak baik bagi parti, jadi bila pucuk pimpinan dah memutuskan ini maka dalam parti lega. "Orang kata UMNO berkecamuk, tak dapat pilih siapa 'poster boy', jadi kita jelas bahawa kita bersepakat perdana

[Video] PM selepas PRU15: Ismail Sabri zahirkan rasa penghargaan

Image
[Video] PM selepas PRU15: Ismail Sabri zahirkan rasa penghargaan SUMBER:  https://pakdin.my/158159 ... Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan ucapan terima kasih kerana mencalonkan namanya sebagai calon Perdana Menteri pada PRU-15 dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam. “Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan UMNO yang mencadangkan saya sebagai calon Perdana Menteri pada PRU15,” kata Ismail dalam posting diFacebook rasminya. Majlis Kerja Tertinggi ketika Mesyuarat Kerja Tertinggi (UMNO) semalam telah sebulat suara untuk mengekalkan kedudukan Ismail sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada PRU-15 kelak. Mesyuarat tersebut yang diadakan di Bangunan UMNO semalam turut dihadiri oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Utama Mohamad Hassan serta Setiausaha Agung Datuk Seri Hj Ahmad Maslan. “Sesungguhnya ini adalah sebuah Amanah dan tanggungjawab yang harus d

Perlu runding dengan PN dulu sebelum bubar Parlimen, Muhyiddin ingatkan Ismail

Image
Perlu runding dengan PN dulu sebelum bubar Parlimen, Muhyiddin ingatkan Ismail Sumber:  https://pakdin.my/158119   ... Nak tanya Muhyiddin Yassin, semasa beliau jadi PM adakah di runding dengan BN dan PAS dalam segala tindakan termasuk menghadap YdP Agong bagi dalam usaha mengekal kuasa termasuk membuat tawaran terbuka (rasuah politik) kepada pembangkang? Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin “mengingatkan” Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bahawa beliau perlu berunding dengan gabungan itu sebelum menetapkan tarikh pembubaran Parlimen untuk mengadakan PRU15. “Saya juga, antara lain, mengingatkan YAB Perdana Menteri bahawa PN sebagai parti utama yang membentuk kerajaan Persekutuan, hendaklah dirunding terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen,” kata Muhyiddin di Facebook. Beliau yang juga presiden Bersatu berkata peringatan itu disampaikan dalam pertemuan antara beliau bersama pemimpin parti komponen PN lain dengan Ismail di Sri Perdana, semalam. Turut

[Video] PRU15: Waspada dengan ‘sesumpah’, pesan Ku Nan

Image
[Video] PRU15: Waspada dengan ‘sesumpah’, pesan Ku Nan Sumber:  https://pakdin.my/158085 .. Sejak kebelakangan ini seakan ada pemimpin dalam parti-parti tertentu yang muncul kembali secara tiba-tiba, kata Bendahari UMNO Datuk Seri Utama Tengku Adnan Mansor. Menurut beliau walaupun sebelum ini rakyat sangat-sangat susah, tertekan dan terhimpit, segelintir pemimpin itu langsung tidak kelihatan, namun sekarang seakan ‘mati hidup semula’. “Ini termasuklah menteri-menteri zaman PH yang penuh kesumat, zaman PN ikut suka sendiri malah dalam kerajaan Keluarga Malaysia sekarang pun menunggu MoU tamat? “Persoalannya adakah pemimpin ‘mati hidup semula’ ini ada balik kerana cerita-cerita tentang Pilihan Raya Umum makin dekat,” katanya menerusi catatan di Facebook . Di samping itu, Tengku Adnan menasihati orang ramai agar lebih berwaspada dengan ‘sesumpah’ menjelang pilihan raya. “Maknanya, waktu nak pilihan raya timbul, lepas tu hilang berzaman tanpa ambil kisah rakyat yang undi mereka. B¹la tiba

Muhyiddin gesa ahli PPBM mula ‘berkempen’ untuk PRU15 dari sekarang

Image
Muhyiddin gesa ahli PPBM mula ‘berkempen’ untuk PRU15 dari sekarang Sumber:  https://pakdin.my/157570 - Presiden PPBM Muhyiddin Yassin menggesa ahli-ahli partinya disaran supaya bersedia dan tidak menunggu sehingga hari penamaan calon untuk berkempen supaya mendapat liputan seluas mungkin, ketika cakap-cakap mengenai pembubaran Parlimen hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Muhyiddin berkata, saranan ini berdasarkan pengalaman beliau ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, apabila tidak berkesempatan untuk mengunjungi seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)  disebabkan keterbatasan waktu. Beliau yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN), turut menggesa semua ahli sama ada yang mempunyai jawatan dalam kerajaan atau tidak, supaya berkempen bersama bagi menguatkan jentera pilihan raya gabungan itu. “Bercakap tentang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), jangan tunggu bila dah hari penamaan calon baru kita nak berkempan,” katanya semasa sesi temubual ber

Tajuddin bidas Timbalan Presiden Umno ‘tekan’ PM adakan PRU15

Image
Tajuddin bidas Timbalan Presiden Umno ‘tekan’ PM adakan PRU15 Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155615 -  Ahli Parlimen Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) membidas “kata dua” Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang mendesak PRU diadakan secepat mungkin. Menurut Tajuddin, Mohamad memberikan kata dua kepada Ismail agar meletak jawatan sekiranya gagal meyakinkan Yang di-Pertuan Agong membuka laluan kepada PRU15, sedangkan kerjasama parti politik sedia ada membolehkan kerajaan Keluarga Malaysia yang stabil. “Apa punya kenyataan ini? Kenyataan ini seolah-olah menekan Perdana Menteri. Saya merasa kesal kerana ia datang daripada salah seorang pemimpin besar parti saya sendiri,” katanya pada perbahasan di Dewan Rakyat. Katanya, kenyataan yang dibuat begitu “menjejaskan” dan “menggugat” kestabilan kerajaan. “Kalau kita tekan Perdana Menteri macam mana lah kerajaan nak terus berusaha dengan pelbagai inisiatif dan usaha untuk kepentingan