Tajuddin bidas Timbalan Presiden Umno ‘tekan’ PM adakan PRU15


Tajuddin bidas Timbalan Presiden Umno ‘tekan’ PM adakan PRU15

Baca selanjutnya di: https://pakdin.my/155615

Ahli Parlimen Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) membidas “kata dua” Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang mendesak PRU diadakan secepat mungkin.

Menurut Tajuddin, Mohamad memberikan kata dua kepada Ismail agar meletak jawatan sekiranya gagal meyakinkan Yang di-Pertuan Agong membuka laluan kepada PRU15, sedangkan kerjasama parti politik sedia ada membolehkan kerajaan Keluarga Malaysia yang stabil.

“Apa punya kenyataan ini? Kenyataan ini seolah-olah menekan Perdana Menteri. Saya merasa kesal kerana ia datang daripada salah seorang pemimpin besar parti saya sendiri,” katanya pada perbahasan di Dewan Rakyat.

Katanya, kenyataan yang dibuat begitu “menjejaskan” dan “menggugat” kestabilan kerajaan.

“Kalau kita tekan Perdana Menteri macam mana lah kerajaan nak terus berusaha dengan pelbagai inisiatif dan usaha untuk kepentingan rakyat?”

Tajuddin mahu Mohamad tidak mengulangi kenyataan seperti itu, sambil mengingatkan para wakil rakyat bahawa mereka mempunyai agenda yang lebih besar iaitu menyelesaikan masalah rakyat.

“Sudahlah, hentikanlah. Maaflah saya ‘orang kecil’ dalam parti, dalam Dewan ini, terpaksa bersuara.”

Mohamad pada November meminta Ismail mempertimbangkan untuk segerakan PRU15, susulan kemenangan bergaya gabungan itu pada PRN Melaka.

Pertimbangan itu mengambil kira sentimen rakyat yang ketika ini dilihat bersama Barisan Nasional.

Mohamad turut mengingatkan perjanjian persefahaman kerajaan dan pembangkang “sampai Julai”.

“Suka atau tidak, PRU bulan Julai,” katanya.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL