Benarkah UMNO bentuk jajaran baharu?
1. Sejak beberapa hari ini tular pelbagai poster yang cuba menggunakan taktik ‘psywar’ dengan membentuk persepsi kononnya UMNO telah membentuk jajaran kerjasama baharu dengan Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR, DAP dan PAN! 2. Siapa sebenarnya yang kepanasan? Jika diperhalusi profil-profil Media Sosial yang menularkan poster-poster ini kebanyakannya menggunakan akaun palsu atau penyokong PN terutamanya PPBM. Tak dapat pula dipastikan sama ada mereka adalah penerima elaun tetap JKOM. 3. Apakah benar UMNO bekerjasama dengan PH (PKR,DAP atau PAN)? Pendirian UMNO sebagaimana yang diputuskan dalam Perhimpunan Agong UMNO (PAU) pada 28 Mac 2021 dan seterusnya diperincikan dan diabsahkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) 25 April 2021 jelas bahawa UMNO tidak akan bekersama dengan PKR mahupun DAP. Juga tidak akan bersama dengan PPBM dalam PRU-15. 4. Apakah mungkin Jajaran Baharu dibentuk? Sebarang perubahan dasar yang diputuskan di Perhimpunan Agong dan Majlis Kerja Tertin...