Imigresen Sabah hantar pulang 180 pendatang Filipina ke negara asal


LAHAD DATU -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang 180 pendatang tanpa izin warga Filipina ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini hari ini 20 Disember 2024.


Pengarahnya Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata proses itu melibatkan tahanan di Depot Imigresen Sandakan serta Tawau terdiri 64 lelaki dewasa, 67 wanita serta 23 kanak-kanak lelaki dan 26 kanak-kanak perempuan yang berumur antara 7 bulan hingga 67 tahun.


"Program pemindahan tahanan mengikut kategori usir melalui laut bagi tahun 2024 itu adalah dengan kos pembiayaan sendiri, tahanan terbabit melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta tahanan telah menjalani hukuman penjara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Beliau berkata sejak awal tahun hingga hari ini, JIM Sabah merekodkan penghantaran pulang 5,993 warga Filipina ke negara asal melalui pengangkutan laut .


"Kesemua tahanan ini akan disenarai hitam dalam sistem JIM mengikut jenis kesalahan yang telah dilakukan," katanya.


Tindakan pendakwaan akan dikenakan kepada majikan dan pemilik premis menggaji warga asing tanpa dokumen perjalanan serta pas sah di samping individu yang melakukan pelanggaran ke atas syarat pas atau permit.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma