[VIDEO] Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya telah dituntut keluarga
PUTRAJAYA -- Jenazah mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini awal pagi tadi telah selesai dibedah siasat dan dituntut keluarga masing-masing di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya di sini. Jenazah Nizasuhana Ujang, 28, dituntut warisnya pada 9.55 malam dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10 Balakong, Cheras, malam ini. Jenazah Muhammad Danial Mohd Nuzi, 24, pula dituntut ahli keluarganya pada 10.05 malam tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bestari Jaya, pagi esok. Sementara itu, difahamkan jenazah seorang lagi mangsa, Amizan Sapiie, 27, juga sudah selesai dibedah siasat bagaimanapun masih belum dituntut oleh waris. Petang tadi, jenazah Nurulhuda Ramli, 41, telah dituntut ahli keluarganya kira-kira pukul 6.40 petang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak, malam ini. Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman dalam kenyataan memaklu...