[VIDEO] Banjir kilat di Presint 11, kenderaan ditenggelami air


PUTRAJAYA – Hujan lebat sejak dalam tempoh beberapa jam menyebabkan kawasan sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Presint 11 mengalami banjir kilat petang 8 Disember 2024.

Ekoran hujan berkenaan juga terdapat beberapa kenderaan ditenggelami air.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4.50 petang susulan hujan lebat.

Jelasnya, situasi berkenaan berada dalam keadaan terkawal dan air banjir dilaporkan telah surut.

“Penduduk dinasihatkan agar memastikan kenderaan diletakkan di kawasan selamat dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini,” katanya, hari ini.



Comments

Popular posts from this blog

🎦 'Now And Then', lagu terakhir The Beatles

DUA MAUT NAHAS 14 KENDERAAN DEKAT LEMBAH BERINGIN

CINA MENGGUNAKAN UNDI MEREKA UNTUK MENGAJAR DAP PENGAJARAN