Penghantar barang, juruanalisis didakwa jadi 'keldai Akaun' dengan serah kad ATM
BALIK PULAU - Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menjadi keldai akaun. Muhamad Harizi Abu Bakar, 28, didakwa bagi pertuduhan pertama memiliki wang berjumlah RM10,800 milik Aalban Sudesh George, 31, dalam akaun Bank Simpanan Nasional (BSN). Tertuduh didapati telah menyerahkan kad ATM miliknya kepada Alvin Lim, yang beralamat di Jalan Puchong, Kampung Bohol Baharu, Kuala Lumpur, melalui penghantaran J&T. Kesalahan itu dilakukan di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bayan Lepas pada 6.05 petang, 13 Nov lalu. Bagi pertuduhan kedua, Muhamad Harizi didakwa memiliki wang RM11,680 milik Law Teck Teong, 62, dalam akaun BSN, dan tertuduh didapati telah menyerahkan kad ATM miliknya kepada Lim di alamat yang sama melalui penghantaran J&T di Lebuh Relau 9, Setia Skyvista, Bayan lepas pada 1.36 tengah hari, 14 Nov lepas. Kedua-dua pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 424B Kanun Keseksaan yang memperuntuk...