Posts

Showing posts with the label PRU16

Wah, Formula Matematik Magis DAP: 100% Undi Cina = 112 Kerusi!

Image
  Sungguh mengagumkan. Pihak kita patut berdiri dan memberi tepukan gemuruh kepada formula matematik terbaharu daripada Nga Kor Ming . ​Katanya, kalau masyarakat Cina bagi sokongan 100% padu kepada PH pada PRU16 , boom! PH akan menang 112 kerusi Parlimen dan boleh bentuk kerajaan sendiri tanpa perlu “tengok muka orang lain”. Romantik betul bunyinya, kan? Sekali dengar macam skrip filem adiwira. ​Tapi sebelum kita terbuai dengan mimpi indah ini, jom kita guna kalkulator kedai runcit sekejap untuk tengok "kehebatan" formula ini. ​Sila Ambil Gelas, Kita Perah Sampai Titisan Terakhir ​Persoalannya sekarang: pengundi Cina nak kena "tumpukan" sokongan macam mana lagi? ​Pada PRU15 yang lalu, sokongan pengundi Cina kepada PH/ DAP sudah pun dianggarkan mencecah 95% . Jadi, pelan genius Nga Kor Ming adalah memburu baki 5% lagi. Mari kita lihat impak magis baki 5% ini secara matematik: ​ Kawasan 60% pengundi Cina: Tambahan 5% undi ini hanya akan menaikkan 3% undi kes...

Menjelang PRN 2026: Ketika PH mula panik, PN pula retak, BN tetap jadi ‘Imam’ kestabilan

Image
Jumaat, 5 Jun 2026. Hari ini, suasana politik Malaysia kembali panas seperti biasa – penuh dengan mesyuarat tergempar, dakwaan goyah, dan pembubaran dewan yang tiba-tiba. Bagi sesiapa yang sudah lama mendengar lagu lama Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), ini bukanlah kejutan. Ini hanyalah babak terbaru dalam teater politik di mana semua pihak cuba menari di atas api yang mereka bakar sendiri. Negeri Sembilan: Snap Election Kerana Krisis Sendiri DUN Negeri Sembilan dibubarkan hari ini, lebih dua tahun awal. Bukan kerana rakyat mahu, tapi kerana “krisis politik” dalaman kerajaan negeri. Dalam bahasa biasa: mereka tak boleh nak urus negeri, jadi lebih baik bubar dan harap rakyat lupa kesalahan lama. BN sedia menghadapi PRN ini. Bagi kita, ini peluang untuk tunjukkan bahawa kerajaan perpaduan yang mereka gembar-gemburkan itu sebenarnya rapuh seperti kertas basah. Snap election ini bukan kekuatan PH, tapi bukti kelemahan mereka. Mesyuarat Kecemasan PH- UMNO : Tanda Goyah ata...

Muhyiddin beri bayangan 'PN Plus' menjelang PRU16

Image
Muhyiddin menyatakan secara terbuka bahawa terdapat ruang untuk dialog antara PN dan MIC, dan jika persetujuan dapat dicapai, parti itu boleh menjadi sebahagian daripada gabungan itu. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyatakan bahawa PN berkhidmat untuk semua kaum, dan mendedahkan bahawa terdapat parti-parti yang sedang mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan PN, dan perkara ini mungkin akan dicapai dalam beberapa bulan akan datang. "PN akan berkembang menjadi sebuah parti besar yang merangkumi semua kaum, meliputi semua etnik Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak." "Saya tidak boleh mendedahkan terlalu banyak di sini, matlamat kami adalah untuk memacu proses ini." Muhyiddin, yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), berkata cadangan-cadangan ini sedang dalam proses dan perkara akan menjadi lebih jelas dalam beberapa bulan akan datang. "Tidak lama lagi, akan ada lebih banyak dalam dan di luar gabungan, contohn...

UMNO dan BN akan terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16 - Ahmad Zahid

Image
  Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberikan jaminan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai parti komponen, akan terus memberi komitmen sepenuhnya bersama Kerajaan Perpaduan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Beliau berkata Kerajaan Perpaduan juga berpeluang untuk terus mengekalkan kemenangan pada PRU16 itu, jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyatuni rakyat terus diberikan keutamaan. “Saya ingin respons apa dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat, pertanyaan wartawan kepadanya ketika itu, adakah Kerajaan Perpaduan boleh survive jika pilihan raya dilakukan dalam waktu terdekat, beliau yakin boleh survive. “Dalam keadaan itu saya ingin menyatakan bahawa kerjasama UMNO dan BN dengan Kerajaan Perpaduan (akan berterusan) sehingga PRU16,” katanya selepas majlis Konvensyen BN Negeri Sembilan 2024 di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata demiki...