Najib 'beli' 28 Eurocopter Cougar EC725 RM6.38 bilion, Madani sewa 28 Leonardo AW149 RM16.96 bilion
Kerajaan BN masa Najib telah beli 12 unit EuroCopter EC725 dgn harga RM1.6 bilion atau RM133.3 juta sebuah sebagai pengganti Nuri.
Proses pembelian ini adalah melalui tender terbuka antarabangsa dan ianya dibeli terus dgn syarikat pengeluar iaitu Eurocopter (kini dimilik Airbus)
Baru-baru ini, Boustead Heavy Industries Corp Bhd memperoleh kontrak RM378 juta untuk memberikan sokongan penyelenggaraan selama lima tahun bagi 12 helikopter EC725 ini atau kos tahunan RM6.3 juta sebuah.
Ini bermakna kos pembelian EC725 termasuk 15 tahun penyelenggaraan ialah RM228 juta sebuah atau RM6.38 bilion bagi 28 buah.
Pada tahun 2024 ini, kerajaan Madani pula umum mereka akan sewa 28 buah helikopter jenis Leonardo AW149 juga sebagai pengganti helikopter Nuri dengan harga RM16.54 bilion untuk 15 tahun dengan opsyen untuk membeli terus pada harga RM15 juta sebuah selepas tamat tempoh 15 tahun.
Jadi, kos pembelian AW149 termasuk 15 tahun penyelenggaraan ialah RM606 juta sebuah atau RM16.96 bilion bagi 28 buah.
Kaedah perolehan secara pajakan melalui syarikat tempatan (dan bukan terus dari pengeluar) merupakan kali pertama umpamanya dibuat dan dianugerah selepas dirunding dengan Unit Kerjajasama Awam-Swasta (UKAS) iaitu unit di bawah Pejabat Perdana Menteri.
Ramai yang pertikai keputusan untuk membeli AW149 sebab tiada laporan bahawa 12 buah EuroCopter EC725 milik TUDM itu tidak befungsi dengan baik sejak berkhidmat sejak lebih 10 tahun dahulu.
Beberapa pihak mencadangkan agar ATM mempertimbangkan helikopter lain seperti H225M (varian baharu EuroCopter EC725AP) yang mempunyai keupayaan lebih hampir dengan Nuri. Helikopter ini dibina khusus sebagai pesawat tentera pelbagai peranan dengan keupayaan yang lebih tinggi berbanding AW149.
Selain itu, terdapat juga kebimbangan mengenai aspek penyelenggaraan dan kerjasama industri tempatan. Pembelian EC725AP sebelum ini telah mewujudkan beberapa kerjasama industri dengan pengeluar asal, menjadikan Malaysia sebagai pusat penyelenggaraan, pembaikan, dan baik pulih (MRO) bagi helikopter keluaran Airbus.
Jadi ramai yang tanya kenapa kerajaan Madani tidak tambah lagi 28 buah Eurocopter berbanding membeli jenis lain iaitu AW149?
Penambahan helikopter H225M dapat melonjakkan lagi kedudukan tersebut selain memberi nilai industri kepada syarikat-syarikat tempatan yang terlibat.
Persoalan bertambah kuat bila dibanding dengan pembelian 18 buah jet pejuang jenis KAI FA-50 dengan harga RM4.08 bilion pada Feb 2023 ketika kerajaan Madani baru memerintah atau harga RM226.7 juta sebuah.
Pembelian jet ini terus dari pengeluar melalui proses tender terbuka antarabangsa yang bermula pada tahun 2021 sebelum kerajaan Madani bermula.
Walaupun, kos penyelenggaraan tidak diumum tetapi pada bulan Okt 2024, syarikat pengeluar iaitu KAI telah dianugerah kontrak penyelenggaraan bernilai US$20.4 juta atau RM90.5 juta selama setahun oleh kerajaan Filipina bagi 12 buah pesawat KAI FA-50 yang juga termasuk alat ganti, pengangkutan, sokongan teknikal, pengurusan inventori, & perolehan peralatan
Atau kos penyelenggaraan tahunan sekitar RM7.5 juta sebuah FA-50
Ini bermakna kos pembelian FA-50 termasuk 15 tahun penyelenggaraan dianggarkan sebagai RM341 juta sebuah atau RM9.55 bilion bagi 28 buah
Jadi, kenapa pula kos keseluruhan 15 tahun bagi helikopter EC-725 hanya RM6.38b dan bagi jet pejuang KA-50 ialah RM9.55 bilion berbanding kos hampir RM17 bilion bagi helikopter A149?
Kos RM17 bilion adalah sangat besar dan merupakan pembelian aset keselamatan paling tinggi dalam sejarah Malaysia pada ketika jumlah hutang dan liabiliti kerajaan sudah cecah RM1.61 trilion.
Sebagai perbandingan, kos pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak ialah RM16.5 bilion.
Kos RM17b ini juga adalah lebih tinggi berbanding kos keseluruhan RM16.45 bilion untuk membina:
- Lebuhraya LPT1 (RM1.48b) yang dibuka pada tahun 2004,
- lebuhraya LPT2 (RM4.37b) yang dibuka pada tahun 2015
- Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama atau CSR (RM6.6b) yang masih dalam pembinaan; dan
- Lapangan terbang KLIA2 (RM4b) yang dibuka pada tahun 2014
Jadi, projek pembelian atau pajakan 28 buah helikopter AW149 bernilai hampir RM17 bilion ini wajar disiasat PAC sebagaimana pembelian 12 buah helikopter EC725 dengan harga RM1.6 bilion pernah disiasat masa BN dahulu.
Comments
Post a Comment