Posts

Showing posts with the label Dr Zaliha

Zaliha Nafi Keluarkan Kenyataan Sahkan Adendum Tahanan Rumah Najib

Image
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menafikan mengeluarkan kenyataan media berhubung titah adendum berhubung penahanan di rumah Datuk Seri Najib Razak yang tersebar pagi tadi. Tegas Zaliha, kenyataan media yang disebarkan di media sosial berhubung perkara tersebut adalah palsu dan tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang menyebarkan kenyataan palsu itu. “Untuk makluman, kenyataan media ini adalah PALSU dan tidak pernah dikeluarkan oleh saya. “Ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang mengeluarkan dan menyebarkan kenyataan media palsu ini,” kata Zaliha menerusi hantaran di laman Facebook pada Jumaat. Menerusi kenyataan palsu itu, Zaliha sebagai menteri dipertanggungjawabkan dalam Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dilaporkan mengesahkan adendum dikeluarkan bekas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 29 Januari adal...

Najib mohon kemuka bukti baharu rayuan titah adendum tahanan rumah

Image
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, telah memfailkan permohonan untuk mengemukakan bukti baharu di Mahkamah Rayuan bagi menyokong usahanya agar dibenarkan menjalani baki tempoh hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah. Permohonan ini dikaitkan dengan dakwaan wujudnya perintah tambahan oleh bekas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang belum dilaksanakan oleh kerajaan. Dalam afidavit yang disahkan dua hari lepas, peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, menegaskan bahawa bukti baharu itu baru diperoleh melalui anak Najib, Nizar, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Peramu Jaya dan Exco kerajaan negeri Pahang. Shafee turut memohon agar Mahkamah Rayuan mengeluarkan perintah perlindungan bagi memastikan kerahsiaan bukti tersebut, memandangkan ia bersifat sensitif. Permohonan kebenaran Najib sebelum ini telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Julai, dengan Hakim Amarjeet Singh memutuskan bahawa Najib gagal mem...