Zaliha Nafi Keluarkan Kenyataan Sahkan Adendum Tahanan Rumah Najib
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menafikan mengeluarkan kenyataan media berhubung titah adendum berhubung penahanan di rumah Datuk Seri Najib Razak yang tersebar pagi tadi. Tegas Zaliha, kenyataan media yang disebarkan di media sosial berhubung perkara tersebut adalah palsu dan tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang menyebarkan kenyataan palsu itu. “Untuk makluman, kenyataan media ini adalah PALSU dan tidak pernah dikeluarkan oleh saya. “Ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang mengeluarkan dan menyebarkan kenyataan media palsu ini,” kata Zaliha menerusi hantaran di laman Facebook pada Jumaat. Menerusi kenyataan palsu itu, Zaliha sebagai menteri dipertanggungjawabkan dalam Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dilaporkan mengesahkan adendum dikeluarkan bekas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 29 Januari adal...