Posts

Showing posts with the label Heathrow

[VIDEO] Kapten Penerbangan MAS tunjuk ‘skill’ mendarat secara teknik 'crabbing' dapat perhatian dunia

Image
Kecekapan dan kemahiran kapten penerbangan Malaysia Airlines tidak boleh disangkal lagi apabila kemahiran salah seorang daripada mereka terus mendapat pujian orang ramai. Pujian tersebut diperolehi daripada masyarakat dunia selepas klip video pendaratan pesawat Malaysia Airlines Airbus A350-900 baharu membuat pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, ketika taufan Darragh melanda negara itu, tular di media sosial. Lebih membanggakan, kapten penerbangan yang mengendalikan pesawat jumbo itu berjaya mengimbangi pesawat tersebut ketika menghadapi keadaan ribut serta angin kencang semasa mendarat di lapangan terbang terkenal itu. Rata-rata orang ramai memuji ketangkasan serta kemahiran yang ada dalam diri kapten penerbangan Malaysia itu. “Terbaik pilot MH, selamba saja dia mendarat dalam keadaan cuaca macam tu,” kata Asyraf Hambali. “Penerbangan terbaik oleh kepten kapal. Pendaratan yang sangat baik. Tunduk hormat untuk kapten MAS,” komen Wai Long Mok. Begitu juga, Rama ...