[VIDEO] Polis Thailand menahan penyeludup 18 pendatang di Kanchanaburi


Polis mengejar penyeludup pendatang tanpa izin di Kanchanaburi, menangkap seorang pemandu warga negara Thailand yang mengangkut 18 pendatang tanpa izin dalam satu kenderaan. Pemandu berusia 29 tahun itu ditahan selepas cuba mengelak dari pemeriksaan polis.

Operasi bermula apabila pegawai kanan polis menerima risikan mengenai kumpulan menyeludup kenderaan curi merentasi sempadan dan mengangkut pekerja asing secara haram ke Thailand.

Bertindak atas maklumat itu, pegawai penguat kuasa, termasuk Mejar Jeneral Polis Khongkrit Lertsitthikul, Kolonel Polis Phakphon Suchon, Leftenan Kolonel Polis Norot Yuwaboon, Leftenan Kolonel Polis Krit Theerawetsuwan, dan Kapten Polis Joe Saoprakorn, menyelaraskan rancangan untuk memintas kenderaan yang disyaki itu.

Sekitar jam 8 pagi, 5 Disember, ketika melakukan rondaan di jalan luar bandar di mukim Singha, daerah Sai Yok, wilayah Kanchanaburi, pegawai terserempak dengsn sebuah trak pikap Mazda BT-50 berwarna hitam mencurigakan dengan nombor pendaftaran 127 Nakhon Pathom. Kenderaan itu kelihatan bermuatan berat dan bahagian belakangnya ditutup dengan jaring hitam, menimbulkan syak ianya merupakan kargo haram.

Polis memberi isyarat supaya pemandu itu berhenti untuk pemeriksaan tetapi sebaliknya dia memecut laju dan polis bertindak mengejar.

Pegawai meminta bantuan daripada unit peronda lebuh raya berhampiran untuk membantu.

Selepas kira-kira 2 kilometer, kejar-mengejar berakhir apabila suspek membelok ke lorong jalan buntu di Kampung To Mai Daeng, mukim Ban Kao, daerah Mueang, wilayah Kanchanaburi. Polis berjaya menahan Chinnakorn Saensikamuan, pemandu kenderaan itu.

Pemeriksaan ke atas pikap mendedahkan 11 pendatang bersesak di dalam kabin dan tujuh lagi bersembunyi di bawah bagasi dan jaring hitam di lantai trak.

Semasa disoal siasat, Chinnakorn mengaku telah membawa pendatang dari daerah Sangkhla Buri, wilayah Kanchanaburi pada kira-kira jam 5 pagi, dan sedang dalam perjalanan untuk menghantar mereka ke daerah Mueang Kanchanaburi, di mana pihak lain dijadual meneruskan pengangkutan mereka.

Beberapa pendatang, yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Thai, mengakui mereka telah memasuki Thailand melalui lorong tikus untuk mencari pekerjaan di Wilayah Samut Sakhon dan Malaysia, kata Chinnakorn.

“Saya mengambil pekerja asing dari Sangkhla Buri pada awal pagi, berniat untuk menghantar mereka ke Bandar Kanchanaburi.”

Polis lebuh raya menghantar Chinnakorn ke Balai Polis Mueang Kanchanaburi untuk tuduhan rasmi membantu dan bersubahat dengan pendatang haram. Sementara itu, kesemua 18 pendatang menghadapi pertuduhan kerana memasuki Thailand tanpa kebenaran. - Pakdin

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma