Awas tawaran Telegram Premium palsu - panduan melindungi akaun Telegram anda
Kaspersky memberi amaran mengenai tawaran Telegram Premium palsu yang tersebar di seluruh dunia dengan tujuan mencuri maklumat akaun atau merosakkan peranti. Kaspersky dalam satu kenyataan hari ini berkata, penipuan ini menyasarkan pengguna dengan penipuan pancingan data dan perisian hasad yang menyamar sebagai versi alternatif aplikasi. "Penipuan ini mengambil kesempatan ke atas populariti Telegram Premium dan pemberian hadiah, menjadikannya penting bagi pengguna untuk kekal berwaspada," katanya. Kaspersky berkata satu daripada helah bermula apabila pengguna menerima mesej; "Anda telah menerima hadiah berupa langganan Telegram Premium," iaitu daripada seseorang dalam senarai kenalan mereka yang akaunnya mungkin sudah digodam. Jika mangsa mengimbas kod atau memasukkan maklumat akaun mereka, akaun mereka akan segera terjejas iaitu memberikan 'scammer' akses kepada butiran log masuk, kata laluan dan kod pengesahan mangsa. Selain itu, penyerang juga boleh mengg...