Posting 1 Jannuari 2021
Presiden UMNO menjemput parti-parti politik tidak kira bangsa adakan perbincangan
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, mencadangkan “mungkin inilah masa paling sesuai’ mengadakan pilihan raya umum memandangkan beberapa kelonggaran pergerakan rakyat diperkenalkan susulan pandemik COVID-19.
'Saya dan keluarga tidak pernah terima wang 1MDB'
Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, menafikan dakwaan bahawa beliau dan keluarganya menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Penafian Zeti mengenai dana 1MDB ‘tak boleh dipercayai’, kata Najib
Bekas perdana menteri, Najib Razak terus mencabar Zeti Akhtar Aziz menjelaskan sama ada ahli keluarganya pernah menerima dana daripada ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho yang didakwa mendalangi skandal 1MDB.
‘Pi baliklah’, Dr Mahathir sindir sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ Anwar
Dr Mahathir Mohamad hari ini tidak dapat menyembunyikan rasa meluatnya terhadap Anwar Ibrahim apabila melontarkan sindiran ketika mengulas berhubung isu sokongan “kukuh dan meyakinkan” seperti didakwa pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.
China rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009
China kekal menjadi rakan dagang utama dan terbesar Malaysia sejak 2009 sehingga kini, dengan nilai dagangan pada suku ketiga 2020 sebanyak RM88 bilion atau 19.1 peratus daripada jumlah perdagangan keseluruhan negara.
[Video] ‘Lawan tetap lawan’, Najib beritahu akar umbi UMNO
Bekas presiden UMNO Najib Razak hari ini menggunakan slogan yang sering digunakan Presiden PKR Anwar Ibrahim, “lawan tetap lawan” sebagai gesaan supaya akar umbi parti itu berani dan terus bertekad memperjuangkan nasib rakyat.
Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN dilanjutkan tiga bulan lagi, kata menteri
Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan lagi kepada peminjam yang layak.
[Video] Sembilan lemas kenderaan jatuh dari feri
SEBUYAU: Sembilan beranak lemas apabila kenderaan jenis pacuan empat roda yang dinaiki mereka terjatuh dari feri Triso ke dalam sungai di Jalan Beladin Triso di Sarawak petang tadi.
Helikopter terhempas ketika latihan 'hovering'
Helikopter ringan yang terhempas berhampiran Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Pulau Indah, hari ini dipercayai sedang membuat latihan penerbangan.
Comments
Post a Comment