Remaja lelaki maut, dua rakan cedera parah kereta langgar pembahagi jalan

 


BUTTERWORTH  -- Seorang remaja lelaki maut manakala dua rakannya cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Sungai Dua arah Selatan 9.44 pagi 6 Disember 2024.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Idrus Zakaria berkata Muhammad Adam Mifdal Mohd Affendy, 18, maut selepas tersepit di tempat duduk penumpang belakang kereta berkenaan, manakala dua lagi rakannya Muhammad Amirul Johan Rizwal,18, dan Muhammad Shahmi Mohd Yusof, 22, cedera.

Beliau berkata pasukan bomba bersama jentera Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas bergegas ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 9.44 pagi.

"Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki tiga lelaki dan dipercayai kenderaan tersebut terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di plaza tol berkenaan. Kami berjaya mengeluarkan penumpang belakang yang tersepit dan dia disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya hari ini.

Idrus berkata mayat remaja itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya manakala dua lagi yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

Tiga ADUN Perak sertai PBM tidak beri kesan kepada kerajaan Negeri

Politik Perkauman di Malaysia: Konteks, Isu, dan Impak

登州海滩频现海龟尸体·专家吁设特委会查死因