Posts

Kesian bomba Hulu Selangor ulang alik ke sungai

Image
HULU SELANGOR: Tidak sampai 24 jam seorang pemuda mati lemas, seorang lagi lelaki cedera parah selepas terjatuh di atas batu ketika mandi di tebing Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali, di sini, tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.45 petang. Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke tempat kejadian. "Setibanya di lokasi, didapati mangsa berusia 53 tahun jatuh terhempas di atas batu di tebing sungai semasa mandi. "Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dalaman pada bahu namun dilaporkan stabil," katanya semalam. Norazam berkata, mangsa kemudian dibawa ke tempat selamat dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut. Berita sebelumnya: Remaja dikhuatiri lemas selepas selamatkan rakan terjatuh dalam sungai di Pertak https://pakdin.my/remaja-dikhuatiri-lemas-selepas-selamatkan-r...

Bunuh diri dalam kebun getah

Image
Seorang laki-laki ditemui mati tergantung dalam kebun getah di Tempat 6 Daerah Betong Wilayah Yala malam kelmarin (15/09/2021). Mangsa yang dikenali sebagai Chindawat Thaigan berusia 20 tahun. Menurut masyarakat tempatan mengatakan, Chindawat Thaigan membunuh diri dengan menggantung diri di dahan pokok didalam kebun berkenaan. Baca seterusnya disini: https://tvrakyat.asia/114570/

Remaja dikhuatiri lemas selepas selamatkan rakan terjatuh dalam sungai di Pertak

Image
  HULU SELANGOR: Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam empangan di Jabatan Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.54 petang. Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera dan bot dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dihantar ke lokasi. Baca seterusnya disini: https://pakdin.my/?p=146957

Tommy Thomas dedah beliau dan Mahathir berperanan memilih dan melantik hakim-hakim negara - Najib

Image
Hari ini, ada bekas hakim yang keluarkan kenyataan bahawa ianya salah bagi Perdana Menteri untuk campur tangan dalam pelantikan hakim-hakim negara. Bahawa pelantikan hakim-hakim perlu hanya di bawah kuasa Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) tanpa campur tangan pihak lain termasuk PM. Saya setuju dengan kenyataan bekas hakim ini. Baca seterusnya di: https://pakdin.my/?p=146952

Ulangan Usaha Pastikan Makanan Warisan Pulut Tetal Tidak Pupus

Image
Terdapat 213 makanan Malaysia yang disenaraikan sebagai warisan kebangsaan (kategori warisan tidak ketara) termasuk nasi lemak, roti canai dan teh tarik.   Turut tersenarai adalah pulut tetal atau pulut tai tai, makanan warisan masyarakat Baba dan Nyonya, yang bertapak di bumi Melaka sejak kira-kira 600 tahun lalu. Hidangan pencuci mulut yang berasaskan pulut, berwarna biru nila dan putih ini turut dikenali sebagai pulut tekan, disenaraikan sebagai warisan kebangsaan pada tahun 2012 bersama makanan Baba dan Nyonya lain termasuk bubur cha-cha, popia serta pie tee. Namun apabila diajukan soalan tentang makanan pencuci mulut ini, ramai dalam kalangan masyarakat berkenaan tidak tahu. Baca seterusnya disini: https://tvrakyat.asia/?p=114387

Tak Puas Hati Dengan Undang-Undang Punca Pondok Polis Dibakar

Image
BACHOK - Akibat tidak berpuas hati dengan ketegasan undang-undang berkaitan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), seorang lelaki bertindak membakar pondok bit Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jelawat, Bachok, pada Sabtu lalu. Lelaki berusia 34 tahun yang juga suspek keempat ditahan di Kampung Gelong Badak di sini, pada jam 8.30 pagi semalam. Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, hasil soal siasat ke atas suspek, dia mengaku bertindak di luar batasan kerana dihasut oleh rakan-rakannya. Baca seterusnya: https://tvrakyat.asia/114351/

Seludup Daun Ketum Guna Lori Simen, 2 Lelaki Ditahan

Image
PASIR MAS - Cubaan dua lelaki untuk menyeludup daun ketum menggunakan lori tangki simen kandas di tengah jalan, apabila mereka ditahan dalam sekatan jalan raya di Chekok, Tok Uban hari ini. Pemandu dan kelindannya yang berumur 35 dan 46 tahun itu ditahan pada jam 2.30 pagi tadi. Susulan penahanan, polis turut merampas 5,560 kilogram (kg) daun ketum bernilai hampir RM200,000 yang diletakkan di dalam tangki lori jenis Volvo itu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, mengangkut daun ketum dengan menggunakan lori tangki simen adalah modus operandi terbaru penyeludup. Baca seterusnya: https://tvrakyat.asia/114302/