Kesian bomba Hulu Selangor ulang alik ke sungai



HULU SELANGOR: Tidak sampai 24 jam seorang pemuda mati lemas, seorang lagi lelaki cedera parah selepas terjatuh di atas batu ketika mandi di tebing Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali, di sini, tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.45 petang.

Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke tempat kejadian.

"Setibanya di lokasi, didapati mangsa berusia 53 tahun jatuh terhempas di atas batu di tebing sungai semasa mandi.

"Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dalaman pada bahu namun dilaporkan stabil," katanya semalam.

Norazam berkata, mangsa kemudian dibawa ke tempat selamat dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.


Berita sebelumnya:

Remaja dikhuatiri lemas selepas selamatkan rakan terjatuh dalam sungai di Pertak

https://pakdin.my/remaja-dikhuatiri-lemas-selepas-selamatkan-rakan-terjatuh-dalam-sungai-di-pertak

Mayat mangsa lemas di Sungai Balak, Batang Kali sudah ditemui

https://pakdin.my/mayat-mangsa-lemas-di-sungai-balak-batang-kali-sudah-ditemui/

Baca seterusnya di: https://pakdin.my/?p=147619

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma