Posts

PENDEDAHAN MEMO DALAMAN OPEN SOCIETY FUND (OSF) GEORGE SOROS MEN GENII PERANCANGAN MEREKA TERHADAP MALAYSIA

Image
Ini adalah sebahagian daripada pendedahan memo dalaman Open Society Fund George Soros berkaitan gerakkerja mereka terhadap Malaysia. 1. George Soros memberikan keutamaan kepada betapa pentingnya untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya PRU-13 2013 selain daripada hanya membiayai pembangkang.  Mereka sebenarnya menggunakan apa sahaja kuasa keseluruhan rangkaian yang mereka ada termasuk juga kuasa melobi di Amerika Syarikat. 2. Seperti apa yang terkandung dalam pendedahan tersebut dimana mereka mengakui, mereka menjadi PEMANDU utama kepada menggetakkan gerakkerja "program Malaysia" - berbeza daripada peranan tradisional mereka hanya setakat memberi dana. 3. "Oleh kerana betapa pentingnya keputusan pilihan raya 2013, juga kerana kepentingan peribadi George Soros dalam keputusan pilihan raya tersebut, beliau telah memutuskan untuk mempertingkatkan tahap agensi OSF dalam gerakkerja dan memanfaatkan rangkaiannya rangkaian, termasuk membawa masuk kepakaran luar dan menj

HIDUP PERLU ADA TUJUAN - NAJIB RAZAK @ najibrazak.com

Image
Memang benar. Perjuangan Najib sekarang adalah berbeza daripada Mahathir kerana beliau membetulkan banyak masalah yang ditinggalkan oleh Mahathir. Dia tidak lagi Berjuang untuk kroni tetapi untuk Rakyat - itulah sebabnya kesaksamaan pendapatan lebih baik dari dahulu dan memberi lebih tumpuan kepada kebajikan dan program pembangunan sama rata - termasuk Malaysia Timur yang telah sekian lama diabaikan. Ia juga menyebabkan mengapa sebahagian besar projek-projek seperti industri IPP telah disusun semula pada kadar dan terma yang tidak lagi berat sebelah dan begitu juga lebuhraya PLUS daripada memberi kepentingan peribadi kini memberikan keuntungan kepada KWSP, Khazanah dan rakyat. Ia bukan lagi 'Kroni diutamakan' tetapi 'Rakyat diutamakan'.. Ucapan Perdana Menteri Mengenai Perjuangan Politik https://www.najibrazak.com/bm/audio-gallery/ucapan-perdana-menteri-mengenai-perjuangan-politik/ Rakyat Malaysia yang dikasihi, Sebagai seorang manusia, hidup ini perlu ada tujuan bagi m

Polis selesai kes tembak bunuh di Balingian, Sarawak

Image
MUKAH: Polis Sarawak menyelesaikan kes tembak dan bunuh di Balingian, Mukah Isnin lalu dengan menahan lelaki di rumah panjang Sungai Arip, Balingian, Mukah hari ini. Suspek berusia 54 tahun itu ditahan 2.30 petang tadi. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor berkata, suspek turut membawa polis ke satu kawasan semak berhampiran rumah panjang iaitu lokasi dia menyembunyikan senapang patah yang digunakan untuk menembak mangsa. Menurutnya, pada 12.30 tengah hari tadi, sembilan lelaki termasuk empat yang dikehendaki berusia 18 hingga 45 tahun menyerah diri di Balai Polis Pusat Miri. "Suspek yang ditahan ini akan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah untuk siasatan lanjut," katanya. Katanya, setakat ini 22 individu ditangkap berhubung kes ini iaitu 10 penduduk rumah panjang dan 12 lelaki dari Miri. Pada 5.35 petang Isnin lalu, polis Sibu dimaklumkan orang awam mengenai kejadian tembak itu dan pasukan IPD Tatau yang sampai di tempat kejadian kira-kira 8 malam, m

Awakka polis nasat silik kes nya dulu

Image
KUCHING: Sapit Kepala Menteri Datuk Amar Douglas Uggah madah, awakka polis nasat dulu kes nyadi ba sebuah kebun di Ulu Sg Arip, Balingian, Mukah ti ngujungka seiku lelaki parai kena timbak. "Aku bedau entu nemu pasal kes nya, nama utai ke nyadi…Awakka polis nasat dulu, udah nya ila baru kitai nemu kebuah," ku Uggah. Iya ditanya pengarang berita bekait enggau kes ke bisi nyadi di Ulu Sg Arip ke ngujungka seiku parai lalu nitihka pemadah ari polis kemari, tiga iku udah ditangkap sereta deka diriman. Bekait enggau kes nya, ripot polis madahka udah nangkap tiga iku orang ke dipelaba ulih mantu pengawa tasat bekaul enggau pemati seiku lelaki ti dipelabaka ditimbak ngena senapang patah ba penama jalai ngagai kebun di Ulu Sungai Arip, Balingian, Mukah kemari. Kepala Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor madah ketetiga iku lelaki ti ditangkap nya berumur dalam antara 20 ngagai 30 taun ti dipelabaka kaling lelaki ditimbak, dikearap ulih mantu tasat nya. "

Wanita Berbogel Depan Pasaraya Di Miri

Image
Miri: Seorang wanita yang dipercayai mengalami tekanan perasaan menggemparkan orang ramai apabila berbogel di pekarangan pasar raya e-Mart, jam 5 petang kelmarin. Wanita berusia 30-an itu bersandar pada kereta lebih setengah jam dan membiarkan orang ramai merakam gambarnya. Sumber berkata, wanita terbabit sudah berumahtangga dan polis tiba tidak lama kemudian selepas dimaklumkan orang awam. "Anggota unit kereta peronda (MPV) membawa wanita itu ke Hospital Miri. "Difahamkan, wanita terbabit dipercayai bertindak demikian kerana tekanan perasaan akibat masalah keluarga namun punca sebenar masih disiasat," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Khoo Leng Huat ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit. "Wanita itu dirawat di Hospital Miri atas permintaan suaminya," katanya.

Kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru - 6 Di Percayai Maut

Image
JOHOR BARU:  Enam pesakit terkorban dalam kebakaran yang berlaku di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah di sini, pagi Selasa. Ratusan pesakit lagi dipindahkan ke wad lain susulan kejadian itu. Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan menerusi tweet mengenai tujuh orang terperangkap dalam bangunan dan enam daripadannya telah terkorban. Seorang mangsa yang terperangkap dapat menyelamatkan diri. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi. "Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali," katanya. Othman berkata bagaimanapun kebakaran tidak merebak ke tempat lain. Terdahulu Ketua Polis Daerah J

#Bajet2017: Isu Negara Muflis Akibat Hutang Wajar Diperbetulkan - Pakar

Image
Isu membabitkan tahap keberhutangan negara yang tinggi yang sering dimomokkan sebagai petanda bahawa negara akan muflis hanyalah salah faham ekonomi dan perlu diperbetulkan. Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata ini kerana antara indikator dilihat ketika hendak membuat pinjaman ialah sama ada pinjaman tersebut bersifat produktif atau sebaliknya dan keupayaan membayar balik. "Pinjaman kerajaan misalnya sebanyak RM582 bilion pada 2014, tetapi itu adalah stok pinjaman, namun bayaran hutang pada tahun tersebut hanya sekitar RM20 bilion sahaja, itu bayaran, bukan stok. Malah ia bukannya perlu dibayar dengan segera kerana mempunyai tempoh kematangan hutang," katanya. Noor Azlan berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi panel dalam Diskusi Pasca Bajet 2017 anjuran Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia di sini, Ahad. Malah jelasnya Malaysia menyaksikan pembangunan pesat dica