Posts

Mungkinkah Amerika Bertukar Menjadi Kuasa Jahat

Image
Semalam Donald Trump menguasai White House. Republikan kembali semula ke White House sejak 2009. Undi "electoral vote" yang diperolehi Trump adalah 306. Ianya tertinggi buat Republikan sejak mendapat 426 undi semasa George H.W.Bush memasuki White House pada 1988. Trump mencatatkan sejarah baru apabila seorang selebriti dan taikun hartanah terkenal Amerika Syarikat, Donald J Trump berjaya memenangi Pilihan Raya Presiden dengan meraih 306 undi dengan mengalahkan calon pilihan dari Demokrat, Hillary Clinton. Bagi kebanyakan pemerhati politik antarabangsa, kemenangan yang diraih Trump ini bakal menyaksikan perubahan besar-besaran polisi Amerika terhadap dunia jika dibandingkan dengan dasar lebih lembut dan mesra Barrack Obama selama 8 tahun sebelum ini. Ini kerana, sepanjang 20 bulan berkempen, Trump dilihat berpegang kepada prinsip yang lebih keras dan banyak menimbulkan provokasi terhadap golongan minoriti dan umat Islam. Dalam kempennya, beliau pernah dilabelkan seba

SOROS KENA TRUMP

Image
' Boffin Boy ' Najib tahu bahawa akhirnya Trump akan menang sebagai Presiden Amerika. Dan apabila ianya berlaku, peguam negara Amerika terpaksa mencari pekerjaan baru. Itu lah sebabnya mengapa mereka menasihati Najib supaya bertenang berkaitan pengumuman DoJ yang dibuat pada Julai lepas dan menangguh pelantikan baru Duta Malaysia ke Amerika syarikat sehingga akhir tahun ini. Pada dasarnya, Najib 't rump ' Soros. SETERUSNYA RAJA PETRA KAMARUDDIN MENULIS DALAM BLOG BELIAU.... Trump : surpass by saying or doing something better, outshine, lebih tinggi, upstage, put in the shade, eclipse, outdo, outperform; beat, do/be better than, better, be a cut above, be head and shoulders above, leave standing, walk away from, knock spots off, out-rival, out-vie. (Mengatasi dengan berkata atau melakukan sesuatu yang lebih baik, lebih bernas, berdarjat, dgn kasar, naungi, gerhana, mengalahkan, mengatasi; menewaskan, lakukan/ menjadi lebih baik, lebih baik, berada di atas, men

AKHBAR CINA MENGELIRUKAN RAKYAT

Image
Akhbar-akhbar Cina di Malaysia seperti Nanyang Siang Pau sudah lama mengaut untung besar dengan menjaja isu-isu populis seperti kos hidup. Think thank mereka cuba menyalahkan Kerajaan dan menekan Kerajaan supaya melakukan lebih banyak pemberian seperti BR1M dan rumah mampu milik kerana mereka dapati orang-orang Cina yang miskin perlu diberi dengan percuma sepanjang masa. Namun, mereka tidak pernah menulis mengajak pembaca mereka supaya berterima kasih kerana Kerajaan prihatin. Namun, di sebalik mainan itu mereka tidak pernah mendesak syarikat-syarikat Cina yang mengaut berjuta-juta Subsidi Kerajaan supaya membantu Kerajaan dan rakyat golongan menengah dan bawah. Bayangkan sahaja, daripada hampir 20 Syarikat Minyak Masak, hanya dua sahaja bukan Cina iaitu Felda dan Alif, selebihnya semuanya syarikat Cina belaka. Sudah bertahun-tahun mereka menikmati subsidi kerajaan. Pernahkah akhbar-akhbar Cina mendedahkan hal ini? Begitu juga akhbar Cina lain seperti The Oriental Daily, mereka

PERWAKILAN DAP: MAHATIR ADALAH SEPERTI BAPA AYAM DAN ULAR

Image
  Search Home   :: BLOG ::  PERWAKILAN DAP: MAHATIR ADALAH SEPERTI BAPA AYAM DAN ULAR Monday, November 7, 2016 -11-07 08:00:18' :: BLOG :: ,  POLITIK 38 Comments   Edit PERWAKILAN DAP: MAHATIR ADALAH SEPERTI BAPA AYAM DAN ULAR Shamsher Singh Thind. GEORGETOWN: Keadaan menjadi tegang di Konvensyen DAP Pulau Pinang 2016 apabila seorang perwakilan menyamakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan "bapa ayam" dan "ular". "Apabila kita menyebut Mahathir, satu cerita terlintas di fikiran saya," kata perwakilan Chai Leng Park Shamsher Singh Thind dalam ucapannya pada Ahad. "Seorang budak lelaki melihat ular yang cedera dan membawanya pulang untuk merawatnya. Selepas ia pulih, ia mematuk kanak-kanak itu. Dalam keadaannya yang nazak, budak itu bertanya kepada ular itu mengapa ia mematuknya. Kerana saya ular. Ia adalah sifat semulajadi saya untuk mematuk orang,' ular itu menjawab," kata Shamsher Shamshe

BERITA KURANG BAIK TENTANG EKONOMI MALAYSIA

Image
Laporan terkini oleh iCapital tentang ekonomi Malaysia: – Permintaan domestik terlalu kecil untuk mengekalkan pertumbuhan, (itulah sebabnya mengapa kita adalah salah satu negara perdagangan terbuka yang terbesar di dunia dan kita mengeksport dalam kuantiti yang banyak) – Hutang isi rumah berada pada tahap yang tidak mampan, (Hutang isi rumah kita adalah pada 89% dan lebih sedikit berbanding Australia iaitu pada 126% atau Switzerland iaitu pada 120%. Dan tambahan lagi aset-aset isi rumah kita boleh menampung hutang isi rumah kita dengan baik, iaitu sebanyak 182.9%. Ini bermakna bahawa bagi setiap ringgit hutang isi rumah, terdapat aset sebanyak RM2.04 untuk menampung hutang itu. – Eksport menjunam (Ini adalah satu pembohongan. Sebenarnya, eksport Singapura yang telah menjunam. Jumlah dagangan Malaysia bagi tempoh Januari-September 2016 meningkat sedikit sebanyak 0.6 peratus kepada RM1.077 trilion berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2015. Malaysia turut mencat

KES RASUAH DI SARAWAK MENINGKAT

Image
KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak melakukan 73 tangkapan sejak awal tahun sehingga kini selain mengemukakan 42 pertuduhan di mahkamah selepas membuka 79 kertas siasatan berkaitan rasuah. Pengarahnya, Datuk Badrul Shah Norman berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 59 tangkapan pada 2014 dan 67 tangkapan pada tahun lepas. Beliau berkata, 23 daripada merela yang ditangkap tahun ini adalah kalangan penjawat awam yang terdiri daripada empat individu kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 19 orang daripada kumpulan sokongan. Berucap pada Program Integriti bersama Ketua-ketua Jabatan dan Media di Dewan Sri Bunga Rampai di sini, Ahad malam, beliau berkata, selebihnya terdiri daripada kakitangan bahagian penguatkuasaan, pegawai syarikat swasta dan orang awam. Daripada 300 aduan yang diterima dari awal tahun hingga Sabtu, SPRM Sarawak membuka 79 kertas siasatan, dan sebanyak 73 kertas siasatan dibuka daripada 234 aduan

VIRAL PALSU BUNUH DAPATKAN ORGAN DI BAU: DUA INDIVIDU SERAH DIRI

Image
KUCHING: Dua individu dipercayai terlibat memuat naik berita palsu di laman sosial berhubung pembunuhan dua lelaki yang kemudian organ mereka diambil, telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Bau pada Ahad pada 2.15 petang dan 2.50 petang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, SAC Datuk Dev Kumar berkata, kedua-dua individu itu adalah wanita, seorang berusia 18 tahun dari Bau dan seorang lagi berusia 27 tahun dari sini. "Mereka ditahan untuk siasatan lanjut. Telefon bimbit kedua-dua suspek juga dirampas," katanya dalam kenyataan di sini. Dev berkata, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor yang bimbang dengan gejala itu telah mengeluarkan amaran mengenai hukuman yang menanti individu yang membuat berita palsu dan menyebarkannya. "Netizen yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu akan menghadapi tindakan undang-undang. "Ini kerana tindakan mereka telah mencetuskan ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat,