SOROS KENA TRUMP
'Boffin Boy' Najib tahu bahawa akhirnya Trump akan menang sebagai Presiden Amerika. Dan apabila ianya berlaku, peguam negara Amerika terpaksa mencari pekerjaan baru. Itu lah sebabnya mengapa mereka menasihati Najib supaya bertenang berkaitan pengumuman DoJ yang dibuat pada Julai lepas dan menangguh pelantikan baru Duta Malaysia ke Amerika syarikat sehingga akhir tahun ini. Pada dasarnya, Najib 'trump' Soros.
Trump: surpass by saying or doing something better, outshine, lebih tinggi, upstage, put in the shade, eclipse, outdo, outperform; beat, do/be better than, better, be a cut above, be head and shoulders above, leave standing, walk away from, knock spots off, out-rival, out-vie.
(Mengatasi dengan berkata atau melakukan sesuatu yang lebih baik, lebih bernas, berdarjat, dgn kasar, naungi, gerhana, mengalahkan, mengatasi; menewaskan, lakukan/ menjadi lebih baik, lebih baik, berada di atas, menjadi kepala dan bahu di atas, terus berdiri, menjauhi.......)
Kumpulan Kempen Anti Najib (ANC) begitu teruja apabila pada Julai tahun ini Peguam Negara Amerika syarikat, Loretta E. Lynch, dan Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) mengadakan sidang akhbar mengumumkan tindakan terhadap 1MDB. Kalangan mereka mula meraikan dan menganggap bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak akan 'mati tegak' .
Mahathir Mohamad telah berusaha kearah itu selama lebih satu tahun. Sebab itulah mengapa Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang pergi ke Amerika syarikat bersama-sama dengan Zeti Akhtar Aziz (Gabenor Bank Negara), Abdul Gani Patail (Peguam Negara) dan Abu Kassim Mohamed (Ketua Pesuruhjaya SPRM).
Mereka tahu bahawa sidang media Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman Amerika tidak lebih hanya persepsi. Tetapi ini adalah politik dan politik adalah permainan persepsi. jadi semua mereka perlu lakukan adalah untuk mewujudkan persepsi bahawa Najib akan mengalami nasib sama seperti Manuel Noriega dari Panama. Itu sudah cukup baik dan yang yang utama adalah 'gameplan' mereka.
Pembangkang dan jentera anti-Najib bergembira. Mahathir juga berkata bahawa Najib tidak akan berani meninggalkan Malaysia kerana jika dia keluar beliau akan ditangkap dan akan dibawa ke Amerika untuk dibicarakan. Bagaimanakah Najib akan ditangkap sedangkan beliu tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan dan tidak ada waran tangkap dikeluakan terhadap beliau? Malah, Peguam Negara Amerika syarikat dan Jabatan kehakiman Amerika tidak juga menyebut nama Najib dalam sidang media tersebut.
Tetapi ini adalah bagaimana permainan persepsi dimainkan. Mereka mencipta persepsi. Bermula dengan isu 1MDB, semata-mata isu permainan persepsi. "RM42 bilion duit 1MDB telah hilang," laung Mahathir. "Bahkan boleh jadi RM50 bilion atau lebih telah hilang. RM2.6 bilion atau mungkin RM4 bilion yang telah dipindahkan ke akaun bank peribadi Najib."
Ini lah ratib mereka sejak 2014. Realitinya, aset 1MDB melebihi liabiliti sebanyak RM9 bilion dan wang yang masuk ke dalam akaun Najib adalah sumbangan dari Arab. Mereka mensabotaj IPO 1MDB yang dalam proses penyenaraian. Mereka sekat semua pinjaman bank kepada 1MDB. Mereka reka dokumen yang mereka kata ini kononnya sebagai bahan 'bukti' kepada wartawan dan blogger di Malaysia dan di luar negara - wartawan dan blogger yang telah mereka bayar beratus-ratus juta sebagai rasuah (ya, jangan hairan, orang putih juga boleh disogok).
Mereka menggunakan segala-galanya, walaupun singki dapur, untuk dilontarkan kepada Najib - kerana jika lebih banyak yang mereka boleh lontarkan kepada beliau, lebih banyak boleh membuat Najib dilihat lebih bersalah. Tetapi Najib tidak panik. Beliau tetap tenang. Dan yang lebih penting adalah hakikat bahawa 'Boffin Boys' beliau tetap tenang dan merancang strategi mereka dan berada satu atau dua langkah ke hadapan daripada Mahathir dan kumpulan ANC beliau.
Najib tahu apa yang Donald trump tahu. Bahawa media juga korup, boleh disogok, tidak pernah neutral, yang akan memihak kepada 'tuan' yang membayar gaji mereka. Jadi mengapa perlu untuk menentang wartawan dan blogger yang sedang menyerang untuk menjatuhkan Perdana Menteri serta kepimpinan Barisan Nasional yang diterajui Umno dan menggantikan dengan kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP?
Najib tahu apa yang Donald trump tahu. Bahawa media dan Panglima perang boleh jadi menentang kita tetapi pada akhirnya pengundi yang membuat keputusan siapa yang akan dipilih untuk membentuk kerajaan dan menerajui negara ini. Hari ini, trump telah membuktikan bahawa orang akan membuat keputusan jika mereka mahu dia sebagai Presiden Amerika syarikat yang ke 45. Akhirnya nanti didalam pilihan raya akan datang rakyat juga akan memutuskan sama ada mereka mahu Najib sebagai Perdana Menteri Barisan Nasional yang diterajui Umno sebagai kerajaan Malaysia.
Jadi, mengapa begitu bodoh untuk bergaduh dengan media apabila wartawan dan penulis blog telah disogok untuk menyerang kita? Pengundi yang akan menentukan nasib anda, bukan Sarawak Report, Malaysiakini, Wall Street Journal, New York Times, Washington Post, atau apa sahaja. Jadi, dikala pembangkang membuang begitu banyak masa sia-sia sejak 2014 dengan kempen 1MDB mereka, Najib menghabiskan semua masa itu memastikan bahawa ketika pilihanraya akan datang diadakan, Umno-Barisan Nasional dan tidak DAP-Pakatan Harapan akan memenangi pilihanraya.
Mahathir, kumpulan ANC beliau, dan Pakatan harapan yang diterajui DAP, telah terpedaya (psyched) oleh propaganda mereka sendiri. Dan ini adalah sangat berbahaya. Sebaik sahaja mereka mula percaya pembohongan mereka sendiri, mereka akan ditakdirkan menemui kegagalan. Dan ini adalah masalah pada Mahathir dan pembangkang. mereka menyampaikan begitu banyak pembohongan dan melakukannya sepanjang masa dan mereka mula mempercayai pembohongan mereka sendiri.
Tidak, Najib tidak akan jatuh. 1MDB tidak akan bankrap. Malaysia tidak akan bankrap. Amerika tidak akan menghantar tentera ke Putrajaya menculik Najib dan membawa beliau ke Amerika untuk dipenjarakan, seperti yang mereka lakukan terhadap Noriega. Malah, kerajaan baru Amerika akan mengatakan bahawa Najib yang dianiaya oleh media yang secara tidak adil - yang telah disogok dan yang telah dibiayai oleh orang-orang seperti George Soros yang semenjak tahun 1995 lagi berada di belakang Anwar Ibrahim yang merancang untuk menggulingkan Mahathir dan menggantikannya dengan Anwar.
Pada tahun 1998, Suharto di Indonesia dan Mahathir di Malaysia kedua-duanya tidak sepatutnya jatuh. Walau Bagaimanapun, manakala Suharto jatuh pada bulan Mei 1998, Mahathir bangkit dan, tiga bulan kemudian, Anwar sebaliknya yang jatuh. Mahathir tahu bahawa Soros dan IMF memberikan sokongan terhadap Anwar dalam usahanya untuk mengambil alih sebagai Perdana Menteri. Sebab itulah Mahathir tidak mahu mempunyai apa-apa kaitan dengan IMF dan menuduh kedua-dua IMF dan Soros cuba 'menjajah' Malaysia.
Mahathir dan kumpulan ANC beliau berharap Hillary Clinton akan menang sebagai Presiden. Mereka kemudiannya boleh memastikan isu DoJ terus dimainkan. Tetapi sebaliknya Donald Trump yang telah menang, situlah berlalunya kempen mereka untuk mewujudkan persepsi bahawa Najib akan 'mati tegak'.
Oh, sementara itu, 'burung kecil' memberitahu saya bahawa surat di bawah disediakan semalam dengan jangkaan trump memenangi undian Presiden hari ini. Inilah perbezaan diantara 'Boffin Boys' Najib dan 'Keystone Cops' Mahathir. 'Boffin Boys' Najib tahu apa yang mereka lakukan sementara 'Keystone Cops' Mahathir sentiasa melakukan kesilapan pada setiap langkah mereka.
Sekarang kita faham mengapa dalam bulan Februari 2015, apabila saya telah diminta untuk membuat keputusan sama ada untuk menyertai pasukan Mahathir atau pasukan Najib, saya memilih pasukan Najib. Ini adalah kerana saya benci bekerja dengan si bodoh dan seronok bekerja dengan orang yang pintar. Maksud saya, hanya si bodoh akan seronok bekerja dengan si bodoh. Dan saya cenderun mempercayai bahawa saya pintar dan tidak bodoh.
Comments
Post a Comment