Posts

PEGAWAI BOMBA BALAI KUALA KUBU BHARU CEDERA TANGAN DIPATUK ULAR

Image
KUALA KUBU BHARU: Seorang pegawai bomba dikejarkan ke hospital selepas jari tangan kirinya dipatuk ular senduk ketika cuba menangkap reptilia itu yang masuk ke sebuah kediaman di Taman Kemboja, Bukit Beruntung, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10.55 malam itu, Pegawai Bomba (PB) Mohammad Amin Hassan, 23, bersama beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu cuba menangkap ular sepanjang kira-kira satu meter yang bersembunyi dalam sebuah kabinet hiasan di rumah itu. Bagaimanapun, cubaan menangkap ular berkenaan bertukar menjadi situasi cemas apabila Mohammad Amin tidak bernasib baik kerana dipatuk ular itu. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata sejurus dipatuk, mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan. "Selepas semalaman dirawat di zon merah Jabatan Kecemasan hospital itu, mangsa dipindahkan ke wad biasa kira-kira jam 6.30 pagi tadi. "Keadaannya kini dilaporkan stabil

9 PENDAKI TERKANDAS DI GUNUNG GADING, LUNDU

Image
LUNDU: Sembilan pendaki terkandas lebih tiga jam di Gunung Gading, di sini, apabila seorang peserta wanita tercedera, kelmarin. Pendaki terdiri daripada dua wanita dan tujuh lelaki berusia  20 tahun itu terkandas  jam 6.30 petang. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii berkata, kumpulan pendaki itu dalam perjalanan turun ke kaki gunung, namun kaki seorang pendaki wanita terseliuh. Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan perjalanan mereka terganggu kerana  memapah rakan yang cedera. "Keadaan  semakin gelap memburukkan keadaan dan ketiadaan peralatan mencukupi menyebabkan mereka menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan," katanya.

[VIDEO] AKSI PERDANA MENTERI (BOSS BARU MUHYIDDIN) PAKATAN HARAPAN

Image
Boss baru Muhyiddin. (melainkan jika Lim Kit Siang mengubah fikira lagi dan melantik dirinya menjadi Perdana Menteri kerana 42% daripada pengundi Cina mahu dia menjadi PM - lebih tinggi daripada Anwar 31% atau Mahathir 14%). KIT SIANG: PH SEPAKAT PILIH WAN AZIZAH PM WANITA PERTAMA Malaysia akan memiliki perdana menteri wanita pertama, jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memangku jawatan nombor 1 negara itu sehingga suaminya dibebaskan dari penjara, kata penasihat DAP. Lim Kit Siang yang dipetik China Press berkata, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan dilantik sebagai pemangku timbalan perdana menteri, jika PH berjaya merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN). "Selasa lalu kami capai kata sepakat, jika berjaya kalahkan BN pada PRU akan datang, Muhyiddin adalah calon pemangku timbalan perdana menteri paling sesuai," katanya ketika menghadiri maj

NAJIB RASMI JAMBATAN BATANG SADONG, SARAWAK

Image
SADONG JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad merasmikan Jambatan Batang Sadong sepanjang 1.48km bernilai RM231 juta yang dijangka merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di kawasan ini. Beliau berkata pembinaan jambatan itu berjaya disiapkan dua minggu lebih awal daripada perancangan di samping kosnya lebih rendah RM12 juta berbanding pengumuman awal. Najib menegaskan projek itu adalah bukti komitmen kerajaan untuk membangunkan kawasan terutama luar bandar menerusi pembangunan rangkaian perhubungan jalan raya yang baik, selesa dan selamat. "Ini semua rahmat bagi kita. Selain jaminan keselamatan, ia juga akan merancakkan pertumbuhan ekonomi penduduk kawasan ini, potensi hasil pertanian kawasan ini juga boleh dipertingkatkan," katanya semasa merasmikan jambatan itu. Najib berkata beliau meluluskan pembinaan jambatan itu secara spontan semasa melakukan tinjauan mesra ke kawasan berkenaan pada 2011 selepas mendengar kesukaran penduduk setempat di samping kepenti

EKONOMI NEGARA SEMAKIN BERDAYA TAHAN

Image
KUALA LUMPUR: Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, antara faktor menjadikan Malaysia berjaya meningkatkan daya tahan ekonominya sejak 2009. Menerusi ETP, Malaysia tidak lagi terlalu bergantung kepada harga komoditi dunia, perdagangan antarabangsa dan pelaburan asing berbanding sebelum itu. Menurut kenyataan Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), keadaan itu sekali gus meletakkan Malaysia berada di hadapan berbanding Singapura yang sebelum ini menunjukkan pencapaian jauh lebih baik dalam Keluaran Dalam Negara (GDP) walaupun kedua-dua negara berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi dan perdagangan global. "Ekonomi Malaysia berkembang 4.70 peratus (2013), 6.0 peratus (2014), 5.0 peratus (2015), 4.2 peratus (jangkaan 2016) dan 4.0 hingga 5.0 peratus (anggaran 2017) berbanding Singapura 3.9 peratus (2013), 2.9 peratus (2014), 2.10 peratus (2015), 1.4 peratus (jangkaan 2016) dan 1.5 peratus (anggaran 2017)," katan

PM TIBA UNTUK LAWATAN KE SARAWAK

Image
KUCHING: Datuk Seri Najib Razak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), di sini sebentar tadi bagi mengadakan lawatan kerja sehari ke negeri ini. Kedatangan Perdana Menteri disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri dan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Masir Kujat. Najib dijadual merasmikan Jambatan Batang Sadong bernilai kira-kira RM211 juta kira-kira jam 9 pagi esok sempena lawatan kerjanya ke Sarawak. Ia sebahagian daripada projek prasarana yang diberikan tumpuan oleh beliau ketika mengadakan lawatan ke kawasan terbabit sejurus mengambilalih tampuk kepemimpinan negara pada 2011. Projek Jambatan Batang Sadong sepanjang 1.48 kilometer juga sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Persekutuan dalam meningkatkan kecekapan sistem perhubungan darat bagi kawasan pesisir negeri ini, sekali gus menyumbang kepada kemajuan setempat. Pada jam 2.30 petang esok pula, Perdana Menteri dijadual merasmikan Projek Lebuhraya Pan Bor

SYRIA GANTUNG PROSES PEMINDAHAN PENDUDUK ALEPPO

Image
ALEPPO: Kerajaan Syria menggantung proses pemindahan penduduk dan pejuang dari medan pertempuran terakhir pemberontak di sini, mengakibatkan ribuan terperangkap. Susulan itu, pelbagai pihak menggesa supaya proses itu diteruskan, malahan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon yang menganggap Aleppo sebagai 'medan neraka' turut memberi amaran kepada kerajaan negara itu. "PBB mendesak agar semua pihak mengambil langkah sewajarnya bagi membolehkan proses pemindahan penduduk dilakukan dengan selamat," katanya di New York. Selain itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan juga mahu semua pihak agar menghormati perjanjian Aleppo. Ankara yang menyokong pemberontak menjadi orang tengah kepada kumpulan yang disokong Moscow menegaskan, ribuan orang awam masih menunggu untuk keluar dari bandar ini. Sementara itu, Turki dan sumber tentera Syria berkata, pemindahan keluar penduduk sudah digantung namun ia bukannya dihentika