9 PENDAKI TERKANDAS DI GUNUNG GADING, LUNDU

LUNDU: Sembilan pendaki terkandas lebih tiga jam di Gunung Gading, di sini, apabila seorang peserta wanita tercedera, kelmarin.

Pendaki terdiri daripada dua wanita dan tujuh lelaki berusia 20 tahun itu terkandas jam 6.30 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii berkata, kumpulan pendaki itu dalam perjalanan turun ke kaki gunung, namun kaki seorang pendaki wanita terseliuh.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan perjalanan mereka terganggu kerana memapah rakan yang cedera.

"Keadaan semakin gelap memburukkan keadaan dan ketiadaan peralatan mencukupi menyebabkan mereka menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan," katanya.


Comments

Popular posts from this blog

🎦 'Now And Then', lagu terakhir The Beatles

DUA MAUT NAHAS 14 KENDERAAN DEKAT LEMBAH BERINGIN

CINA MENGGUNAKAN UNDI MEREKA UNTUK MENGAJAR DAP PENGAJARAN