Posts

PETISYEN DESAK AS DEDAH IDENTITI MO1 GAGAL

Image
Selepas kekalahan besar dalam pilihan raya negeri Sarawak, 2 pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, penurunan 73,17% kecenderungan media sosial untuk DAP, penurunan 80% dalam kehadiran BERSIH, kehadiran terendah sejak beberapa tahun untuk persidangan tahunan DAP Kebangsaan dan Pulau Pinang, PakaTun telah gagal sekali lagi. Petisyen awam mereka hanya mencapai 26% daripada sasaran dan dengan itu telah ditolak oleh White House. ——— Petisyen awam bagi menggesa Rumah Putih mendedahkan identiti rasmi Malaysian Official 1 (MO1) dari Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dalam tuntutan mahkamah sivil berkaitan 1MDB telah gagal mendapatkan tandatangan yang disasarkan sehingga tarikh akhirnya. Petisyen yang bermula pada 24 November, ditutup hari ini dengan hanya 25,986 tandatangan berjaya diperolehi berbanding sasaran 100,000 tandatangan. Rumah Putih hanya diwajibkan untuk bertindak balas terhadap apa jua petisyen yang berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya 100,000 tandatanga

RESOLUSI PBB KEMENANGAN BUAT PALESTIN – NAJIB

Image
Keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) meluluskan resolusi menentang penempatan haram Israel di Palestin dilihat satu kemenangan buat rakyat Palestin yang telah lama ditindas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana menteri berkata Malaysia bersama tiga lagi negara iaitu New Zealand, Senegal dan Venezuela setuju campur tangan dan membentangkan draf resolusi sama menuntut Israel menghentikan penempatan haram Israel itu "Alhamdulillah, berkat kekuasaan dan rahmat Allah SWT jua, meskipun pada mulanya berdepan cabaran apabila Mesir menarik balik cadangan draf resolusi mereka, nasib rakyat Palestin tetap akan terbela. "Malaysia, bersama tiga lagi negara yakni New Zealand, Senegal dan Venezuela setuju campur tangan dan membentangkan draf resolusi sama menuntut Israel menghentikan penempatan haram mereka," kata perdana menteri dalam catatan di blog rasmi beliau pada Sabtu yang bertajuk 'Resolusi Menentang Penempatan Haram'. Najib berkata, keputus

PEGAWAI BOMBA BALAI KUALA KUBU BHARU CEDERA TANGAN DIPATUK ULAR

Image
KUALA KUBU BHARU: Seorang pegawai bomba dikejarkan ke hospital selepas jari tangan kirinya dipatuk ular senduk ketika cuba menangkap reptilia itu yang masuk ke sebuah kediaman di Taman Kemboja, Bukit Beruntung, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10.55 malam itu, Pegawai Bomba (PB) Mohammad Amin Hassan, 23, bersama beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu cuba menangkap ular sepanjang kira-kira satu meter yang bersembunyi dalam sebuah kabinet hiasan di rumah itu. Bagaimanapun, cubaan menangkap ular berkenaan bertukar menjadi situasi cemas apabila Mohammad Amin tidak bernasib baik kerana dipatuk ular itu. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata sejurus dipatuk, mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan. "Selepas semalaman dirawat di zon merah Jabatan Kecemasan hospital itu, mangsa dipindahkan ke wad biasa kira-kira jam 6.30 pagi tadi. "Keadaannya kini dilaporkan stabil

9 PENDAKI TERKANDAS DI GUNUNG GADING, LUNDU

Image
LUNDU: Sembilan pendaki terkandas lebih tiga jam di Gunung Gading, di sini, apabila seorang peserta wanita tercedera, kelmarin. Pendaki terdiri daripada dua wanita dan tujuh lelaki berusia  20 tahun itu terkandas  jam 6.30 petang. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii berkata, kumpulan pendaki itu dalam perjalanan turun ke kaki gunung, namun kaki seorang pendaki wanita terseliuh. Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan perjalanan mereka terganggu kerana  memapah rakan yang cedera. "Keadaan  semakin gelap memburukkan keadaan dan ketiadaan peralatan mencukupi menyebabkan mereka menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan," katanya.

[VIDEO] AKSI PERDANA MENTERI (BOSS BARU MUHYIDDIN) PAKATAN HARAPAN

Image
Boss baru Muhyiddin. (melainkan jika Lim Kit Siang mengubah fikira lagi dan melantik dirinya menjadi Perdana Menteri kerana 42% daripada pengundi Cina mahu dia menjadi PM - lebih tinggi daripada Anwar 31% atau Mahathir 14%). KIT SIANG: PH SEPAKAT PILIH WAN AZIZAH PM WANITA PERTAMA Malaysia akan memiliki perdana menteri wanita pertama, jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memangku jawatan nombor 1 negara itu sehingga suaminya dibebaskan dari penjara, kata penasihat DAP. Lim Kit Siang yang dipetik China Press berkata, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan dilantik sebagai pemangku timbalan perdana menteri, jika PH berjaya merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN). "Selasa lalu kami capai kata sepakat, jika berjaya kalahkan BN pada PRU akan datang, Muhyiddin adalah calon pemangku timbalan perdana menteri paling sesuai," katanya ketika menghadiri maj

NAJIB RASMI JAMBATAN BATANG SADONG, SARAWAK

Image
SADONG JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad merasmikan Jambatan Batang Sadong sepanjang 1.48km bernilai RM231 juta yang dijangka merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di kawasan ini. Beliau berkata pembinaan jambatan itu berjaya disiapkan dua minggu lebih awal daripada perancangan di samping kosnya lebih rendah RM12 juta berbanding pengumuman awal. Najib menegaskan projek itu adalah bukti komitmen kerajaan untuk membangunkan kawasan terutama luar bandar menerusi pembangunan rangkaian perhubungan jalan raya yang baik, selesa dan selamat. "Ini semua rahmat bagi kita. Selain jaminan keselamatan, ia juga akan merancakkan pertumbuhan ekonomi penduduk kawasan ini, potensi hasil pertanian kawasan ini juga boleh dipertingkatkan," katanya semasa merasmikan jambatan itu. Najib berkata beliau meluluskan pembinaan jambatan itu secara spontan semasa melakukan tinjauan mesra ke kawasan berkenaan pada 2011 selepas mendengar kesukaran penduduk setempat di samping kepenti

EKONOMI NEGARA SEMAKIN BERDAYA TAHAN

Image
KUALA LUMPUR: Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, antara faktor menjadikan Malaysia berjaya meningkatkan daya tahan ekonominya sejak 2009. Menerusi ETP, Malaysia tidak lagi terlalu bergantung kepada harga komoditi dunia, perdagangan antarabangsa dan pelaburan asing berbanding sebelum itu. Menurut kenyataan Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), keadaan itu sekali gus meletakkan Malaysia berada di hadapan berbanding Singapura yang sebelum ini menunjukkan pencapaian jauh lebih baik dalam Keluaran Dalam Negara (GDP) walaupun kedua-dua negara berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi dan perdagangan global. "Ekonomi Malaysia berkembang 4.70 peratus (2013), 6.0 peratus (2014), 5.0 peratus (2015), 4.2 peratus (jangkaan 2016) dan 4.0 hingga 5.0 peratus (anggaran 2017) berbanding Singapura 3.9 peratus (2013), 2.9 peratus (2014), 2.10 peratus (2015), 1.4 peratus (jangkaan 2016) dan 1.5 peratus (anggaran 2017)," katan