Posts

[Video] #MU5735 : Pesawat Eastern Airlines bawa 132 penumpang terhempas di wilayah Guangxi, China

Image
[Video] #MU5735 : Pesawat Eastern Airlines bawa 132 penumpang terhempas di wilayah Guangxi, China Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157391 - BEIJING: Sebuah pesawat penumpang milik syarikat penerbangan China Eastern Airlines yang membawa seramai 132 orang dilaporkan terhempas di barat daya China dengan jumlah kematian tidak diketahui. Pesawat Boeing 737-800 itu terhempas di kawasan luar bandar berhampiran bandar Wuzhou di wilayah Guangxi. Sehubungan itu, pasukan kecemasan sudah dikerah ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat. Stesen penyiaran CCTV menyatakan, pesawat tersebut terhempas di kawasan pergunungan di daerah Teng di Wuzhou. Media tempatan melaporkan, pesawat MU5735 itu tidak tiba di destinasi yang dijadualkan di Guangzhou sejurus berlepas dari bandar Kunming selepas pukul 1 petang waktu tempatan. Setakat ini, China Eastern belum mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian tersebut. – AFP

[Video] Sondol lembu di Lebuh raya PLUS dekat Senawang

Image
[Video] Sondol lembu di Lebuh raya PLUS dekat Senawang Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157386 - Kejadian seekor lembu melintas secara tiba-tiba dipercayai berlaku di Lebuh raya Utara Selatan dekat Senawang telah menyebabkan kemalangan. Pemandu dipercayai hanya mendapat kecederaan ringan, Yang bela lembu tapi, membiarkan lembu berkeliaran memang tidak bertanggungjawab. Menyusah dan membahayakan nyawa orang lain. Kuliah di masjid-masjid patut memberi tekanan mengenai rezeki yang diperolehi penternak yang tidak bertanggungjawab seperti ini.

[Video] Pemandu wanita punca konvoi kereta mewah berhenti tengah lebuh raya ditahan

Image
[Video] Pemandu wanita punca konvoi kereta mewah berhenti tengah lebuh raya ditahan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157378 - KULAI: Pemandu trak pikap Ford Ranger yang memotong secara 'zig-zag' sehingga berlaku pelanggaran konvoi kereta mewah di Kilometer 34 Lebuh Raya Utara Selatan dekat sini, Jumaat lalu ditahan polis hari ini. "Wanita itu direman tiga hari hingga 23 Mac ini selepas perintah reman daripada Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin. "Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini. Semalam polis percaya tindakan pemandu trak pikap yang memotong secara berbahaya menjadi punca konvoi terbabit memberhentikan kenderaan mereka di tengah jalan Lebuh Raya Utara Selatan dalam kejadian pada 18 Mac lalu. Insiden itu turut tular di media sosial menerusi video berdurasi satu minit 14 saat yang memaparkan beberapa kenderaan mewah berhenti di tengah lebuh raya dan menghalang laluan kenderaan la

KKM bincang dengan SPR, sedia protokol selamat pesakit Covid-19 keluar mengundi

Image
KKM bincang dengan SPR, sedia protokol selamat pesakit Covid-19 keluar mengundi Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157373 - Satu protokol pengundian yang selamat membabitkan pemilih positif Covid-19 menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya sedang dibincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa penularan Covid-19 akan kekal, justeru hak pengundi tidak sepatutnya dinafikan. “Tetapi saya katakan kepada pegawai saya, Covid-19 akan kekal. Kalau kita nafikan hak mereka untuk mengundi, bermakna kita terus menafikan hak untuk berperlembagaan. “Jadi, kita sedang memikirkan apakah cara paling selamat untuk mereka mengundi,” katanya, menurut laporan Berita Harian. Khairy berkata, apa yang berlaku membabitkan seorang pengundi di pilihan raya negeri (PRN) Johor terdahulu mungkin boleh difahami berikutan belum ada protokol selamat disiapkan ketika itu.

Terkejut jumpa mayat perempuan dalam gaung

Image
Terkejut jumpa mayat perempuan dalam gaung  Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157368 - SEREMBAN – Seorang lelaki yang sedang berjoging dikejutkan dengan penemuan mayat dipercayai perempuan dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus Seremban Kuala Pilah di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, anggota renjer yang bertugas di kaunter Pejabat Jabatan Perhutanan Ulu Bendul Kuala Pilah menyatakan telah didatangi oleh seorang lelaki berusia 50-an pada pukul 10.50 pagi mengatakan semasa sedang berjoging dan ingin mengambil gambar telah menjumpai mayat. “Anggota renjer dan rakannya telah ke lokasi mayat tersebut bersama lelaki tersebut, apabila sampai di tempat kejadian terdapat satu mayat perempuan dalam keadaan tertiarap. “Kejadian berlaku di tepi Jalan Lama Bukit Putus Paroi di mana mayat dijumpai dalam gaung bawah jambatan, tempat kejadian jauh dari kawasan perumahan dan sunyi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Menurut Na

[Video] Lim Kit Siang bersara, tidak bertanding PRU-15

Image
[Video] Lim Kit Siang bersara, tidak bertanding PRU-15 Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157346 - Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Kit Siang, 81, yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata demikian ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP ke-17 di IDCC Shah Alam, hari ini. Ahli politik berpengalaman itu turut mengumumkan persaraan dalam bidang politik dan tidak akan bertanding bagi pemilihan parti itu kali ini. Beliau berkhidmat dalam DAP dan terbabit sepenuhnya dalam politik selama 56 tahun. "Saya mengambil peluang ini untuk mengumumkan persaraan saya daripada politik. "Saya menarik diri daripada bertanding pilihan JTP (jawatankuasa pemilihan) hari ini. Sila padamkan nombor 39 daripada senarai calon JTP anda. "Saya juga tidak akan bertanding pada pilihan raya Parlimen atau negeri pada masa hadapan. "Saya telah berada dalam parti selama 56 tahun. Dua hari lalu adalah ulang tahun ke

KKM lihat kesesuaian PRU-15 selepas Aidilfitri

Image
KKM lihat kesesuaian PRU-15 selepas Aidilfitri Selanjutnya:  https://pakdin.my/157294 - Kementerian Kesihatan (KKM) memberi tempoh beberapa bulan ini sekurang-kurangnya selepas selesai sambutan Aidilfitri bagi menentukan waktu paling sesuai negara mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata KKM mahu melihat implikasi daripada keputusan kerajaan membuka sempadan negara bermula 1 April ini. "Kita akan mula buka sempadan pada 1 April. Kita mahu melihat kesannya kerana jangkaan kita pembukaan ini akan berjalan dengan selamat dan tiada tekanan terhadap sistem kesihatan awam. "Apa yang paling kita tak tahu adalah kemunculan varian baru, ini mungkin boleh muncul. Negara Eropah sebelum ini jangkitannya turun tapi sekarang naik balik. "Saya mahu lihat selepas 1 April apabila lebih banyak kelonggaran diberi. Solat tarawih, hari raya, kes melonjak naik atau tak. "Kes naik tak mengapa tetapi kemasukan ke ICU (Unit Rawatan Rapi) dan hospital